FLOWING THROUGH HISTORY: THE TONGHUI CANAL AND HYDRAULIC STATECRAFT IN MING CHINA
MENGALIR MERENTASI SEJARAH: TERUSAN TONGHUI DAN TADBIR URUS HIDRAULIK DI CHINA PADA ZAMAN DINASTI MING
Abstract
Abstract
This study examines the infrastructural evolution and hydraulic landscape of the Tonghui Canal during the Ming dynasty (1368-1644), the northernmost and final segment of the Grand Canal. Unlike previous studies that analyse its features in isolation, this paper adopts an integrative approach, exploring course modifications, water sources, docks, bridges, sluices, dams, and surrounding architecture. Using qualitative historical analysis triangulated with imperial gazetteers, archival records, and reconstructed maps, the study demonstrates how the canal’s physical changes mirrored broader sociopolitical, environmental, and strategic shifts in Ming governance. Key findings reveal major spatial reconfigurations following the 1528 re-excavation under Wu Zhong, including changes in canal length, water management, and dock placement to support both grain transport and growing commercial activities. Bridges and sluices combined hydraulic function with imperial symbolism, displaying decorative motifs and hierarchical designs that projected state authority. The placement of granaries and government offices further underscored the canal’s role in food security and administrative control over Beijing. Unlike other sections of the Grand Canal, the Tonghui Canal functioned primarily as a political and administrative lifeline, requiring innovative engineering solutions such as segmented sluices and dam systems. This research advances understanding of imperial Chinese water infrastructure, showing that the canal served not only as a transport route but also as a tool of statecraft, urban planning, and symbolic power.
Keywords: The Grand Canal, The Tonghui Canal, Infrastructure and Hydraulic Landscape, The Ming Dynasty, Grain Transportation System
Abstrak
Kajian ini meneliti evolusi infrastruktur dan landskap hidraulik Terusan Tonghui pada Dinasti Ming (1368-1644), iaitu segmen paling utara dan terakhir sepanjang laluan Terusan Besar Beijing-Hangzhou. Berbeza dengan kajian terdahulu yang membincangkan cirinya secara terpisah, makalah ini menggunakan pendekatan integratif dengan meneliti laluan yang telah ubah suai, sumber air, dermaga, jambatan, pintu air, empangan serta seni bina sekitarnya. Melalui analisis sejarah secara kualitatif yang diperkuat dengan perbandingan silang antara sumber gazeter empayar, rekod sejarah dan data kartografi yang direkonstruksi semula, kajian ini membuktikan bahawa transformasi fizikal Terusan Tonghui mencerminkan perubahan sosiopolitik, alam sekitar dan strategi pentadbiran dalam pemerintahan Ming. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya penjajaran semula laluan terusan yang ketara selepas kerja penggalian semula pada tahun 1528 di bawah pimpinan Wu Zhong. Ini termasuk perubahan panjang terusan, pengurusan sumber air dan susunan dermaga bagi menyokong pengangkutan bijirin serta perkembangan aktiviti komersial. Jambatan dan pintu air bukan sahaja berperanan dari segi fungsi hidraulik, malah menjadi simbol kekuasaan empayar melalui motif hiasan dan reka bentuk berhierarki yang mencerminkan ideologi politik Dinasti Ming. Penempatan gudang bijirin dan pejabat pentadbiran di sepanjang terusan turut mengukuhkan peranannya dalam menjamin keselamatan makanan dan memperkukuh kawalan pentadbiran terhadap Beijing. Berbeza dengan bahagian lain Terusan Besar, Terusan Tonghui berfungsi terutamanya sebagai nadi politik dan pentadbiran, sekali gus menuntut penyelesaian kejuruteraan yang inovatif seperti pembinaan sistem pintu air bersegmen dan empangan yang berfungsi menstabilkan aliran serta mengawal paras air. Kajian ini memperluas pemahaman tentang infrastruktur air pada Dinasti Ming dengan membuktikan bahawa Terusan Tonghui bukan sekadar laluan pengangkutan, tetapi turut berperanan sebagai wahana politik, instrumen perancangan bandar dan manifestasi kedaulatan dinasti.
Kata Kunci: Terusan Besar, Terusan Tonghui, Infrastruktur dan Landskap Hidraulik, Dinasti Ming, Sistem Pengangkutan Hasil Bijirin
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright and Licensing
Authors who publish with Asian Journal of Environment, History and Heritage (AJEHH) agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal the right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License (CC BY 4.0).
- This license permits anyone to share and adapt the work for any purpose, even commercially, provided appropriate credit is given to the author(s) and the source.
- By submitting to this journal, authors accept that, if their manuscript is accepted, it will be published under the terms of the CC BY 4.0 license.