TUMBUHAN DAN MANTERA SEBAGAI RAWATAN SELEPAS BERSALIN DALAM KALANGAN ETNIK SAMA BAJAU DI DAERAH TENGHILAN, SABAH

PLANTS AND CHANTS AS POSTPARTUM TREATMENT AMONG THE SAMA BAJAU ETHNIC GROUP IN TENGHILAN DISTRICT, SABAH

Authors

  • SAIDATUL NORNIS MAHALI
  • NOORAFINI KASSIM
  • ROSMAH DERAK

Abstract

Abstrak

Kesihatan wanita selepas bersalin kerana mereka percaya tumbuhan atau herba semula jadi ini memiliki khasiat yang banyak dan terbukti berkesan. Tanpa menafikan rawatan moden, etnik ini masih memilih kaedah rawatan tradisional sebagai satu bentuk rawatan bagi wanita selepas melahirkan anak. Rawatan alternatif yang menggunakan pelbagai jenis herba dan diselitkan dengan bacaan doa merupakan suatu bentuk pengetahuan tradisi yang perlu didokumentasikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mendokumentasi tumbuhan herba bersifat ubatan yang digunakan oleh etnik ini di Kampung Suang Bangau dan Kampung Pangkalan Lama yang terletak di Mukim Tenghilan, Tuaran, Sabah. Kaedah temu bual tidak berstruktur digunakan untuk mendapatkan data kajian. Dua orang bidan kampung dan empat orang wanita merupakan responden kajian yang ditemu bual. Seterusnya, kaedah pemerhatian ikut serta digunakan semasa proses mencari dan mengambil  sampel tumbuhan yang digunakan dalam rawatan selepas bersalin. Kesemua nama tumbuhan herba berkenaan dicatat dan dirakam dalam bentuk gambar untuk tujuan dokumentasi. Dapatan menunjukkan terdapat 13 jenis tumbuhan untuk merawat rahim dan mengecutkan rahim wanita selepas melahirkan anak. Tumbuhan tersebut ialah  Lansat, Kalimbobok, Putat, Tempeluan, Beliaduk, Endapur, Serai Mandi, Lio, Sambung, Limau Purut, Kait-Kait, Daun Teleta’, dan Kunit. Daripada 13 jenis tumbuhan ini bahagian kulit kayu sering digunakan dalam rawatan wanita selepas bersalin. Kulit kayu ini kebiasaannya direbus sebelum dijadikan minuman. Bacaan doa juga dipercayai mujarab dan membantu penyembuhan lebih cepat. Kajian ini penting untuk didokumentasikan agar pengetahuan etnik Sama Bajau di Mukim Tenghilan ini dapat dilestarikan sebagai sebahagian daripada kepintaran tempatan masyarakat.

Kata kunci: Bidan kampung, Kepintaran tempatan, Rawatan selepas bersalin, Sama Bajau, Tumbuhan ubatan

 

Abstract 

Sama Bajau women continue to rely on traditional healing practices for postpartum care, as they believe that natural plants and herbs possess powerful and proven healing properties.  While modern medicine is not rejected, traditional treatment remains the preferred choice among this community for women after childbirth. These alternative remedies, which combine various herbs with prayer recitations, reflect a valuable body of indigenous knowledge that deserves to be preserved and documented. This study aims to identify and record the medicinal plants used by the Sama Bajau community in Kampung Suang Bangau and Kampung Pangkalan Lama, located in Mukim Tenghilan, Tuaran, Sabah. Data were collected through unstructured interviews with two traditional midwives and four women, as well as participant observation during the collection of plant samples used in postpartum care. The names of all medicinal plants were recorded and photographed for documentation purposes. The study identified 13 medicinal plant species traditionally used to support postpartum uterine recovery. These plants include Lansat, Kalimbobok, Putat, Tempeluan, Beliaduk, Endapur, Serai Mandi, Lio, Sambung, Limau Purut, Kait-Kait, Daun Teleta’, and Kunit. Among these, the bark is the most commonly used part in postpartum treatment, typically boiled and consumed as a drink. The recitation of prayers is also believed to enhance healing and promote faster recovery. This study is significant as it contributes to the preservation and documentation of the Sama Bajau community’s traditional knowledge in Mukim Tenghilan, which forms an integral part of the society’s local wisdom. 

Keywords: Traditional midwife, Local wisdom, Postpartum treatment, Sama Bajau, Medicinal plants

Author Biographies

SAIDATUL NORNIS MAHALI

Pusat Penataran Ilmu & Bahasa,

Universiti Malaysia Sabah

NOORAFINI KASSIM

Pusat Penataran Ilmu & Bahasa,

Universiti Malaysia Sabah

ROSMAH DERAK

Pusat Penataran Ilmu & Bahasa,

Universiti Malaysia Sabah

Downloads

Published

2025-11-30

Issue

Section

Language & Heritage