PERSPEKTIF PSIKOSPIRITUAL ISLAM TERHADAP MASALAH SPIRITUAL REMAJA BERISIKO

Nurul Shuhadah Md Yahya, Mohd Manawi Mohd Akib

Abstract


Remaja berisiko dikenali sebagai mereka yang bertingkah laku dan melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang, peraturan atau norma masyarakat bermula daripada kesalahan ringan seperti ponteng sekolah, merokok, buli dan sebagainya yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada komuniti dan persekitaran. Sekiranya tidak dibendung, perkara ini akan menjadi suatu kebiasaan dan akhirnya akan mencetuskan jenayah yang lebih berat seperti merompak, penyalahgunaan dadah, seks bebas, pornografi dan sebagainya.  Perkara ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhi remaja sehingga mereka terjebak dengan anasir luar yang akhirnya menjajah pemikiran dan tindakan mereka. Dari sudut disiplin ilmu psikospiritual Islam, pemikiran dan tindakan seseorang itu dipengaruhi oleh spiritualnya yang disebut juga sebagai jiwa. Spiritual yang solid dengan ilmu pengetahuan dan amal soleh mampu menjadi benteng kuat dan menghalang seseorang remaja daripada terjebak dengan perkara yang tidak baik bahkan dapat mendorongnya melahirkan tingkah laku yang positif. Begitu juga sebaliknya, tindakan dan perlakuan yang bermasalah tercetus di kalangan remaja berisiko adalah kerana spiritualnya yang bermasalah. Justeru itu, artikel ini ingin mengenalpasti perspektif psikospiritual Islam terhadap masalah spiritual remaja berisiko. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui penelitian terhadap tinjauan litetaratur atau kajian kepustakaan terhadap kajian-kajian lepas. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa masalah spiritual remaja berisiko dari sudut pandang psikospiritual Islam seperti al-halu’ (keluh kesah), hubbu al-dunya (cinta dunia), hasad dan sebagainya. 


Full Text:

PDF

References


Abdul Halim, N.M. 2018. Pendekatan Psikologi Dakwah Dalam Menangani Remaja Berisiko Di Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar Butterworth Pulau Pinang. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Mujib & Yusuf Mudzakir. 2002. Nuansa-Nuansa Psikologi Islam. Jakarta PT Raja Grafindo Persada.

Abdullah, H. 2009. Belia Dan Pembangunan Modal Insan. Dalam Haslinda Abdullah, Turiman Suandi, Abd. Halim Sidek, Sarjit S. Gill, Nobaya Ahmad Dan Dzuhailmi Dahalan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Abu Bakar, S., Azizan, N.I., Ismail, N., & Dimon, Z. 2020. Kaedah Al-Quran Dalam Menangani Masalah Sosial: Kajian Di Pusat Perlindungan Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Jurnal Pengajian Islam, 10 (1): 57-77.

Ahmad Basir, N. 2022. Amalan Spiritual Dan Perubahan Emosi Wanita Hamil Luar Nikah Di Pusat Perlindungan Baitus Solehah Johor. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Bayanuniy, A.I. 1994. Hati: Kedudukan, Keadaan, Penyakit Dan Pengobatannya. Perpustakaan Tun Sri Lanang. Universiti Kebngsaan Malaysia.

Al-Ghazali, A. H. M. 1994. Majmu’ah Rasa’ilal-Imam Al-Ghazali. Lubnan: Dar Al-Kutub Al-Ilmiah.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad. 1995. Terj. Mohammad Luqman Hakiem. Raudhah: Teman Jiwa Kaum Sufi. Surabaya: Risalah Gusti.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad. 2000. Ihya’ ‘Ulum Al-Din. Kaherah: Dar Al-Taqwa Li Al-Turath.

Anas Ahmad Karzon. 2006. Tazkiyah Al-Nafs. Beirut: Dar Ibn Hazm.

Anwar, K., Ismail, K. H., & Wahyuni, S. 2019. Indeks Mental-Kognitif Islam Remaja Berisiko: Satu Kajian Pendekatan Psikoreligio Keluarga Islam Di Malaysia. Psikoislamedia: Jurnal Psikologi, 3(2), 213-227.

Ashaari, N. N. S. B. H., Sumadi, S. N., Salleh, N. A., Ismail, N. I., Adenan, N. A. H., & Husin, M. R. 2019. Masalah Pergaulan Bebas Dalam Kalangan Remaja Sekolah. International Journal Of Humanities, Management And Social Science (IJ-Humass), 2(1), 38-50.

