METODOLOGI AL-QADHI EMADUDDEEN AL-KINDI (W: 741H) DI DALAM TAFSIRNYA: AL-KAFEEL BI MA’ANI AL-TANZIL

Wafa Abdul Jabbar Shohibuddin, Muhammad Lukman Mat Sin, Mohamad Hafiz Darpen

Abstract


Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai mukjizat hingga hari kiamat. Para ulama telah meluangkan banyak waktu dan usaha mereka bagi menggali segala yang berharga di dalam al-Quran dan seterusnya menyebarkannya dengan pelbagai cara. Di kalangan mereka, ada yang menggunakan metodologi penelitian serta komentar kepada kitab yang terdahulu daripada mereka seperti Al-Qadhi Emaduddeen al-Kindi. Al-Kindi telah meneliti kitab al-Kashshaf karya al-Zamakhshari serta memberi komentar dari pelbagai sudut. Justeru, penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk membahas metodologi tafsir al-Quran yang digunakan oleh al-Kindi dalam karyanya yang terkenal, Al-Kafeel bi Ma’ani al-Tanzil." Penulis menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan kajian kualitatif serta analisis tematik untuk mengkaji latar belakang al-Kindi dan mengenalpasti metodologi penulisan beliau di dalam tafsirnya. Hasil kajian mendapati bahawa al-Kindi adalah seorang yang alim dan mahir dalam bidang tafsir, beliau menggunakan keluasan ilmunya dalam pentafsiran al-Quran al-Karim. Antara cadangan daripada hasil kajian ini antaranya ialah menubuhkan projek-projek kajian untuk mengembangkan lagi pemikiran dan karya penulisan al-Kindi. Ianya diharapkan dapat menjadi pencetus dalam memperkenalkan Al-Qadhi Emaduddeen al-Kindi sebagai seorang ulama dalam bidang tafsir di kalangan masyarakat serta menerangkan metodologi beliau di dalam tafsirnya.


Full Text:

PDF

References


Abu Anyas, 2020. Al-Kafeel bi Ma’ani al-Tanzil, Surah al-A’raf, ayat 65-141, Dirasatan Wa Tahqiqan. (Tesis Sarjana). Universiti Islam Madinah.

Al-’Awaisah, A.H. 2019. Al-Balaghah al-Quraniyyah ’inda Fadhl Hassan Abbas. Dubai: Jaizah Dubai al-Dauliyah lil Quran al-Karim.

Al-Balwi, K.I (T.T.). Taj al-Mafraq fi Tahliah Ulama’ al-Mashraq. Mashru’ Ihya’ Turath al-Islamiy.

Al-Uthaimin, M.Soleh. 2016. Dasar Utama Usul Tafsir. Bayyinah Enterprise.

Al-Zamakhsyari, M.A. 1986. Al-Kashshaf ‘an Haqaiq al-Takwil Wa Gawamid al-Tanzil. Beirut: Dar al-Kitab al-’Arabi.

Ibnu Majah, Q. 2013. Sunan Ibnu Majah. Muassasah Risalah al-Nasyirun.

Ibnu Rafi’, M.H. 1982. Al-wafayat. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Muda, A.L., Ali, R. 2021. Ulum al-Quran, Pustaka Salam.

Shohibuddin, W.A.J 2022. Al-Kafeel bi Ma’ani al-Tanzil, Surah al-Ankabut ayat 1- al-Ahzab ayat 40, Dirasatan Wa Tahqiqan. (Tesis Sarjana). Universiti Islam Madinah.

Suhaib 2018. Al-Kafeel bi Ma’ani al-Tanzil, Surah al-Nisa’, ayat 1-35, Dirasatan Wa Tahqiqan. (Tesis Sarjana). Universiti Islam Madinah.

Widragu Abu Bakar 2019. Al-Kafeel bi Ma’ani al-Tanzil, Surah al-Baqarah ayat 8-134, Dirasatan Wa Tahqiqan. (Tesis Sarjana). Universiti Islam Madinah.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM