Penyelesaian Mukhtalaf al-Hadith Melalui Metode al-Jam’u Dalam Karya Aslu Sifat Solat Nabi s.a.w Oleh Nasiruddin al-Albani

Mohamad Khalid Bahrudin, Mohd Arif Nazri

Abstract


Abstrak

Kontradiksi makna antara dua atau lebih hadith merupakan salah satu cabang perbahasan dalam ilmu dirayah hadith. Ahli ilmu menamakan disiplin ilmu ini sebagai ilmu mukhtalaf al-hadith dengan menyusun empat metode utama penyelesaiannya. Metode tersebut adalah al-jam’u (penggabungjalinan), nasakh wa mansukh/pembatalan, tarjih/memperkuatkan salah satu, dan tawaqquf/mendiamkan. Analisa akan memfokuskan kepada metode al-jam’u kerana ia merupakan metode paling kerap dilalui ahli ilmu dan kerana penggunaannya menjadikan hadith-hadith yang mukhtalif  dapat diamalkan tanpa digugurkan salah satu darinya berbanding jika menggunakan metode-metode lain. Al-Jam’u bermaksud menghimpun dan mengguna pakai kedua-dua hadith sahih yang bercanggah dengan memberikan kefahaman yang sebenar terhadap kedua-duanya sehingga terangkat percanggahan tersebut. Manakala, karya Aslu Sifat Solat Nabi s.a.w oleh Nasiruddin al-Albani dipilih sebagai dokumen kajian kerana perbahasannya yang begitu fokus dan mendalam terhadap masalah sifat solat Nabi s.a.w, ditambah lagi dengan faedah-faedah ulum hadith dan fiqh yang terkandung di dalamnya yang mampu memberi impak besar kepada pembaca. Hasil dapatan kajian mendapati al-Albani menempuhi manhaj jumhur pada mendahulukan metode al-jam’u berbanding metode-metode lainnya dengan mengaplikasikan empat pendekatan utama iaitu kontekstual, korelatif, ta’wil dan usul al-fiqh. Analisa kajian akan menunjukkan aplikasi metode al-jam’u secara lebih terperinci lagi.

Kata Kunci: mukhtalaf al-hadith, al-jam’u, sifat solat Nabi s.a.w, aplikasi, metode, al-Albani.

 

Abstract

The issue of contradictory hadith is one of important discussion in dirayah hadith. This branch of knowledge had been extensively discussed by the scholars and it was known as mukhtalaf al-hadith. Generally, there are four primary methods of solving this contradiction, they are: al-jam’u (reconciliation), nasakh wa mansuk (abrogation), tarjih (preference), and tawaqquf (suspension). This writing will focus on the method of al-jam’u since it was a predominent method opted by majority of the scholars . In addition, by using al-jam’u, no hadith will be left unused compare to the other methods. al-Jam’u defined as to combine and matching the contradited narrations with a true understanding in order to uplift the existing contradiction between them. The book Aslu Sifat Solat Nabi s.a.w by Nasiruddin al-Albani is choosen as a document of study due to it details discussion regarding the practical of solat of the Prophet s.a.w.  In addition, this book also contains elaborated discussion related to ulum hadith and fiqh that could give an extra benefits to it reader. The finding of research find out that al-Albani follows the way of jumhur in their solution of mukhtalaf al-hadith by prioritizing the method of al-jam’u over others with 4 main applications; contextual, correlative, ta’wil and usul al-fiqh. This writing will show in more details how this 4 applications are applied.

Keywords: contradictory hadith, recocillation, Aslu Sifat Solat Nabi s.a.w, applications, al-Albani. 


Full Text:

PDF

References


al-Quran al-Karim.

al-Suyuti. Abdul Rahman bin Abu Bakar. 2003. Tadrib al-Rawi. Penilai: Tariq bin ‘Awad. Saudi: Dar al-‘Asimah.

Rohaizan Baru, Fauzi Deraman. 201. Pendekatan al-Jam’ dalam Menangani Percanggahan Hadith. Bil 9. UM: Jurnal al-Bayan. hlm. 51.

Edi Safri. 1999. al-Imam al-Syaficei: Metode Penyelesaian Hadith-Hadith Mukhtalif. Padang: Imam Bonjol Press. hlm. 95.

Kaizal Bay. 2011. Metode Penyelesaian Hadith-Hadith Mukhtalif Menurut al-Syafi’i. Vol.17. Riau: Jurnal Ushuluddin. hlm. 184.

al-Khair Abadi, Muhammad Abu Laith. 2003. Ulumul Hadith Asiluha wa Mu’asiruha. Selangor: Dar al-Syakir.

Muslim bin al-Hajjaj. 2006. Sahih Muslim. Riyadh: Dr ayyibah.

Ahmad, Muhammad bin Hanbal. 2001. Musnad Ahmad. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

Ibnu Hajar, Ahmad bin Ali. 2005. Fath al-Bari. Riyadh: Dar Taibah.

al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. 2004. al-Jami' al-Sahih. Penyusun: Muhamad Fu’ad ‘Abdul Baqi. Riyadh: Dar Ibnu al-Haytham.

al-Baihaqi, Ahmad bin Husain. 2003. al-Sunan al-Kubra. Penilai: Muhammad 'Abdul Qadir 'Atha'. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiah.

al-Albani, Muhammad Nasiruddin al-Albani. 2006. Aslu Sifat Solat Nabi SAW. Riyadh: Maktabah Macrif.

al-Baihaqi, Ahmad bin Husain. 1989. al-Sunan al-Saghir. Karachi: Jami'ah al-Dirasat al-Islamiah.

al-Qurtubi, Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad. 1995. Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtasid. Beirut: Dar Ibnu Hazm.

al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. 1993. al-Mustafa. edisi Maktabah Syamilah.

Abdul Karim Zaidan. 1996. al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

al-Suyuti, Abdul Rahman bin Abu Bakar. 1998. al-Kaukab al-Sati’ Nazmu Jam’u al-Jawami’. Maktabah Ibnu Taimiyah. edisi atas talian.

Abu Daud, Sulaiman bin al-Ash'ath al-Sijistani. 2007. Sunan Abi Daud. Penilai: Muhammad Nasiruddin al-Albani. Riyadh: Maktabah al-Ma'arif li al-Nasr wa al-Tauzi’.

at-Tirmizi, Muhammad bin 'Isa bin Surah. 2007. Sunan at-Tirmizi. Penilai: Muhammad Nasiruddin al-Albani. Riyadh: Maktabah al-Ma'arif li al-Nasr wa al-Tauzi’.

al-Nawawi, Mahyuddin al-Nawawi. 2006. al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin Hajjaj. Beirut: Dar al-Ma’rifah.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM