ANALISIS KESALAHAN IMBUHAN DALAM PENULISAN KARANGAN PELAJAR DAN HUBUNG KAIT DARI SEGI MAKNA GRAMATIKAL (Affix Errors in Essay Writing and its Relation in Terms of Meaning Based on the Concept of Grammatical Meaning)

NURUL ADZWA AHAMAD, NUR FARAHKHANNA MOHD RUSLI, NORFAIZAH ABDUL JOBAR

Abstract


Abstrak: Makalah ini bertujuan menjelaskan kesalahan imbuhan dalam penulisan karangan dan hubung kait dari segi makna berdasarkan konsep makna gramatikal dan mengaplikasikan prosedur Analisis Kesalahan Corder (1973). Data kajian diperoleh melalui kaedah kepustakaan, pemerhatian dengan menggunakan buku catatan dan borang maklum balas (karangan). Responden kajian merupakan 30 orang pelajar tingkatan 4. Lokasi kajian adalah di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Negeri Sembilan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 66 kesalahan imbuhan yang terdiri daripada (a) imbuhan kata nama sebanyak 14 kesalahan, (b) imbuhan kata kerja sebanyak 41 kesalahan dan (c) imbuhan kata adjektif dengan satu kesalahan sahaja. Kesalahan ini turut termasuk kesalahan dari segi (d) tidak menggunakan imbuhan pada perkataan yang memerlukan imbuhan iaitu sebanyak empat kesalahan dan (e) penggunaan imbuhan yang tidak terdapat dalam nahu sebanyak enam kesalahan. Berdasarkan dapatan kajian, kesalahan imbuhan yang telah dikenal pasti turut mempunyai hubung kait dari segi makna. Hal ini kerana apabila murid menggunakan imbuhan yang salah, ia sekali gus tidak dapat menyampaikan makna ayat seperti mana yang ingin disampaikan. Implikasi kajian dapat membantu para guru untuk mengetahui kelemahan penggunaan imbuhan dan murid dapat mengetahui kelemahan diri dan memperbaiki sekali gus meningkatkan pencapaian kendiri.

Kata kunci: kesalahan imbuhan, penulisan karangan, makna gramatikal, analisis kesalahan Corder, golongan kata

Abstract: The aim of the article is to explain The Affix Errors in Essay Writing and its Relation in Terms of Meaning Based on The Concept of Grammatical Meaning with the applies of the procedure of Corder Error Analysis (1973). The data were obtained through library research, observation by using notebook and feedback forms (essay). The respondents were selected among 30 form 4 students. The location is one of the secondary school at Negeri Sembilan. The findings shows that there are 66 affix errors which consist of (a) noun affixes with 14 errors, (b) verb affixes with 41 errors and (c) adjective affixes with only 1 error. These errors included errors in terms of (d) not using affixes for words that needed affixes with 4 errors and (e) the use of affixes are not in nahu with 6 errors. Based on the findings, affix errors that had been identified also has relation in terms of meaning. This is because when students use the wrong affixes, they cannot convey the meaning of the sentence just as what they wants to convey. The implication shows that the teachers are easier to know the weaknesses of the aspect of the useses of affixes and students know their own weaknesses and make improvement, and then increase self-achievement.

Key Words: Affix errors, essay writing, grammatical meaning, Corder error analysis, parts of speech


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.