PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DAN PENGARUHNYA TERHADAP SIKAP, MOTIVASI DAN PENCAPAIAN BAHASA MELAYU PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (21th Century Learning and the Influence of Attitude, Motivation and Achievements Malay Language Secondary School Student)

AINUN RAHMAH IBERAHIM, ZAMRI MAHAMOD, WAN MUNA RUZANNA WAN MOHAMMAD

Abstract


Abstrak: Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh pembelajaran abad ke-21 terhadap sikap, motivasi, dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran abad ke-21 merupakan kemahiran pembelajaran yang penting dan sangat diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada abad ini. Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai elemen yang diperlukan pada zaman teknologi ini, iaitu meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran sains dan teknologi, kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), dan sebagainya. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 277 orang pelajar tingkatan empat aliran Sains dan Sastera daripada tiga buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Tanah Merah, Kelantan dipilih sebagai sampel kajian. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai untuk melihat pengaruh pembelajaran abad ke-21 terhadap tahap sikap, motivasi, dan pencapaian pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh pembelajaran abad ke-21 banyak memberi kesan positif kepada sikap, motivasi, pencapaian pelajar ketika mempelajari Bahasa Melayu. Implikasi kajian ialah pembelajaran abad ke-21 memberi kesan positif kepada sikap dan motivasi pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran Bahasa Melayu. 

Kata kunci: Sikap, motivasi, pencapaian pelajar, pembelajaran abad ke-21, pembelajaran Bahasa Melayu

Abstract: This study aims to identify the influence of 21st century learning on attitudes, motivations, and achievement of students in Malay Language learning. The 21st century skills are essential and essential learning skills for students to be competitive in this century. The 21st century skills can be attributed to the various elements needed in this technology era, which include communication skills, science and technology skills, thinking skills, interpersonal skills, intrapersonal skills, 3M skills (reading, calculating and writing), and so on. This survey was conducted using questionnaire as a research instrument. A total of 277 form four Science and Literature students from three national secondary schools in Tanah Merah district, Kelantan were selected as the sample of the study. The sample was chosen randomly. The data were analyzed using descriptive anaysis, mean and standard deviation to see the impact of 21st century learning on attitudes, motivation, and student achievement. The findings show that the influence of 21st century learning has a positive effect on attitudes, motivations, and achievement of students in Malay Language learning. The implication of the study is that learning of the 21st century has a positive effect on students' attitudes and motivations, thus enhancing their achievement in  Malay Language learning.

Keywords: Attitude, motivation, students achievement, 21st century learning, Malay Language learning

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.