Asbab Al-Nuzul di dalam Tafsir Nurul Ihsan

Mohd Nazri Ahmad, Izmir Fareez Noorazalan, Hamdi Ishak

Abstract


Asbab Al-Nuzul di dalam Tafsir Nurul Ihsan

Tafsir Nurul Ihsan merupakan Tafsir Bahasa Melayu pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Muhammad Sa’id bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275h/ 1854m di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Riwayat Asbāb al-Nuzūl telah mendominasi sebahagian kecil daripada tafsir ini. Riwayat-riwayat yang dikemukakan adalah data yang ditransformasi oleh penulis daripada hadith-hadith dan kitab-kitab tafsir yang lain yang tidak dijelaskan sumber pengambilan dan kedudukan serta tiada kritikan. Artikel ini akan mengulas secara umum tentang Asbab al-Nuzul didalam Tafsir Nurul Ihsan. Hasil kajian mendapati Muhammad Sa’id hanya merujuk dua kitab sahaja dalam menukilkan riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl iaitu Tafsīr al-Jalālayn dan al-Futuhāt al-Ilāhiyyah atau lebih dikenali dengan Hāshiah al-Jamal. Kajian ini juga mendapati terdapat 172 riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl, 68 daripadanya adalah sahih dan 104 adalah da’if. Implikasi daripada kajian mendapati riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl yang dacif memberi kesan terhadap kredibiliti tafsir ini sebagai rujukan utama bagi para pelajar dan masyarakat dan mengurangkan keautoritiannya untuk dijadikan rujukan terhadap riwayat-riwayat yang lain.

Katakunci: Tafsir Nurul Ihsan, Muhammad Sa’id bin Umar, Asbāb al-Nuzūl

 

 

Asbab Al-Nuzul in Tafsir Nurul Ihsan

Muhammad Sa'id bin Umar, who was born in 1275h/ 1854m in Kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman, produced Tafsir Nurul Ihsan, the first Tafsir Bahasa Melayu. The narration of Asbāb al-Nuzūl has dominated a small part of this tafsir. The author has included hadiths and other tafsir books with narrations that do not explain the source of recruitment or position, yet there is no criticism.This article will discuss Asbab al-Nuzul in Tafsir Nurul Ihsan in general. According to the findings of the investigation, Muhammad Sa'id quoted Asbb al-narrations Nuzl's from only two books: Tafsr al-Jallayn and al-Futuht al-Ilhiyyah, also known as Hshiah al-Jamal. According to the analysis, Asbb al-Nuzl has 172 narrations, 68 of which are authentic and 104 of which are da'if. Implications from the study found that the daif narrations of Asbāb al-Nuzūl affect the credibility of this tafsir as the main reference for students and society and reduce its authority to be used as a reference for other narrations


Full Text:

PDF

References


Al-Qur'an al-Karim

cAbdullah bin Muhammad Basmeih. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Qur’an. Ctk-12. 1995. Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur.

Abādiy. Abu al-Ṭayyib Muḥammad Shams al-Ḥaq al-cAẓim. 1990M/1410H. cAun al-Macbūd Sharḥ Sunan Abu Dāwud. Cet pertama. Bairut-Lubnan: Dār al-Kutub al-cIlmiyyah.

Abu Dawud. Sulaiman bin al-Ashcath bin Ishaq bin Bashir bin Shaddād bin cAmr al-Azdiy al-Sijistāniy. 1990m/1410h.. Sunan Abu Dāwud. Cet ketiga. Dar al-Kutub al-cIlmiyyah, Bairut – Lubnan.

Al-cAsqalaniy. Ahmad bin cAli bin Hajar. 1986M/1407H. Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhariy. Dar al-Rayyan li al-Turath.

Al-Baghawiy. Abu Muḥammad al-Ḥusayn bin Mascūd al-Farra’. 1955M/1375H. Macālim al-Tanzīl. Cet kedua. Misr: Maktabah wa Maṭbacah Muṣṭafa al-Babiy al-Ḥalabiy wa Awlādih.

Al-Haithami Nur al-Din Ali bin Abu Bakr. 1412H. Majma’ al-Zawā’id wa Manbac al-Fawā’id. Bairut. Dar al-Fikr.

Ibn Kathīr. cImād al-Din Abu al-Fidā’ Ismācīl bin Kathīr. 1988M /1408H. Tafsīr al-Qur’ān al-cAẓīm. Cet pertama. Al-Qahirah: Dar al-Hadith..

Muhammad Sa'id bin Umar. 1391. cet-3. Tafsir Nur al-Ihsan. Maktabah wa Matba'ah Muhammad al-Nahdiy wa Auladih.

Al-Wahidiy. Abu al-Hasan Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Ali. Asbāb al-Nuzūl. 2002M/1424H. Dār al-Ḥadīth al-Qāhirah. Tahqiq: Aiman Ṣāliḥ Shacbān.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM