I‘JAZ ‘ILMI TERHADAP PENGGUNAAN BAHAGIAN-BAHAGIAN BIJI KURMA SEBAGAI AMTHAL DALAM AL-QURAN

Nur Atiqah Mohd Razin, Wan Nasyrudin Wan Abdullah

Abstract


Tumbuh-tumbuhan adalah salah satu unsur yang banyak terkandung di dalam al-Quran. Penggunaan unsur tumbuh-tumbuhan dapat dilihat dalam pelbagai bentuk persembahan melibatkan Lathaif Quraniyyah di dalam al-Quran. Ada diantaranya yang dipamerkan Allah s.w.t. sebagai objek amthal, ada pula kalimah yang datang dengan bentuk yang bebas, namun tetap dapat difahami kerana unsur leksikal yang dibawa menjelaskan konteks keseluruhan ayat. Dalam ilmu Ulum al-Quran, ia dikenali sebagai Fahwa al-Khitab dalam bab al-Mantuq wa al-Mafhum iaitulah ungkapan yang terbentuk difahami secara maknawinya bukan pada lafaznya. Ini adalah salah satu I’jaz al-Bayani yang terdapat di dalam al-Quran. Setelah maklumat dalam al-Quran dapat difahami dengan mendalam, maka perbincangan terhadap unsur-unsur fizikal seperti tumbuh-tumbuhan dapat dilihat dari aspek I’jaz ‘Ilmi untuk melihat bagaimana Allah s.w.t. menggunakan unsur-unsur alam ini sebagai satu permisalan sehingga manusia dapat memahami perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal dan pancaindera. Fokus perbincangan kajian ini ialah dalam bidang analisis I’jaz al-Bayani terhadap penggunaan unsur tumbuh-tumbuhan, iaitu berfokus kepada bahagian-bahagian biji kurma sebagai amthal dalam al-Quran, dan mengenal pasti perkaitannya dengan konteks ayat dari aspek I’jaz ‘Ilmi. Kajian ini mengaplikasikan metod kualitatif deskriptif dengan menganalisis kandungan dokumen merangkumi buku, tesis, artikel jurnal, kertas kerja seminar dan bahan penerbitan lain. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, diharapkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat untuk mendalami al-Quran dan kemukjizatannya.

Full Text:

PDF

References


Abu al-Sa’ud. 982H. Tafsir Abi al-Sa’ud Irsyad al-‘Akl al-Salim. https://tafsir.app/abu-alsuod/35/13. [19 Julai 2022].

Al-Alusi. 1270H. Ruh al-Ma’ani. Tafsir App. Diambil daripada https://tafsir.app/alaloosi/4/53. [19 Julai 2022].

Al-Baghawi. 516H. Ma’alim al-Tanzil. Tafsir App. https://tafsir.app/baghawi/17/71. [20 Julai 2022].

Al-Biqaie. 885H. Nazm al-Durar. Tafsir App. https://tafsir.app/nathm-aldurar/35/13. [19 Julai 2022].

Al-Razi, Fakruddin. 606H. Mafatih al-Ghaib. Tafsir App. https://tafsir.app/alrazi/17/71. [19 Julai 2022].

Al-Zuhaili, Prof Dr. Wahbah. 2016. Tafsir al-Munir. Jakarta: Gema Insani.

Azhar Ali Yasin. 2012. Fahwa al-Khitab Fi al-Quran al-Karim Dirasah Uslubiyyah. https://ketabonline.com/ar/books/105560/read?part=1&page=4&index=30289. [15 Julai 2022].

Dardick, C., & Callahan, A. M. 2014. Evolution of the fruit endocarp: molecular mechanisms underlying adaptations in seed protection and dispersal strategies. Frontiers in plant science, 5, 284. laman: https://doi.org/10.3389/fpls.2014.00284

García, Carmelo; Caballero-Gil, Pino; Burmester, Mike; Quesada-Arencibia, Alexis. 2016. Ubiquitous computing and ambient intelligence: 10th International Conference, UCAmI 2016, San Bartolomé de Tirajana, Gran Canaria, Spain, November 29-December 2, 2016, Proceedings. Part II. Springer. hlm. 265. ISBN 3-3194-8799-X.

Hamka. 2017. Tafsir Surah al-Ahzab dan Juzuk 22. Selangor: PTS Publishing House.

Ibn ‘Asyur. 1973. Al-Tahrir Wa al-Tanwir. Tafsir App. Diambil daripada https://tafsir.app/ibn-aashoor/35/13. [19 Julai 2022].

Ibn ‘Atiyyah. 546H. al-Muharrar al-Wajiz. Tafsir App. Diambil daripada https://tafsir.app/ibn-atiyah/17/71. [[19 Julai 2022].

Language Research Group University of Leeds. 2009. The Quranic Arabic Corpus. https://corpus.quran.com/qurandictionary.jsp. [15 Julai 2022]

Malik Abdul Qadir. 2022. Al-Farqu baina al-Qitmir wa al-Fatil wa al-Naqir. Maudoo’. https://mawdoo3.com/الفرق_بين_القطمير_والفتيل_والنقير#cite_note-cb4882c3_9b28_442d_8eed_fb5035134cf5-2. [15 Julai 2022]

Manna’ al-Qattan. 2015. Mabahith fi Ulum al-Quran. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Michael Allaby. 2018. Pellicle. A Dictionary of Zoology. Encyclopedia.com: https://www.encyclopedia.com/science/dictionaries-thesauruses-pictures-and-press-releases/pellicle-0. [15 Julai 2022]

Qatar Foundation. 2022. Botanical Terms in The Holy Quran and Sunnah. Quranic Botanic Garden. Diperolehi daripada laman sesawang: https://qbg.org.qa/botanical-museum/botanical-terms/. [15 Julai 2022]

Saipolbarin Ramli, Ahmad Fikri Hj Husin. 2015. Penggunaan Unsur Tumbuh-Tumbuhan Dalam Gaya Bahasa al-Tasybih di Dalam al-Quran al-Karim. Ulum Islamiyyah Journal. Vol. 16 (December) 2015: pp 1-22. Universiti Sains Islam Malaysia.

Sayyid Qutb. 2010. Tafsir Fi Zilal al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman.

Zamri Rajab, Kaseh Abu Bakar. 2011. Penggunaan Shahid al-Qur’ān Dalam Kitab Sharh Ibn ‘Aqīl Dan Sharh Qatr Al-Nadā wa Bal Al-Sadā Bab al-Marfu’āt: Satu Kajian Bandingan. GEMA Online™ Journal of Language Studies 11(2), 83-98.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM