Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian

Zamri Mahamod, Nor Razah Lim

Abstract


Kajian bertujuan untuk mengetahui kaedah penyoalan lisan yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu ketika mengajar. Aspek yang dikaji ialah kekerapan soalan yang dikemukakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), aras kognitif soalan,  komponen kemahiran penyoalan dan lingkaran soalan. Dua orang  guru Bahasa Melayu yang berpengalaman mengajar lebih 10 tahun dijadikan peserta kajian. Kaedah pemerhatian  digunakan untuk mengumpul data dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif.  Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu sangat kerap menggunakan penyoalan di dalam kelas semasa sesi P&P. Bagaimanapun, kaedah penyoalan guru Bahasa Melayu lebih tertumpu pada soalan aras rendah dan sederhana berbanding dengan soalan aras tinggi.  Lingkaran soalan yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu lebih tertumpu pada lingkaran individu dan masyarakat, tetapi kurang pada lingkaran soalan yang berkaitan negara atau lingkaran global. Pelajar kurang diberi peluang untuk berfikir kerana guru lebih suka menggunakan aras penyoalan rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa wujud hubungan di antara tempoh pengalaman mengajar guru dalam penggunaan penyoalan di dalam bilik darjah.  Implikasi kajian ialah apabila soalan aras tinggi kurang digunakan semasa P&P,  budaya berfikir dan penglibatan pelajar menjadi terbatas.

Kata kunci: Penyoalan lisan, pengajaran dan pembelajaran, aras kognitif soalan, komponen kemahiran soalan dan lingkaran soalan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.