CUPAK DAN GANTANG SEBAGAI CERMINAN AKAL BUDI MELAYU DALAM PERIBAHASA
CUPAK AND GANTANG AS A REFLECTION OF MALAY INTELLECTUALITY IN PROVERBS
Abstract
Abstrak
Sistem sukatan tradisional dalam masyarakat Melayu, khususnya melalui penggunaan cupak dan gantang, bukan sekadar berfungsi sebagai alat pengukuran hasil pertanian, tetapi turut mengandungi nilai-nilai sosiobudaya, etika dan falsafah yang berakar dalam kerangka kognitif masyarakat Melayu. Penyelidikan ini bertujuan untuk menelusuri elemen ‘cupak’ dan ‘gantang’ dalam peribahasa Melayu. Cupak dan gantang bukan sahaja merupakan unit fizikal dalam kegiatan ekonomi tradisional, tetapi juga sebagai simbol budaya yang membawa makna tersirat yang berkaitan kehidupan dan akal budi masyarakat Melayu. Kajian ini meneliti peribahasa Melayu yang berunsurkan sukatan tradisional cupak dan gantang, seperti rezeki secupak tidak akan jadi segantang; cupak sudah menjadi gantang; cupak diilap takkan jadi gantang; dan cupak yang berbunga, gantang yang berisi. Peribahasa ini dipilih daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua yang disusun oleh Abdullah Hussain (2017) dan Portal Malaycivilization (http://malaycivilization.com.my). Analisis dilakukan dengan menggunakan Pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) yang berasaskan tiga tahap pemaknaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pemilihan istilah cupak dan gantang bukan semata-mata lambang sukatan konkrit, tetapi manifestasi epistemologi budaya dan akal budi Melayu. Pada tahap literal, kedua-duanya menggambarkan unit sukatan beras dan padi dalam kehidupan agraria. Pada tahap resonans kognitif, sukatan tersebut berfungsi sebagai metafora untuk konsep abstrak seperti rezeki, pertumbuhan, keterbatasan dan kemakmuran. Pada tahap inkuisitif, analisis menyingkap falsafah akal budi Melayu yang menekankan nilai usaha, syukur, tawakal, integriti dan keberkatan rezeki. Elemen cupak dan gantang dalam peribahasa yang dikaji memperlihatkan bahawa orang Melayu ialah masyarakat berfalsafah, progresif dan berakar pada pandangan hidup Islam.
Kata kunci: Peribahasa Melayu, semantik inkuisitif, akal budi, cupak, gantang
Abstract
The traditional measurement system in Malay society, particularly through the use of cupak and gantang, transcends its utilitarian function as mere quantifiers of agricultural yield. These units of measurement encapsulate socio-cultural values, ethical codes, and philosophical insights deeply rooted in the cognitive framework of the Malay community. This study aims to examine the extent to which cupak and gantang operate not only as physical units within traditional economic activities but also as culturally embedded metaphors reflected in selected Malay proverbs. This study examines Malay proverbs that employ the traditional measures cupak and gantang, such as rezeki secupak tidak akan jadi segantang (a cupak of sustenance will not become a gantang), cupak sudah menjadi gantang (a cupak has become a gantang), cupak diilap takkan jadi gantang (a cupak polished will not become a gantang), and cupak yang berbunga, gantang yang berisi (a cupak that blossoms, a gantang that is filled). The data collected from Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua by Abdullah Hussain (2017) and Malaycivilization Portal (http://malaycivilization.com.my). The analysis applies to the Inquisitive Semantics (SI) Approach, which operates at three levels of meaning. The findings indicate that the selection of cupak and gantang is not merely symbolic of concrete measures, but reflects the epistemology and wisdom of Malay culture. At the literal level, these measures represent the units for rice and paddy in agrarian life. At the cognitive level, they function as metaphors for abstract concepts such as sustenance, growth, limitation, and prosperity. At the inquisitive level, they unveil the Malay worldview that values effort, gratitude, trust in God, integrity, and the blessing of lawful sustenance. This study demonstrates that cupak and gantang are practical, symbolic, rhetorical, and spiritual constructs. The proverbs which analysed reveal that Malays as philosophical, progressive, and grounded in Islamic ethics.
Keywords: Malay proverbs, inquisitive semantics, wisdom, cupak, gantang
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright and Licensing
Authors who publish with Asian Journal of Environment, History and Heritage (AJEHH) agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal the right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License (CC BY 4.0).
- This license permits anyone to share and adapt the work for any purpose, even commercially, provided appropriate credit is given to the author(s) and the source.
- By submitting to this journal, authors accept that, if their manuscript is accepted, it will be published under the terms of the CC BY 4.0 license.