TINJAUAN AWAL BANDARAYA ALOR SETAR, KEDAH: DARI PERSPEKTIF ELEMEN TERAS KERANGKA IDENTITI WARISAN BANDAR (UHI)

PRELIMINARY INSIGHTS INTO ALOR SETAR CITY, KEDAH, THROUGH THE CORE ELEMENTS OF THE URBAN HERITAGE IDENTITY (UHI) FRAMEWORK

Authors

  • KU MUHAMAD AMIN KU ROSELI
  • MUHAMAD SOLEHIN FITRY ROSLEY
  • NOR ZALINA HARUN

Abstract

Abstrak 

Bandaraya Alor Setar, Kedah, yang berusia hampir tiga abad sejak diasaskan pada 1735, sedang berdepan cabaran mengekalkan identiti warisan di tengah-tengah pembangunan pesat infrastruktur. Walaupun kaya dengan warisan ketara dan tidak ketara yang membentuk identiti masyarakat setempat, tekanan pembangunan berisiko menghakis elemen teras tersebut. Kajian ini mengisi jurang penyelidikan dengan menilai kelangsungan identiti warisan bandar berdasarkan kerangka teori Identiti Warisan Bandar (UHI) yang jarang diaplikasikan secara sistematik dalam konteks bandar bersejarah Malaysia seperti di Bandaraya Alor Setar, Kedah. Pendekatan kaedah kualitatif telah digunakan dengan melibatkan analisis dokumen, lawatan tapak, dan pemetaan lokasi warisan ketara dan tidak ketara. Hasil kajian menghasilkan peta lokasi-lokasi yang mewakili ciri warisan bandar, sekali gus menyediakan asas rujukan bagi perancangan dan pemeliharaan bandar bersejarah secara lebih bersepadu selari dengan pelan pembangunan Bandaraya Alor Setar dan juga selari dengan SDG 11 yang mensasarkan kelestarian perbandaran dan masyarakat.

Kata kunci: Identiti warisan bandar (UHI), pemetaan, identiti setempat, pemeliharaan bandar

 

Abstract 

Alor Setar City, Kedah, which is nearly three centuries old since its establishment in 1735, faces challenges in preserving its heritage identity amidst rapid infrastructure development. Despite its richness in tangible and intangible heritage that shapes the local community's identity, development pressures risk eroding these core elements. This study fills a research gap by assessing the sustainability of urban heritage identity based on the Urban Heritage Identity (UHI) framework, which has rarely been systematically applied in the context of historic Malaysian cities such as Alor Setar. A mixed-methods approach involved document analysis, site visits, and tangible and intangible heritage mapping. The findings produced a map of sites representing the characteristics of urban heritage, thereby providing a reference foundation for more integrated planning and conservation of historic cities in line with the development plan of Alor Setar City and SDG 11, which targets sustainable cities and communities. 

Keywords: Urban Heritage Identity (UHI), mapping, local identity, urban preservation

Author Biographies

KU MUHAMAD AMIN KU ROSELI

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),

Universiti Kebangsaan Malaysia

MUHAMAD SOLEHIN FITRY ROSLEY

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),

Universiti Kebangsaan Malaysia

NOR ZALINA HARUN

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),

Universiti Kebangsaan Malaysia

Downloads

Published

2025-11-30

Issue

Section

Language & Heritage