MANHAJ KRITIK MATAN HADIS MULLA ‘ALI AL-QARI

Nur Muhammad Anas Mohd Razak, Mohd Arif Nazri

Abstract


Hadis sebagai sumber rujukan utama yang kedua selepas al-Quran. Ilmu Hadis telah berkembang dari suatu zaman ke zaman yang lain. Tokoh-tokoh hadis telah mengkaji serta menilai status hadis-hadis berdasarkan beberapa kaedah tertentu dari sudut sanad dan matan bagi memelihara kesuciannya sebagai sumber rujukan utama umat Islam. Sehubungan dengan itu, Mulla Ali al-Qari merupakan salah seorang tokoh hadis yang terbilang pada zamannya. Beliau mempunyai pendekatan yang tersendiri mengkritik dan menilai matan hadis. Justeru, artikel ini mengkaji manhaj kritik matan hadis Mulla Ali al-Qari yang tidak dikhususkan oleh beliau sendiri berdasarkan karya beliau yang berjudul al-Asrar al-Marfu’ah. Di samping itu, biografi ringkas Mulla Ali al-Qari turut dinyatakan. Metodologi kajian ialah analisis kandungan bagi menyelidik ketokohan beliau terhadap penilaian sesuatu hadis berdasarkan matan. Hasil kajian ini mendapati percanggahan sesuatu kandungan hadis dengan nas al-Quran dan riwayat al-Sunnah yang lebih sahih menjadi kriteria penting di sisi manhaj kritik matan hadis Mulla Ali al-Qari. Selain itu, kejelikan sesuatu lafaz dan makna kandungan hadis juga turut menjadi asas terpenting kritikan beliau. Kajian ini membawa implikasi positif dalam mendepani penyebaran hadis tanpa semakan statusnya pada masa kini dan akan datang terutamanya dalam konteks aplikasi memelihara kesucian hadis Nabi SAW. Matlamat daripada kajian ini dapat memudahkan dan membimbing umat Islam terutamanya para sarjana yang lain mengenalpasti hadis-hadis bermasalah dan palsu tanpa melalui kajian sanad secara terperinci.


Full Text:

PDF

References


'Adi, I. 1984. Al-Kamil fi Dhu’afa’ al-Rijal. Beirut: Dar al-Fikr.

al-Dumaini, M. I. 1984. Maqayiss Naqd Mutun al-Sunnah. Riyadh.

al-Dzahabi., A. A. 1963. Mizan al-‘Itidal fi naqd al-Rijal. Beirut: Dar al-Ma'rifah.

al-Ghazzi, N. A.-D. 1995. Itqan ma yahsun min al-Akhbar al-Dairah ‘ala al-Alsun. Kaherah: Al-Faruq al-Hadithah litiba’ah wa al-Nashr.

al-Harawi, M. A.-Q. 2013. Anwar al-Quran Asrar al-Furqan. Beirut: Dar al-Kutb al-Ilmiah.

al-Hirawi, M. A. 1994. Syarh Syarh Nukhbah al-Fikr fi Mustholahat ahl al-Athar. Beirut: Dar al-Qolam.

al-Jauzi, I. 1966. Al-Maudhu'at. Madinah al-Munawwarah: al-Maktabah al-Salafiah.

al-Munawar, S. A. n.d. Metode Kritik Matan Hadis Menurut Pandangan Muhadditsin Mutaqaddimin. Journal Ujnikt, 153.

al-Qari, M. A. 1986. Al-Asrar al-Marfu’ah fi al-Akhbar al-Maudu’ah. Beirut: al-Maktab al-Islami.

al-Qayyim, I. 1983. al-Manar al-Munif fi Sohih wa Daif. Halab: Jam'iyah al-Ta'lim al-Syar'i.

al-Sakhawi, S. A.-D.-R. 1985. Maqasid al-Hasanah fi bayan kathir min al-Ahadis Musytahirah ‘ala al-Alsinah. Beirut: Dar al-Kitab al-'Arabi.

al-Siba’i, M. 2000. Al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tashri’. Dar al-Warq.

al-Solah, I. 1986. ‘Ulum Al-Hadis li Ibn Al-Solah. Damsyik: Dar al-Fikr.

al-Suyuti, J. a.-D. 1995. Tadrib Al-Rawi fi Syarh Taqrib Al-Nawawi. Beirut: Maktabah al-Kauthar.

Al-Syafie, M. B. 1940. Al-Risalah. Mesir: Matba’ah Musthofa al-Babi al-Halbi.

al-Syima’, M. A. 1993. Mulla Ali al-Qari: Fihris Muallafatihi wa Ma Kataba Anhu. Dubai: Tsaqafah wa Turath.

al-Thobrani, A. a.-Q. 1995. al-Mu’jam al-Awsath. Mesir: Dar al-Haramain.

al-Uqailiy, M. B. 1984. Al-Dhu’afa’ al-Kabir. Beirut: Dar al-Maktabah al-Ilmiah.

Ayub, M. M. 2019, Februari 15. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-343: BAHASA ARAB BAHASA SYURGA. Retrieved from https://muftiwp.gov.my/: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3121-irsyad-al-hadith-siri-ke-343-bahasa-arab-bahasa-syurga

Aziz, A. 2015. Periodisasi Kritik Matan Hadis (Analisis Perkembangan Metodologi Kritik Matan Hadis sejak Periode Permulaan sampai Periode Pasca Atba al-Tabi’in). Yogyakarta: Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga.

Kathir, I. 1999. Tafsir al-Quran al-'Adzim. Dar Toibah.

Maswara, H. 2013. Kritik Matan Hadis Di Kalangan Sahabat. TAHKIM: JURNAL HUKUM DAN SYARIAH, 9(2), 147-172.

Saputra, T. 2008. Kritik Matan Hadis: Studi Komparatif Pemikiran Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan Muhammad al-Ghazali. Yogyakarta: Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta.

Sultan, A. B. 2018. Al-Masnu’ fi Ma’rifah al-Hadis al-Maudhu’. Beirut: Dar al-Bashair al-Islamiah.

Suryadinata, M. n.d. Kritik Matan Hadis: Klasik hingga Kontemporer.

Taimiyyah, I. 2004. Majmu' Fatawa . Madinah al-Munawwarah: Majma' al-Malik Fahd litiba'ah al-Mushaf al-Syarif.

Vengara, S. 2018. Naqd Matn al-Hadis: Tarikhhu wa Maqayisuhu wa manahij al-Ulama’ Fihi. Kerala, India: Darul Huda Islamic University.

Wahid, H. A. 2017. Membaca pemikiran hadis Mulla Ali al-Qari al-Hirawi. Jurnal Aqidah, 3(2), 168.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM