PENYERAPAN ELEMEN FALSAFAH BAHASA UNTUK PENYATUPADUAN NASIONAL DI SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (KEBITARAAN BAHASA MELAYU) (Applying Elements of Language Philosophy for National Integration in Cluster Schools Excellence of Malay Language)

MOHD KHAIDIR ABDUL WAHAB, MOHD RASHID MD. IDRIS, ABDUL KADIR ARIFFIN

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pelaksanaan dan interpretasi terhadap penyerapan elemen falsafah bahasa untuk penyatupaduan nasional dalam kalangan guru Bahasa Melayudi Sekolah Kluster Kecemerlangan (Kebitaraan Bahasa Melayu). Data yang dikumpul oleh kaji selidik yang melibatkan 310 guru dari 41 buah Sekolah Kluster Kecemerlangan (Kebitaraan Bahasa Melayu). Daripada jumlah tersebut,  tujuh buah SKK (Kebitaraan Bahasa Melayu) di negeri Perak, sembilan buah SKK (Kebitaraan Bahasa Melayu) di negeri Selangor, 16 buah SKK (Kebitaraan Bahasa Melayu) di negeri Pahang dan sembilan buah SKK (Kebitaraan Bahasa Melayu) di Negeri Sembilan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk menentukan tahap pelaksanaan dan interpretasi penyerapan elemen falsafah bahasa untuk penyatupaduan nasional.Keputusan menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu di Sekolah Kluster Kecemerlangan (Kebitaraan Bahasa Melayu) melaksanakan penyerapan elemen falsafah bahasa dalam pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) Bahasa Melayu di peringkat tinggi (min skor 3.80 hingga 5.00).Kajian ini memberi sumbangan yang besar dengan memperluaskan skop dan peranan falsafah bahasa daripada bidang yang hanya berfokus kepada pendidikan bahasa kepada usaha penyatupaduan nasional.

Kata kunci: Penyerapan, falsafah bahasa, penyatupaduan nasional, guru Bahasa Melayu, Sekolah Kluster Kecemerlangan (Kebitaraan Bahasa Melayu).

Abstract: This study aims to determine the level of implementation and interpretation in applying the elements of language philosophy for national integration among Malay Language teachers at cluster schools (Excellence in Malay Language). The data collected involved 310 teachers from 41 cluster schools (Excellence in Malay Language). 7 cluster schools from Perak, 9cluster schools from Selangor, 16 cluster schools from Pahang and 9cluster schools from Negeri Sembilan (Excellence in Malay Language) were selected for the study. The data was analyzed using descriptive statistics to determine the level of implementation and interpretation in applying the elements of language philosophy for national integration. The results showed that the Malay Language teachers at the participating cluster schools(Excellence in Malay Language)applied the elements of language philosophy in the lesson and facilitation of Malay language (PdPc) at a high level (mean score between 3.80 to 5.00). This study contributes a lot in terms of expanding the scope and the roles of language philosophy from a field which initially focuses only on language education to a field that focuses on the efforts of national integration too.

Keyword: inculcation, language philosophy, national 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.