PEMBANGUNAN MODUL BELAJAR-CARA-BELAJAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (Development of A Module on Learning How-To-Learn Bahasa Melayu Komunikasi)

SHARALA SUBRAMANIAM, ZAMRI MAHAMOD

Abstract


Abstrak: Bahasa Melayu menjadi bahasa utama di negara Malaysia. Mata pelajaran Bahasa Melayu Komunikasi menjadi prasyarat kepada pelajar warganegara asing untuk lulus dan dianugerahkan diploma atau ijazah dalam masa yang singkat. Dalam hal ini, pelajar asing akan menghadapi pelbagai masalah dalam menguasai kemahiran bertutur, mendengar, membaca dan menulis dalam tempoh yang ditetapkan. Antara isu yang sering dibincangkan ialah kebanyakan pelajar asing yang mengikuti kursus Bahasa Melayu Komunikasi lemah dalam menguasai kemahiran berbahasa Melayu yang dipelajari dalam tempoh masa yang singkat. Kelemahan ini secara langsung menjejaskan kelancaran pengajian dan pencapaian akademik mereka secara keseluruhannya. Tujuan kajian ini ialah mereka bentuk Modul Belajar-Cara-Belajar Bahasa Melayu Komunikasi (MBCB BMK). Kajian ini memperjelaskan tentang langkah-langkah yang dilaksanakan untuk membangun MBCB BMK yang bertujuan untuk membantu memudahkan pelajar warganegara asing mempelajari Bahasa Melayu Komunikasi dan untuk melihat kebolehgunaan MBCB BMK dari segi antara muka, gambar, teks, isi kandungan, pendekatan pedagogi dan hubungan dengan teori pembelajaran. Dapatan kajian yang menunjukkan penggunaan MBCB BMK untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Komunikasi menjadi satu alternatif kaedah pengajaran yang perlu dipertimbangkan oleh pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Penggunaan MBCB BMK ini memberikan peluang kepada guru untuk menghasilkan pelbagai teknik pengajaran yang mereka miliki. Kajian ini telah berjaya membangun MBCB BMK kepada pelajar warganegara asing di Institusi Pengajian Tinggi.

Kata kunci: Bahasa Melayu komunikasi, belajar-cara-belajar, pelajar warganegara asing, institusi pengajian tinggi, pencapaian akademik.

Abstract: Bahasa Melayu (BM) is the main language in Malaysia country. BM become a prerequisite for international students to graduate and awarded a diploma or degree in a short time. In this case, International students will face various other problems in mastering the listening, reading, speaking and writing skills within such a short period. Among those often discussed are that a majority of the international students taking BM courses in universities face various problems and are weak in acquiring the language skills taught to them within such a short period. This weakness directly affects their studies and academic achievement as a whole.  Thus, this research aims to develop module on Learning How-To-Learn Bahasa Melayu Komunikasi for international students and to see usability of the module in terms of interface, graphics, text, content, pedagogical approaches and the relation with learning theories. The findings indicate the use of module on Learning How-To-Learn Bahasa Melayu Komunikasi be an alternative teaching methods that need to be considered by the Institutions of Higher Education. Use of module on Learning How-To-Learn Bahasa Melayu Komunikasi provides an opportunity for teachers to produce a variety of teaching techniques. This study can be viewed language learning strategies used by international students studying Bahasa Melayu Komunikasi. The study also successfully analyze requirements and design the module on Learning How-To-Learn Bahasa Melayu Komunikasi based teaching methods to the achievement of Bahasa Melayu Komunikasi.

Keywords: Malay language communication, learning how-to-learn, international students, higher education, academic achievement.   


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.