KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP PENCAPAIAN DAN MOTIVASI MURID SEKOLAH MENENGAH DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (The Effectiveness of Cooperative Learning Towards Achievement and Students Motivation Secondary School in Malay Language Learning)

BHAVANI SOMASUNDRAM, ZAMRI MAHAMOD

Abstract


Abstrak: Kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah SQ3R dalam pengajaran membaca untuk tujuan pemahaman. Kajian dijalankan secara kuasi eksperimen dengan menggunakan teknik SQ3R bagi kumpulan eksperimen berbanding dengan kaedah konvensional untuk kumpulan kawalan. Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Menengah di daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah yang melibatkan sampel kajian seramai 50 orang pelajar tingkatan satu yang dibahagikan kepada kumpulan eksperimen seramai 25 orang pelajar dan kumpulan kawalan seramai 25 orang pelajar. Ujian-t diguna untuk pengujian hipotesis yang dibina. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen yang menggunakan kaedah SQ3R dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional pencapaian keseluruhan kefahaman membaca pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pengajaran membaca menggunakan teknik SQ3R mampu memberikan kefahaman membaca dengan lebih berkesan kepada pelajar tersebut.

Kata kunci: Teknik membaca, pengajaran kefahaman, kemahiran membaca, sekolah menengah

 

Abstract:  The study was conducted to examine the effectiveness SQ3R methods in teaching reading for comprehension purposes. Studies conducted a quasi-experimental techniques used SQ3R of the experimental group as compared with conventional methods for the control group. This study was conducted in schools in Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah involving a sample of 50 students were divided into one experimental group of 25 students and a control group of 25 students. T-test was used to test the hypothesis built. The study found that there are significant differences between the experimental group using methods SQ3R with a control group using a conventional method of reading comprehension achievement of all students. The findings show that the use of methods of teaching reading using reading comprehension SQ3R able to provide more effectively to the student.

Keywords: Reading technique, comprehension teaching, reading skills, secondary school

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.