Aziz, S., Nen, S., Hoesni, S. M., & Manap, J. 2020. Tingkah Laku Devian Dalam Kalangan Remaja Di Semenanjung Malaysia Berdasarkan Faktor Pemantauan Ibu Bapa, Komunikasi Ibu Bapa Dan Religiositi. Jurnal Sains Sosial: Malaysian Journal Of Social Sciences, 4(1), 93-101.

Azizan, N. I., Abd Majid, M., Mohamad, N., Usman, A. H., Haridi, N. H. M., Ismail, Z., & Rahman, A. H. A. 2022. Faktor Penglibatan Salah Laku Delinkuen Dalam Kalangan Remaja: Kajian Di Pusat Pemulihan. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 9(2): 59-74.

Bakar, A. A. A., & Hamzah, M. I. 2019. Faktor Keterlibatan Remaja Dengan Masalah Sosial. Jurnal Hadhari, 11(1), 1-17. 32738-102539-1-PB.Pdf (Ukm.My)

Bensaid, B., Machouche, S. B. T., & Grine, F. 2014. A Qur’anic Framework For Spiritual Intelligence. Religions, 5(1), 179-198.

Che Zarrina Sa’ari. 2019. Psikospiritual Islam: Konsep Dan Aplikasi. Journal Of Syarie Counseling, 1(1), 43-51.

Chik, H., Sa'ari, C. Z., & Chin, L. E. 2017. Peranan Spiritual Dalam Rawatan Paliatif: The Role Of Spirituality In Palliative Care. Afkar: Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 19(2), 107-142.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2015. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Haidar, G., & Apsari, N. C. 2020. Pornografi Pada Kalangan Remaja. Prosiding Penelitian Dan Pengabdian Kepada Masyarakat, 7(1), 136.

Hamjah, S. H. 2010. Bimbingan Spiritual Menurut Al-Ghazali Dan Hubungannya Dengan Keberkesanan Kaunseling: Satu Kajian Di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PK MAINS). Islamiyyat, 32, 41-46.

Ibn Sina. 2009. Ahwal An-Nafs: Risālah Fī Nafs Wa Baqa’iha Wa Ma’adiha. Psikologi Ibn Sina. (Terj.). Bandung: Pustaka Hidayah.

Ibrahim, F., Sarnon, N., Alavi, K., Mohamad, M. S., Akhir, N. M., & Nen, S. 2012. Memperkasakan Pengetahuan Agama Dalam Kalangan Remaja Bermasalah Tingkah Laku: Ke Arah Pembentukan Akhlak Remaja Sejahtera. E-BANGI, 7(1), 84-93.

Ismail, M. Y., & Hassan, S. N. S. 2011. Pendekatan Nabawi Dalam Membentuk Remaja Muslim Sejati. HADIS, 2(2): 31-46.

Ismail, N. H., Halifah, D. N. A. A., & Makhsin, M. 2022. Faktor Masalah Sosial Dalam Kalangan Pelajar. International Journal Of Educations, Psychology And Counselling, 7 (46): 674-685.

Ismail, N., & Mohd Noorikhwan Sarbini, M.N. 2015. Peranan Uzlah Dalam Merawat Penyakit Rohani Muslim. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 2 (1): 30-43.

Jaafar, J.L.S. 2002. Psikologi Remaja. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Jacob, T. (1974). Patterns Of Family Conflict And Dominance As A Function Of Child Age And Social Class. Developmental Psychology, 10(1), 1-12.

Jalaluddin, A. 2018. Ketenangan Jiwa Menurut Fakhr Al-Dīn Al-Rāzī Dalam Tafsīr Mafātih Al-Ghayb. Al-Bayan: Jurnal Studi Ilmu Al-Qur'an Dan Tafsir, 3(1).

Kamaruddin, N.Y. 2013. Pengaruh Kecerdasan Emosi Dan Kecerdasan Spiritual Ke Atas Salah Laku Remaja Sekolah. Tesis Master. Universiti Teknologi Malaysia.

Kellehear, A. 2000. Spirituality And Palliative Care: A Model Of Needs. Palliative Medicine, 14(2), 149-155.

Loke, A. Y., & Mak, Y. W. 2013. Family Process And Peer Influences On Substance Use By Adolescents. International Journal Of Environmental Research And Public Health, 10(9), 3868-3885.

Mat Akhir, N.S. 2008. Al Ghazali And His Theory Of The Soul. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Mohamed, H. 1998. Penyakit Rohani Dan Rawatannya Dalam Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

Mohd Jailani, M.R., & Osman, A.B. 2015. Bab 11 Integrasi Terapi Psikospiritual Islam Dalam Modul Rawatan Dan Rehabilitasi Berasaskan Tc (Therapeutic Community). Proceeding Prevent 2015 (International Drug Prevention And Rehabilitation Conference), 12 Januari 2018. Acreda, Universiti Sains Islam Malaysia.

