PENEMPATAN PERUMAHAN MASYARAKAT PINGGIRAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR (PLACEMENT OF SUBURBAN HOUSING COMMUNITY IN HULU LANGAT DISTRICT, SELANGOR)

Authors

  • Samruhaizad Samian@ Samion
  • Azahan Awang

Abstract

Abstrak

Penempatan perumahan pinggir bandar di Daerah Hulu Langat telah menjadi tumpuan masyarakat bandar yang inginkan ketenangan dan keselesaan daripada hiruk pikuk kawasan bandar. Malah kos kehidupan di bandar yang semakin tinggi, memaksa masyarakat bandar membuat pilihan untuk membina kehidupan lebih baik di kawasan pinggir bandar yang dianggap lebih strategik dan tenteram dalam menyediakan perlindungan kepada ahli keluarga. Penyelidikan ini melihat pemilikan penempatan dan tempoh penempatan masyarakat di Daerah Hulu Langat, Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa hampir sebahagian penduduk yang tinggal di rumah jenis sebuah menyatakan keselesaan sehingga 45.3% berbanding masyarakat yang tinggal di rumah teres (25.2%). Majoritinya masyarakat Daerah Mukim Hulu Langat yang tinggal di daerah ini melebihi 10 tahun adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu tempat kelahiran dan aksesibiliti yang baik (100%), kejiranan yang muafakat dan baik (96.4%), persekitaran kehidupan yang selamat (95.2%), suasana persekitaran yang nyaman (92.9%), bekerja di sekitar kawasan (88.9%) dan kos rumah yang rendah (85.2%). Purata min dan sisihan piawai jumlah penghuni bagi setiap keluarga di Mukim Hulu Langat adalah 4.57±2.15 orang dengan min dan sisihan piawai 3.11±1.17 bagi bilangan bilik setiap rumah. Ini bermaksud nisbah penghuni dan bilik bagi sebuah rumah penduduk Daerah Hulu Langat adalah seramai 4-5 orang penghuni dalam setiap 3 buah bilik. Sementara itu, lebih separuh penduduk Daerah Hulu Langat memiliki rumah yang diduduki (55.8%) serta tinggal di rumah sebuah (45.3%) dengan hampir majoriti rumah yang didiami diperbuat daripada konkrit (75.5%). Hasil dapatan juga mendapati, sebahagian masyarakat yang tinggal di Daerah Hulu Langat merupakan pendatang yang bekerja di sekitar kawasan kecuali Mukim Hulu Langat yang mencatatkan 62.2% masyarakatnya adalah anak kelahiran Daerah Hulu Langat ini sendiri. Hasil kajian juga mendapati hampir separuh penduduk Daerah Hulu Langat telah tinggal di daerah ini lebih sepuluh tahun.

Kata Kunci: Rebakan perbandaran, perumahan pinggir bandar

 

Abstract

Placement of suburban housing in the district was a focal point of the community who seek peace and quiet from the hustle and bustle of urban area. Even the cost of living is higher in the city, forcing the urban communities to make a choice for a better life in a suburban area considered to be more strategic and security to provide protection to family members. This research looked ownership placement and the placement of community in Hulu Langat, Selangor. The study found that almost a part of people living in a single home state of comfort up 45.3% compared to people who live in terraced houses (25.2%). The majority of the district of Hulu Langat District community living in this area for more than 10 years is based on several factors, namely the birthplace and good accessibility (100%), solidarity and good neighbourliness (96.4%), safe living environment (95.2%), comfortable environment (92.9%), work environment (88.9%) and low-cost housing (85.2%). The mean and standard deviation of the number of residents per household in Hulu Langat is 4.57±2.15 with the mean and standard deviation 3.11±1.17 for the number of rooms per house. This means that incoming residents and residents of a home district is about 4-5 residents in each of the 3 rooms. Meanwhile, more than half the population of the Hulu Langat District has occupied home (55.8%) and live in a single house (45.3%) with almost the majority of their dwellings made of concrete (75.5%). Other findings include, some people living in the Hulu Langat District are immigrants who work in the vicinity except Mukim Hulu Langat, which recorded 62.2% people are born in this district. The study also found that nearly half the population of the district has lived in this area for more than ten years.

Keywords: Urban Sprawl, Housing Suburbs

References

Abbolt, D. 1987. Encyclopaedia of Real Estate Term. Aldershot Hants: Gower Technical Press.

