PENGARUH FAKTOR SOSIAL DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID IBAN (Social Factors Influence in Malay Language Teaching among Iban Students)

DAYANG SUFIKAWANY UJAI, WAN MUNA RUZANNA WAN MOHAMAD

Abstract


Abstrak: Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bukan merupakan proses yang mudah tambahan lagi bagi murid-murid yang jarang bertutur dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan seharian mereka. Persekitaran yang kurang memberangsangkan mengakibatkan kesukaran kepada murid-murid tersebut menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan seterusnya memberi kesan kepada prestasi pembelajaran mereka di dalam bilik darjah.   Sehubungan  itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat pengaruh faktor sosial yang mempengaruhi pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua murid-murid Iban.  Kajian tinjauan dijalankan secara kuantitatif yang melibatkan seramai 225 orang murid Iban tahap 2 di sekolah-sekolah rendah pedalaman 3 di daerah Kapit.  Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang mempunyai 42 item secara keseluruhannya yang merangkumi lima aspek sosial, iaitu rakan-rakan, keluarga, persekitaran, motivasi dan sikap.  Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor sosial dominan yang mempengaruhi pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ialah faktor motivasi, sikap dan persekitaran. Justeru, guru Bahasa Melayu perlu mengambil kira aspek sosial motivasi, sikap dan persekitaran dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, selain faktor sosial  rakan sebaya dan keluarga, terutamanya yang mengajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua kepada murid-murid bukan bahasa Melayu.

Kata kunci: Pengaruh sosial, faktor sosial, pembelajaran Bahasa Melayu, murid Iban, pembelajaran bahasa kedua

Abstract: Learning the Malay Language as a second language is not an easy process in addition to the students who rarely speak Malay in their daily. The unfavorable environment caused difficulties to the students to master the Malay Language as a second language and in turn affects the performance of their learning in the classroom. Accordingly, the aim of this research is to know the social factors that influence learning in Malay Language as a second language. For this research, a quantitative survey conducted involving a total of 225 pupils Iban level 2 in rural schools in the area 3 Kapit. The instrument used in this study is a questionnaire with 42 items which includes five social aspects of practice-friends, family, environment, motivation and attitude. The results showed that the dominant social factors that affect the learning of Malay Language as a second language is motivation, attitude and environment. Hence, the Malay Language teachers should take into account the social aspects of motivation, attitude and environment in planning teaching and learning activities, in addition to social factors peer and family, especially those teaching Malay Language as a second language to among non-Malay students.

Keywords: Social influence, social factors, Malay Language learning, Iban ethnic, second language learning


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.