Mohd Shahril Othman. 2014. Isu-Isu Kontemporari Dalam Psikospiritual Islam. Cetakan Pertama. Selangor: Univision Press SDN BHD.

Mohd Zahid, E. S. 2019. Pembangunan Spiritual: Konsep Dan Pendekatan Dari Perspektif Islam. E-Journal Of Islamic Thought And Understanding (E-JITU), 2, 64-87.

Mohsin, S. B. S., Binti Sa’ari, C. Z., Chik, H., & Zainuddin, S. I. 2022. Muḥāsabah Al-Nafs (Self-Reflection) Dalam Menangani Keresahan Spiritual (Spiritual Distress) Self-Reflection (Muḥāsabah Al-Nafs) In Dealing With Spiritual Distress. Jurnal Usuluddin, 50(1), 43-72.

Mohsin, S. B.S. 2017. Kepulihan Al-Halu’ Berasaskan Maqamat Abu Talib Al-Makki (W.386h). Tesis Doktor Falsafah (Phd): Universiti Malaya.

Muhammad Husayni Abu Sa’adah. 1989. Al-Nafs Wa Khuluduha ‘Ind Fakhr Al-Din Al-Razi. Kaherah: Sharikah Al-Safa Li Al-Taba’ah Wa Al-Tarjumah Wa Al-Nashr.

Mustafa, M. N., Suandi, T., Hamzah, A. H., & Ismail, M. D. I. A. 2016. Fenomena Delinkuen Dalam Kalangan Remaja Yang Berisiko Di Sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Di Luar Bandar Malaysia. Jurnal Kemanusiaan, 14(2).

Nazim, A. M. 2015. Pendekatan Psikologi Dakwah Dalam Menangani Remaja Berisiko: Fokus Pendekatan Bimbingan Jiwa. Jurnal Hadhari, 7(2), 63-73.

Nazim, A. M. 2017. Faktor Penyimpangan Dalam Kalangan Remaja Berisiko Dari Perspektif Islam. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 15(1), 1-18.

Nazim, A. M., Shama, F., & Hamjah, S. H. 2013. Ciri-Ciri Remaja Berisiko: Kajian Literatur. Islamiyyat: International Journal Of Islamic Studies, 35(1).

Noor Zainan, N. I., Ismail, M. K. A., & Mat Jusoh, N. A. 2021. Impak Media Sosial Terhadap Keruntuhan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar: Satu Tinjauan Awal. Proceedings Of International Conference On Language, Education, Humanities &Social Sciences (I-Ledhs2021).

Rizal, S., Ishak, H., & Amran, N.N. 2017. Hubungan Antara Amalan Ibu Bapa Dengan Tingkah Laku Remaja. Proceedings Of The International Conference On Islam, Development And Social Harmony In Southeast Asia 2017.

Saâri, C. Z., & Muhsin, S. B. S. 2012. Cadangan Model Psikoterapi Remaja Islam Berasaskan Konsep Tazkiyah Al-Nafs. Jurnal Usuluddin, 36, 49-74.

Salasiah Hanin Hamjah. 2016. Pendekatan Kaunseling Spiritual Menurut Al-Ghazali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Saparudin, I. F., & Soh, S. N. C. 2018. Elemen Psiko-Spiritual Dalam Menangani Delinkuensi Remaja. Human Sustainability Procedia.

Sarbini, M.N. 2013. Terapi Jiwa Menurut Imam Ibn ‘Ata’ Allah Al-Sakandari. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Usuluddin Dan Falsafah. Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Shahruddin, N. J., Mansor, M., Madon, Z., & Hamsan, H. H. 2018. Hubungan Pengaruh Rakan Sebaya, Estim Diri Dan Lokus Kawalan Dengan Sikap Terhadap Tingkah Laku Seksual. Akademika, 88(2), 81-94.

Sharif, Z., & Mohamad Roslan, N. 2011. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal Of Education Psychology & Counseling, 1(7), 115-140.

Sodiq, B. 2012. Jom! Jadi Remaja Soleh. Kuala Lumpur: Jundi Resources.

Sudi, S., Sham, F. M., & Yama, P. 2018. Pembentukan Spiritual Menurut Islam Sebagai Solusi Dalam Menangani Permasalahan Sosial: Spiritual Development According To Islam As A Solution In Dealing With Social Problems. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 5(2), 269-278.

Yahya, N., Omar, S. H. S., Yusoff, S. H. M., Ismail, M. S., Zain, A. D. M., Rozali, M. H., & Mamat, A. 2021. Elemen Kesufian Menurut Al Muhasibi Dan Hubungannya Dengan Psikospiritual Dalam Menangani Tekanan Akibat Pandemik Covid 19. Global Journal Of Educational Research And Management, 1(3), 186-192.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM