STRATEGI PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA DALAM KALANGAN PELAJAR MELANAU DAERAH DARO (Writing Skill Learning Strategies in Malay Language as a Second Language among Melanau Student at Daro District)

NOOR HABSAH ALI, YAHYA OTHMAN

Abstract


Abstrak: Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan iaitu berasaskan pendekatan kuantitatif. Seramai 150 orang responden dalam kalangan pelajar etnik Melanau tingkatan 4 daripada tiga buah sekolah menengah di daerah Daro, Sarawak terlibat dalam kajian ini. Instrumen soal selidik digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan SPSS Versi 22. Ujian-t digunakan untuk mengenal pasti perbezaan min penggunaan strategi pembelajaran menulis antara jantina. Ujian korelasi Pearson pula digunakan untuk menentukan hubungan penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dengan pencapaian pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran dengan jantina. Selain itu, dapatan kajian turut memperlihatkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dengan pencapaian pelajar Melanau dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Implikasi kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu perlu menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kemahiran menulis untuk membantu pelajar etnik Melanau ini mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik.

Kata kunci: Strategi pembelajaran menulis, kemahiran menulis, Bahasa Melayu, bahasa kedua, etnik Melanau

Abstract: This study is aimed at exploring the use of writing skill learning strategies among students who are learning Malay Language as the second language. This study uses survey method based on quantitative approach. A total of 150 respondents from Melanau form 4 students from three secondary schools in Daro, Sarawak participated in this study. Questionnaire instruments are used for data collection purposes. The data collected were analyzed using the SPSS Version 22. The t-test was used to identify the differences in the mean use of writing learning strategies between sexes. The Pearson correlation test is used to determine the relationship between the use of writing skill learning strategy and student achievement. The findings show that there is a significant difference between the use of learning strategies and gender. In addition, the findings show that there is no significant relationship between the use of writing skill learning strategies and the achievement of Melanau ethnic students in Malay Language subjects. The implication of this study is that Malay Language teachers need to use a variety of writing skills learning strategies to help these Melanau ethnic learners learn and master the Malay Language well.

Keywords: Writing learning strategies, writing skill, Malay Language, second language, Melanau ethnic


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.