FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUKARAN KOD DALAM PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (The Affecting Factors in Code Exchange in the Malay Language Primary School Teachers’)

ATIKA HASSAN, DULI KAMIT, EVELYN BANGKANG JAWI

Abstract


Abstrak: Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka pertukaran kod dan faktor-faktor yang mempengaruhi pertukaran kod guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Untuk itu, seramai tiga orang guru bahasa Melayu bukan penutur natif yang berpengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dijadikan responden kajian. Ketiga-tiga peserta kajian ini mengajar di sebuah sekolah rendah pedalaman di daerah Song Sarawak. Kaedah temu bual digunakan sebagai instrumen utama dalam pengumpulan data. Data temu bual dianalisis secara manual dengan mencari tema-tema berkaitan dengan objektif kajian. Untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan tema yang ditemui, seorang pakar dipilih untuk menentusahkan tema-tema tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlakunya banyak pertukaran kod dalam kalangan guru bahasa Melayu dalam PdP mereka. Pertukaran kod tersebut berlaku apabila kesemua peserta kajian ingin membuat penjelasan terhadap isi pelajaran yang tidak difahami oleh murid-murid Iban. Pertukaran bahasa Melayu ke bahasa ibunda (bahasa pertama-B1) murid iaitu, bahasa Iban berlaku apabila murid tidak memahami perkara yang dipelajari dalam bahasa Melayu (bahasa kedua-B2). Selain itu, faktor kurangnya kosa kata atau perbendaharaan kata bahasa Melayu dalam kalangan murid, sikap guru yang tidak tegas dan tidak mempunyai semangat yang tinggi terhadap pengajaran bahasa Melayu, komunikasi guru dan murid di dalam bilik darjah yang sudah terbiasa menggunakan bahasa Iban (B1) berbanding bahasa Melayu (B2) dan sikap dan minat murid yang kurang memberangsangkan terhadap penggunaan bahasa Melayu antara faktor penyumbang berlakunya pertukaran kod dalam PdP bahasa Melayu. Implikasi kajian ini ialah pertukaran kod yang kerap dilakukan oleh guru bahasa Melayu boleh memberi kesan negatif kepada penguasaan kemahiran bahasa Melayu murid-murid Iban.

Kata Kunci: Pertukaran kod, guru bahasa Melayu, murid sekolah rendah, bahasa pertama, bahasa kedua

Abstrak: This qualitative study aimed to explore the exchange of code and the factors that influence the exchange code Malay primary school teachers in the teaching and learning process (PdP). To that end, three teachers of Malay non-native speakers who are experienced teaching English made respondents. All three participants of this study taught in a rural primary school in Song district of Sarawak. The interview method was used as the main instrument in data collection. Interview data were analyzed manually by searching for themes related to the objectives of the study. To determine the validity and reliability of the themes found, an expert was selected to verify the themes. The findings indicate that the occurrence of a lot of code exchange among teachers of the Malay language in their PdP. The code exchange occurred when all study participants wanted to make an explanation of the content of the lesson that was not understood by Iban students. Malay language exchange to the mother tongue (first language-B1) students, namely, Iban students do not understand what is learned in languages other than Malay language (second language-B2). In addition, the lack of vocabulary or vocabulary of Malay language among students, teachers' attitudes are not decisive and does not have a high motivation towards teaching Malay language, communication and teachers in the classroom who are used to using Iban language (B1) versus the Malay language (B2) and the attitude and interests of students unfavorable to the use of the Malay language among the contributing factors of change in PdP code language. The implication of this study is that the exchange of code that is often done by Malay language teachers can have a negative impact on the Malay language proficiency of Iban students.

Keywords: Code exchange, Malay language teacher, primary school students, first language, second language

 


Full Text:

PDF

References


Berawati Renddan, Adi Yasran Abdul Aziz, Hasnah Mohamad & Sharil Nizam Sha'r. (2020). Domain dan bahasa pilihan tiga generasi etnik Bajau Sama Kota Belud. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(7): 96-107.

