MERENTASI WAKTU: KELESTARIAN DODOL MELALUI TRADISI DAN BUDAYA

ACROSS TIME: THE PURITY OF DODOL THROUGH TRADITION AND CULTURE

Authors

  • SHAHRIM AB. KARIM
  • MUHAMMAD REZZA ZAINAL ABIDIN
  • NORSYAHIDAH ISMAIL
  • MOHD NAZRI ABDUL RAJI
  • MOHD YUSOF KAMARUZAMAN
  • WAN HAFIZ WAN ZAINAL SHUKRI

Abstract

Abstrak 

Dodol, salah satu makanan tradisional yang sinonim dengan budaya masyarakat Melayu di Malaysia, memainkan peranan penting dalam tradisi dan warisan kulinari negara. Kajian ini membincangkan penyediaan dodol dari segi bahan-bahan tradisional yang digunakan, teknik memasak dan kepentingannya dalam acara-acara tertentu seperti perayaan dan majlis perkahwinan. Selain itu, kajian ini meneliti aspek budaya di sebalik pembuatan dodol, yang sering melibatkan kerjasama komuniti dan pemindahan pengetahuan dari generasi ke generasi. Dalam konteks globalisasi dan urbanisasi yang semakin pesat, kajian ini juga mengkaji cabaran yang dihadapi dalam usaha untuk mengekalkan keaslian dodol sebagai warisan budaya yang lestari. Ini termasuk tekanan dari segi pengkomersialan dan modenisasi yang boleh mengakibatkan perubahan terhadap resepi asal dan kaedah penyediaan tradisional. Justeru, kajian ini memberi penekanan kepada inisiatif yang diambil untuk melestarikan pembuatan dodol melalui pendekatan seperti pendidikan kulinari, penglibatan generasi muda dan penyertaan dalam festival makanan warisan. Dengan mengekalkan dan mengapresiasi dodol sebagai simbol warisan budaya yang unik, kajian ini menyimpulkan bahawa usaha bersepadu diperlukan untuk memastikan dodol kekal relevan dan dihargai dalam konteks masyarakat moden Malaysia.

Kata kunci: Dodol, Warisan Kulinari, Kelestarian, Penyediaan Tradisional, Budaya Melayu

 

Abstract 

Dodol, one of the traditional foods synonymous with the culture of the Malay community in Malaysia, plays an important role in the country's culinary traditions and heritage. This study discusses the preparation of dodol in terms of the traditional ingredients used, cooking techniques, and its importance in certain events such as festivals and weddings. In addition, this study examines the cultural aspects behind dodol making, which often involve community collaboration and knowledge transfer from generation to generation. In the context of rapid globalization and urbanization, this study also examines the challenges faced in maintaining the authenticity of dodol as a sustainable cultural heritage. These include pressures in terms of commercialization and modernization that can result in changes to the original recipe and traditional preparation methods. Therefore, this study emphasizes initiatives taken to preserve dodol making through approaches such as culinary education, involvement of the younger generation, and participation in heritage food festivals. By maintaining and appreciating dodol as a unique symbol of cultural heritage, this study concludes that a concerted effort is needed to ensure that dodol remains relevant and appreciated in the context of modern Malaysian society.

Keywords: Dodol, Culinary Heritage, Sustainability, Traditional Preparation, Malay Culture

Author Biographies

SHAHRIM AB. KARIM

Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan,

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan

Universiti Putra Malaysia

MUHAMMAD REZZA ZAINAL ABIDIN

Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan,

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan

Universiti Putra Malaysia

NORSYAHIDAH ISMAIL

Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan,

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan

Universiti Putra Malaysia

MOHD NAZRI ABDUL RAJI

Jabatan Hospitaliti dan Sains Konsumer,

Fakulti Teknikal dan Vokasional,

Universiti Pendidikan Sultan Idris

MOHD YUSOF KAMARUZAMAN

Jabatan Sains Makanan, 

Fakulti Perikanan dan Sains Makanan,

Universiti Malaysia Terengganu,

WAN HAFIZ WAN ZAINAL SHUKRI

Jabatan Sains Makanan,

Fakulti Perikanan dan Sains Makanan,

Universiti Malaysia Terengganu

Downloads

Published

2025-11-30

Issue

Section

Language & Heritage