PERSEPSI GURU TAULIAH TERHADAP PENILAIAN STATUS HADIS ḌA‘ĪF: SATU KAJIAN DI NEGERI MELAKA

Muhammad Ashraf Shahrulail, Mohd Khafidz Soroni, Suriani Sudi

Abstract


Guru tauliah merupakan penyumbang terpenting dalam pembangunan pendidikan peringkat akar umbi dalam masyarakat Islam. Namun begitu, terdapat beberapa permasalahan yang ditemui berkenaan dengan penilaian terhadap status hadis ḍa’īf dalam kalangan guru tauliah. Tambahan pula kedudukan hadis ḍa’īf merupakan sesuatu perkara yang sering diperdebatkan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi guru tauliah terhadap penilaian status hadis ḍa’īf. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu menggunakan instrumen soal selidik melibatkan 240 orang guru tauliah yang melibatkan tiga daerah di Negeri Melaka menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data telah dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0 secara deksriptif untuk mengetahui nilai min, peratusan dan data interpretasi. Dapatan kajian mendapati persepsi guru tauliah terhadap penilaian status hadis ḍa’īf berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil daripada kajian ini mendapati tidak semua guru tauliah mempunyai latar belakang pengajian ilmu hadis. Faktor yang kedua adalah berkemungkinan guru-guru tauliah tidak didedahkan dalam mengenali selok-belok ilmu hadis terutamanya berkaitan penilaian terhadap status hadis ḍa’īf yang boleh diamalkan ataupun tidak. Selain itu, kebanyakan daripada mereka masih kurang berpengetahuan dalam memahami permasalahan status hadis terutamanya berkaitan penilaian status hadis ḍa’īf. Justeru itu, golongan guru tauliah atau penceramah agama perlu mempunyai inisiatif untuk menambahkan nilai-nilai keilmuan dan kefahaman dalam diri mereka dengan mempelajari ilmu-ilmu islam secara berterusan khususnya berkaitan ulum hadis. Kedudukan guru agama dan murabbi adalah mulia di sisi agama malah mereka mempunyai tanggungjawab mendidik umat Islam untuk kekal berada di jalan yang benar. Sudah tentu peranan ini akan menentukan nasib dan keadaan ummah pada masa hadapan.


Full Text:

PDF

References


‘Awwāmah, M. 2009. Dirāsat al-Kāshif li al-Imām al-Dhahabī. Jeddah: Dār al-Minhāj.

‘Awwāmah, M. 2017. Ḥukm al-ʻAmal bi al-Ḥadīth al-Ḍaʻīf. Jeddah: Dār al-Minhāj.

Abu Zaki Ismail. 2017, Menangani Konflik Hadis Daif Dan Palsu Dalam Masyarakat Awam: Mengalih Perhatian Kepada Pengajian Hadis Sahih Dan Hasan. 2ND INHAD International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith. 15 November 2017 (1-5)

Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali 2015, Mengenali Kuantitatif & Kualitatif Dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Penerbit Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Al-‘Asqalānī, I. Ḥ. 2011. Nuzhat al-Naẓar fī Tauḍīḥ Nukhbat al-Fikr. Tahqīq: Nuruddīn‘ Iṭr. Karachi: Maktabat al-Bushrā.

Al-Baihaqī, A. B. 1991, Ma’rifat al-Sunan wa al-Athar Tahqiq: ‘Abd al-Mu’ṭī Amin Fal’ajī. Halab: Dār al-Rushd.

Al-Ghourī, S. ‘A. 2019, Al-Muyassar fi ‘Ilmī Musṭolaḥ al-Ḥadīth. Bangi: Dār al-Syakir.

Al-Juwainī, ‘A. M. 1979, Al-Burhan fī Uṣūl al-Fiqh. Tahqīq: ‘Abd al-‘Aẓim al-Dīb. Qaṭar: Ṭoba ‘alā Nafkah Ṣāḥib Amīr Daulat Qaṭar.

Al-Laknawī, ‘A. H. 1995, Zafar al-Amānī bi Syarh Mukhtasar al-Jurjānī. Tahqīq: ‘Abd al-Fattah Abū Ghuddah. Halab: Maktabat al-Maṭbū‘at al-Islamiyyah.

Al-Laknawī, ‘A. H. 2000, al-Raf’ wa al-Takmīl fi al-Jarḥ wa al-Ta’dīl. Tahqīq: ‘Abd al-Fattah Abū Ghuddah. Kaherah: Dār al-Salam.

Al-Laknawī, ‘Abd al-Hayy 2007, al-Ajwibah al-Fāḍilah li al-Asilat al-‘Ashara al-Kāmilat. Ta’līq: ‘Abd al-Fattah Abū Ghuddah. Kaherah: Dar al-Salam.

Al-Mālikī, S. M. A. 2000 Al-Manhal al-Laṭīf fī Usūl al-Ḥādīth al- Syarīf. Beirut: Dār al-Kutub al- ‘Ilmiyyah.

Al-Qāsimī, J. 1993, Qawā’id al-Taḥdīth min Funūn Muṣṭolaḥ al-Ḥadīth. Taḥqīq: Muḥammad Bahjah al-Baitar. Beirut: Dār al-Nafāis.