Dayang Sufilkawany & Wan Muna Ruzanna. (2017). Pengaruh faktor sosial dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1): 74-84.

Dayang Sufilkawany Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2017). Pengaruh faktor sosial dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1): 74-84.

Ghazali Lateh & Shamsudin Othman. (2014). Tinjauan interaksi lisan bahasa melayu dalam kalangan remaja Malaysia dari sudut etnografi komunikasi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (1): 30-40.

Husna Faredza Mohamed Redzwan, Khairul Azam Bahari, Anida Sarudin & Zulkifli Osman. (2020). Strategi pengukuran upaya berbahasa menerusi kesantunan berbahasa sebagai indikator profesionalisme guru pelatih berasaskan skala morfofonetik, sosiolinguistik dan sosiopragmatik. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 17 (1): 213-254.

Ilangko Subramaniam, Noorulafiza Abdul Muthalib & Siti Nor Hamahida Zainal. (2014). Penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid peribumi di sekolah pedalaman Sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (1): 65-74.

Jerie anak Peter Langan & Zamri Mahamod. (2011). Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 13-25.

Mohd Helmi Pangat & Puteri Roslina. (2016). Strategi komunikasi lisan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 7 (1): 123-141.

Mohd Syuhaidi Abu Bakar & Nor Audra Dayana Dahlan. (2018). Percampuran kod bahasa di dalam filem: Satu kajian kualitatif terhadap filem J Revolusi. e-Academia Journal, 7 (2): 107-121.

Muhammad Shahrul Nizam Abd. Wahid & Muhammad Zaid Daud. (2018). Individu dan pemilihan dialek: Kajian kes di Kota Samarahan, Sarawak. Multi-Disciplinary Research Journal, 3 (3): 11-21.

Nancy Ngumbang & Zamri Mahamod. (2017). Sikap, minat dan motivasi murid Melanau dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 8 (1): 47-58.

Noor Hashimah & Adriana Santa. (2016). Percampuran kod dalam penulisan karangan bahasa Melayu pelajar Cina: Analisis pragmatik. Jurnal Bahasa, 16 (1): 73-94.

Nuradlin Syafini & Zaleha Embong. (2020). Pengaruh dialek dalam komunikasi terhadap tahap keyakinan diri pelajar sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan. International Online Journal of Language, Communication and Humanities, 3 (1): 26-37.

Nurhijrah Zakaria & Mohd Mahzan Awang. (2020). Penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah: Realiti dan cabaran di sekolah pelbagai etnik. Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Kedua, hlm: 1152-1166. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Paramasivam Muthusamy. (2017). Komunikasi percampuran kod dalam masyarakat multilingual di Malaysia. Journal of Business and Social Development, 5 (1): 36-48.

Rohaidah Harun, Ab.Razak & Indirawati Zahid. (2018). Pertembungan bahasa di Selatan Thailand: Faktor dan implikasi. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 9 (1): 117-129.

Roksana Bibi. (2015). Penyerapan bahasa dalam pertembungan budaya: Kesalingan pinjam meminjam dalam kalangan tiga kelompok masyarakat di Singapura. Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, 6: 138-156.

Salinah Jaafar & Rohaidah Haron. (2016). Kesilapan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Yunnan di Akademi Pengajian Melayu. Jurnal Melayu, 15 (2): 196-209.

Yin, R.K. (2014). Case study research. New York: SAGE Publications.

Zamri Mahamod & Tengku Nor Adila Tengku Mohamed. (2019). Sumbangan ibu bapa, guru dan rakan sebaya dalam mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu murid sekolah rendah di Malaysia. Global Journal of Thaqafah, May (Special Issue): 133-145.

Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zulkifley Hamid & Mohd. Asyraf Zulkifley. 2014. Membina kemahiran berfikir secara kritis dan holistik dalam kalangan pelajar menggunakan Modul Edward De Bono. e-Bangi Journal, 11 (2): 1-13.

Zuraini Ramli. (2016). Modaliti kepelbagaian modaliti dalam pengajaran dan pembelajaran dwibahasa. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature. 7 (1): 156-169.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.