KEBERKESANAN PETA BULATAN DAN PETA ALIR DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS KARANGAN NARATIF MURID-MURID CINA (Effectiveness Circle and Flow Mapping in Increasing of Narrative Essay Writing of Chinese Pupils)

Noor Hidayu Mohd Rahim, Yahya Othman

Abstract


Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan peta bulatan dan peta alir  dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan naratif dalam kalangan murid Cina di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina. Kajian kuasi eksperimen ini dilakukan terhadap murid Cina tahun lima. Seramai 30 orang murid dijadikan sampel kajian bagi kumpulan eksperimen dan 30 orang murid dijadikan sampel bagi kumpulan kawalan. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dalam kumpulan eksperimen diberikan rawatan menggunakan peta bulatan dan peta alir. Data yang diperoleh daripada pra dan pasca ujian. Data dianalisis menggunakan ujian-t dan ujian ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemahiran menulis karangan naratif bagi sampel kumpulan eksperimen dalam pasca ujian dengan nilai t = nilai t = 2.114 dan sig = 0.039 (p<0.05). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan strategi peta bulatan dan peta alir dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berjaya meningkatkan pencapaian menulis karangan naratif dalam kalangan murid Cina dari sekolah jenis kebangsaan Cina.

Kata kunci: Peta bulatan, peta alir, menulis karangan, karangan naratif, sekolah jenis kebangsaan Cina,

Abstract: This study was conducted to evaluate the effectiveness of the use of circle and flow mapping in narrative essay writing skills in one of the national-type Chinese primary schools. This quasi-experimental study was conducted over a five-year Chinese pupils. A total of 30 pupils as sample for the experimental group and 30 pupils were sample for the control group. Through teaching and learning, pupils in the experimental group were given treatment using thinking maps i-Think. Data obtained from pre and posttest. Data were analyzed using t-test and ANOVA test. The findings showed that there were significant differences on narrative essay writing skills of a sample experimental group in post-test and t = t = 2.114 and sig = 0.039 (p <0.05). This study proved that the use of circle and flow mapping strategy in Malay Language teaching and learning successfully increased achievement in writing narrative among Chinese pupils from Chinese primary schools.

Keywords: Circle mapping,  flow mapping, essay writing, narrative essay, Chinese primary school


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.