Pengetahuan, Sikap dan Tingkah Laku Komuniti Sungai Klang Terhadap Pencemaran Sungai

Authors

  • Nur Fatin Nabila Mohd Nadzri Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Rozita Hod Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Faiz Daud Department of Community Health

Abstract

Pengenalan   

Pencemaran sungai di Malaysia pada masa ini berada di tahap yang kritikal dan amat membimbangkan dengan pelbagai masalah pencemaran sungai berlaku hampir setiap hari. Tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku individu memberikan impak yang besar terhadap isu pencemaran sungai. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku komuniti yang tinggal berhampiran Sungai Klang.

Metodologi    

Kajian keratan rentas yang menggunakan persampelan rawak mudah telah dilakukan untuk mengkaji tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku komuniti Sungai Klang terhadap pencemaran sungai. Responden kajian terdiri daripada penduduk kawasan setinggan dan penduduk kawasan perumahan biasa yang menetap berhampiran Sungai Klang. Kajian ini telah menggunakan borang soal selidik. Analisis deskriptif dan ujian t telah digunakan untuk menganalisis data.

Hasil Kajian             

Hasil deskriptif mendapati bahawa tahap pengetahuan (min=3.13, s.p.=0.40), sikap (min=3.28, s.p.=0.65) dan tingkah laku (min=2.96, s.p.=0.72) pencemaran sungai bagi penduduk setinggan adalah lebih rendah daripada penduduk perumahan biasa. Ujian t juga menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) untuk tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku antara penduduk setinggan dan penduduk perumahan biasa.

Rumusan                   

Kesimpulannya, tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku pencemaran sungai komuniti Sungai Klang berada di tahap yang tidak memuaskan. Oleh yang demikian, tindakan perlulah diambil oleh pihak yang berkaitan untuk memantapkan lagi tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku penduduk berkaitan pencemaran sungai agar isu pencemaran sungai ini dapat diatasi.

Kata Kunci                Pengetahuan – Sikap – Tingkah Laku – Pencemaran Sungai – Sungai Klang

References

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia 2018. 2018.

Erten S. Insights to ecocentric, anthropocentric and antipathetic attitudes towards environment in diverse cultures. Eurasian Journal of Educational Research. 2018; 33, 141–156.

Aini, MS, Fakhru’l-Razi A, Laily HP & Jariah M. Environmental concerns, knowledge and practices gap among Malaysian teachers. International Journal of Sustainability in Higher Education. 2016; 4(4): 305–313.

Tamby Subahan MM, Lilia H & Nadeson T. Environmental citizenship: What level of knowledge, attitude, skill and participation the students own? Procedia Social and Behavioral Sciences. 2018; 2, 5715–5719.

Jamilah HA, Hasrina M, Hamidah AH & Juliana Abdul Wahab. Knowledge, attitude and practices of Malaysian society regarding environmental issues. Akademika. 2019; 81(3): 103– 115.

Nurul Syazana RR. 59 tan sampah masuk Sungai Klang. Harian Metro. 2021; 24 Oktober.

Hamidi I, Tuan Pah Rokiah SH & Raman M. Sikap komuniti setinggan tebingan sungai:Pencemaran alam sekitar dan pengurusannya. Jurnal Perspektif. 2019; 3(1): 1–12.

Chan NW. Managing urban rivers and water quality in Malaysia for sustainable water resources. International Journal of Water Resources Development. 2015; 28(2): 343–354.

Taber KS. The use of Cronbach’s alpha when developing and reporting research instruments in science education. Research in Science Education. 2018; 48(6): 1273–1296.

Majlis Perbandaran Klang. Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang 2035 (Penggantian). 2019.

Norshahida Akma A & Aziz A. Tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku terhadap pencemaran sungai berdasarkan faktor demografi. Asian People Journal. 2019; 2(1): 106–115.

Kospa HSD & Rahmadi. Influence of community behaviour on water quality in Sekanak River, Palembang. IOP Conference Series: Earth and Environmental Science. 2019; Vol. 306, p 12008.

Mohd Fadzil AR. GIS-MCDA bagi mengukur kadar potensi ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal setinggan terhadap pencemaran sungai: petempatan setinggan di sepanjang Sungai Tebrau, Johor, Malaysia. International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment. 2018, p 845–859.

Wang R, Yang Y, Chen R, Kan H, Wu J, Wang K, Maddock JE & Lu Y. Knowledge, attitudes, and practices (KAP) of the relationship between air pollution and children’s respiratory health in Shanghai, China. International Journal of Environmental Research and Public Health. 2015; 12(2): 1834–1848.

Sudarmadi S, Suzuki S, Kawada T, Netti H, Soemantri S & Tugaswati AT. A survey of perception, knowledge, awareness, and attitude in regard to environmental problems in a sample of two different social groups in Jakarta, Indonesia. Environment, Development and Sustainability. 2018; 3(2): 169–183.

Mohd Saiful S, Azman A, Saiful Iskandar K, Shazlyn Milleana S, Fathurrahman L & Hafizan J. Pollution sources identification of water quality using chemometrics: a case study in Klang River basin, Malaysia. International Journal of Engineering & Technology. 2018; 7(43): 83–89.

Hua AK & Mohd Zuhdi M. Public perception towards environmental awareness: A case study at Malacca River. International Journal of Academic Research in Environment and Geography. 2016; 1(2): 53–61.

Milfont TL & Duckitt J. The environmental attitudes inventory: A valid and reliable measure to assess the structure of environmental attitudes. Journal of Environmental Psychology. 2018; 30(1): 80–94.

Zheng QJ, Xu AX, Kong DY, Deng HP & Lin QQ. Correlation between the environmental knowledge, environmental attitude, and behavioral intention of tourists for ecotourism in China. Applied Ecology and Environmental Research. 2018; 16(1): 51–62.

Jamilah A, Shuhaida MN & Nurzali I. Investigating students’ environmental knowledge, attitude,

practice and communication. Asian Social Science. 2015; 11(16): 284–293.

Liefländer AK & Bogner FX. Educational impact on the relationship of environmental knowledge and attitudes. Environmental Education Research. 2016; 24(4): 611–624.

Mohd Yusof HA, Latiffah P, Sharifah Mastura SA & Normah M. Kesedaran dan sikap komuniti dalam pengurusan persekitaran di Wilayah Iskandar, Johor. Jurnal Melayu. 2016; 5, 71–86.

Karpudewan M, Zurida I & Roth WM. Promoting pro-environmental attitudes and reported behaviors of Malaysian pre-service teachers using green chemistry experiments. Environmental Education Research. 2017; 18(3): 375–389.

Norshahida Akma A. Correlation between knowledge, attitude and behaviour towards river pollution. International Journal of Modern Trends in Social Sciences. 2019; 2(9): 31–38.

Downloads

Published

2023-09-03

How to Cite

Mohd Nadzri, N. F. N., Hod, R., & Daud, F. (2023). Pengetahuan, Sikap dan Tingkah Laku Komuniti Sungai Klang Terhadap Pencemaran Sungai. International Journal of Public Health Research, 13(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/ijphr/index.php/ijphr/article/view/458