Abraham H. Maslow. 1943. A Theory of Human Motivation. Psychological Review 50: 370-396.

Ahmad Rizal Abdul Rahman &Azlan Mahmad.1992. Pembangunan Kompleks Perniagaan di Pinggir Bandar. Kajian Kes: Holiday Plaza, Johor Baharu dan Subang Parade, Petaling Jaya. Tesis Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah. Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Kajian Senibina, Perancangan dan Ukur, Institut Teknologi Mara, Shah Alam.

Busch, E.W. 1999. Stability and change of subjective indicator of urban quality of life in Switzerland. Dlm. Lim L. Y., Yuen, B., & Low C. (pnyt.).Urban Quality of Life: Critical Issues and Options, hlm. 99-118. Fifth edition. Singapore: National University of Singapore.

Carlsson, I., Frederiksen, S.O. & Gottfries, C.G. 2002. Quality of life and standard of living in a randomly selected group of psychiatrically disabled people in Sweden 2 years after a psychiatry reform. European Psychiatry 17: 179-187.

Cummins, R.J. 1999. A psychometric evaluation of the comprehensive quality of life scale. Dlm Lim, L. Y., Yuen, B. & Low, C. (pnyt.). Urban Quality of Life : Critical Issues and Options, hlm. 32-46. Fifth Edition. Singapore: National University of Singapore.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 2008. Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 : Pelan kawalan pembangunan KL 2008. Jilid 2(1). Jabatan Pelan Induk. Kuala Lumpur.

Frenkel, A. & Ashkenazi, M. 2008. Measuring Urban Sprawl: How Can We Deal With It? Environment and Planning B: Planning and Design 35: 56–79.

Galster, G. 2001.On the nature of neighbourhood. Urban Studies 38(12): 2111-2124.

Haryati, Shafii. 2006. Tempat tinggal dan kualiti hidup masyarakat bandar di Mukim Kajang, Selangor: Satu kajian persepsi penduduk. Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hasmah Abu Zarin, Ahmad Ariffian Bujang & Mohd Firdaus Mohamed. 1998. Kesan Pembangunan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO) Terhadap Keperluan Perumahan Kakitangan (Kajian Kes: Parit Raja, Batu Pahat, Johor). Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia.

Husna Sulaiman & NurizanYahya. 1987. Housing Provision and Satisfaction of Low Income Households in Kuala Lumpur. Habitat International 13(4): 63-39.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor. 2003. Laporan Rancangan Negeri Selangor 2002-2020. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kerajaan Negeri Selangor

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2000. Taburan Penduduk Mengikut Kawasan PBT dan Mukim 2001. Jabatan Perangkaan Malaysia. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, Malaysia.

Lawrence, R. J., 1995. Housing quality: An agenda for research. Urban Studies 32(11): 1155-1664.

Mellor Wati Othman. 1982. Permintaan dan penawaran perumahan Wilayah Persekutuan. Projek Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah, UTM

Myrdal, Gunnar. 1972. Asian Drama: An Inquiry Into The Poverty of Nations. Volume II. Michigan: Pantheon Publication.

Nabsiah Abdul Wahid & Ishak Ismail. 1999. Perlakuan Pengguna. Selangor: Prentice Hall.

Peck, C., & Stewart, K.K. 1985. Satisfaction with housing and quality of live. Home Economic Research Journal 13(4): 363 - 372.

Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020. 2007. Perumahan. http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/malay/ perumahan/index.htm.[2 Disember 2013].

Samruhaizad Samian @ Samion. 2015. Kualiti Hidup Masyarakat Pinggir Bandar di Daerah Hulu Langat. Tesis Doktor Falsafah. Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Samruhaizad Samian @ Samion. 2015. Kesedaran pembangunan, kesediaan diri dan penerimaan perubahan: Komponen meningkatkan kualiti hidup masyarakat pinggir bandar di Daerah Hulu Langat, Selangor. International Journal of the Malay World Civilisation 3(3):121 – 137.

Wan Rozali Wan Hussin. 2007. Kualiti Hidup Sosial dan Proses Pembandaran di Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Zainal Abidin Mohd Said. 1992. Pengurusan Pemasaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang, Azahan, Abdul Hadi Harman Shah, and Kadaruddin Aiyub. 2008. Penilaian makna kualiti hidup dan aplikasinya dalam bidang pengurusan persekitaran di Malaysia. Akademika 72: 45-68.

Downloads

Issue

Section

Environment & Landscape