Al-Tahānūwi, Z. A. 1972, Qawā’id fi ‘Ulūm al-Ḥadīth. Tahqīq: ‘Abd al-Fattaḥ Abū Ghuddah. Beirut: Dār al-Qalam.

Bahagian Fatwa Dan Buhuth. Garis Panduan Pengeluaran Tauliah Mengajar, Kebenaran Berceramah Dan Membaca Khutbah Jumaat Dalam Negeri Melaka. Jabatan Mufti Negeri Melaka

Bahagian Penyelidikan, Garis Panduan Prosedur, Pengeluaran Tauliah Khas, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Basri Ibrahim. 2022. Boleh Beramal Dengan Hadith Da’if. Batu Caves: PTS Publishing House Sdn Bhd.

Bazmūl, M. ‘U. 2003. Taqwiyyāt al-Ḥadīth Baina al-Fuqāhā wa al-Muhaddithīn. Majallāt Jāmi’at Umm al-Qurā li ‘Ulūm al-Syarī’āt wa al-lughat al‘Arabiyyat wa Adābuha.

Faisal Ahmad Shah. 2017, Hadis Daif dan Palsu: Realiti Pemakaiannya Di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti of Malaya Press.

Fathor Rois & Iqro Firdaus. 2014, Para Pemalsu Hadis: Biografi Tokoh – Tokoh Pemalsu Hadis dan Pendapat Para Ahli Hadits Tentang Mereka. Jogjakarta: Diva Press.

Hussein ‘Abd al-Kadir 2017, Pencerahan Dalam Bidang Hadith. Kota Bharu: Jabal Maraqy Sdn. Bhd.

Ibn ‘Abd al-Bar, Y. ‘A. 1967, al-Tamhīd lima fī al-Muwaṭṭa min al-Ma’ānī wa al-Asānid. Tahqīq: Musṭofā bin Muḥammad al-‘Alawī. Wizārat al-Awqāf wa al-Shu’ūn al-Islamiyyah.

Ibn Ṣalaḥ, ‘U. ‘A. 1986, Muqaddimah Ibn Ṣalaḥ. Tahqīq: Nuruddin I’ṭr. Beirut: Dār al-Fikr.

Ibrahim Adham Ahmad Rokhibi 2018, Mendepani Isu Hadith Dhaif: Analisis Melalui Kitab Ḥukm al-‘Amal bi al-Ḥadīth al-Ḍa’īf. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Jabatan al-Quran dan al-Hadith. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Ibrahim Adham Mohd Rokhibi, Mohd Farhan Md Ariffin & dan Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar 2020, Cabaran Pseudo-Salafi Terhadap Amalan Masyarakat Islam. Jurnal Al-Ummah 2: (31-48).

Jamaluddin Abdul Wahab 2011, Isu-Isu Takhrij Di Singapura: Satu Tinjaun Awal. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Khadher Ahmad & Fauzi Deraman. 2021, Pendekatan ‘Ulum al-Hadith Dalam Menangani Salah Faham Terhadap Sunnah. Selangor: Persatuan ‘Ulama Malaysia,

Khalīl Ibrāhīm, M. K. 2005, Khuṭūrah Musāwāh al-Ḥadīth al-Ḍaʻīf bi al-Mawḍūʻ, Makalah Seminar Hadith al-Sharīf dan Cabaran-cabarannya Masa Kini Peringkat Antarabangsa, Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab Dubai, 27 -29 Mac 2005. 1-11

Krejcie, R. V. dan Morgan, D. W. 1970, Determining sample size for research education and psychological measurement. Education and Psychological Measurement, 3, (607-610).

Mohd Shukri Mohd Senin & Faisal Ahmad Shah 2018, Hadith-hadith Masyhur Berkaitan Al-Faḍā’il: Kajian Kefahaman dan Pengamalannya dalam Kalangan Guru-guru Pendidikan Islam di Pasir Gudang, Johor. Jurnal Usuluddin, 46 (2), (27–66)

Mohd. Majid Konting 2000, Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Najib Abdul Ghafar 2003, Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Muhammad Dhani 2014, Pedoman Ilmu Hadis. Kuala Lumpur: Progressive Publishing House Sdn. Bhd.

Nuruddīn al-‘Iṭr 1997, Manhaj al-Naqd fi ‘Ulūm al-Ḥadīth. Damsyik: Dār al-Fikr al-Mu’āṣir.

Rohaizan Baru, Syed Hadzrullathfi Syed Omar, Syed Mohd Azmi Syed Abd Rahman & Rosmalizawati Ab Rashid. 2022 Isu Perbalahan Agamawan Mengenai Hadis Nabi Saw. QIYAM International Social Science and Humanities Journal, 5(1), (50-60).

Wahyu Hidayat Abdullah & Mohamamad Najib Md Norani. (2020), Analisis Aktiviti Pengajian Keagamaan di Institusi Masjid-masjid Negeri Melaka. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences. Volume 3, Issue 1, 2020 (119-129).

Wahyu Hidayat Abdullah, Mohd Marzuqi Abdul Rahim & Abd Hadi Borham 2018, Amalan Penggunaan Metode Syarah al-Hadith Dalam Pengajian Hadith Institusi Masjid di Daerah Muallim Negeri Perak. Jurnal Teknologi Sains Humanika. November 2018 (1-7).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM