KAEDAH PENGAJARAN DALAM TALIAN GURU BAHASA MELAYU DAN MOTIVASI MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (A View into Online Teaching Methods of Malay Language Teachers and Students' Motivation in Primary School during Movement Control Order)

FENNY LAU YEO FENG, KEE GUEK FEN, KHOO PHAU LIANG, LEE HUOY SHIN

Abstract


Abstrak: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia untuk membendung penularan COVID-19 telah merancakkan perkembangan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdP) dalam talian. Kajian ini bertujuan meneroka kaedah PdP guru Bahasa Melayu dalam talian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sepanjang tempoh PKP. Dalam masa yang sama, kajian ini turut meninjau motivasi belajar murid dari aspek kehadiran, penglibatan dalam PdP dan penghantaran tugasan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif. Seramai tiga orang guru Bahasa Melayu dipilih sebagai peserta kajian dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Data dikumpulkan melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen. Data temu bual ditranskripsikan dan dianalisis secara bertema dan seterusnya ditriangulasikan dengan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kaedah Projek, Kaedah Penyelesaian Masalah, Kaedah Perbincangan dan Kaedah Latih Tubi merupakan kaedah PdP Bahasa Melayu dalam talian yang banyak digunakan oleh tiga orang peserta kajian. Dari aspek motivasi murid pula, kajian menunjukkan kehadiran, penglibatan dalam PdP dan penghantaran tugasan adalah memuaskan. Hasil dapatan kajian ini penting khususnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), guru-guru Bahasa Melayu dan penyelidik untuk memperkasakan pedagogi Bahasa Melayu dalam talian. Turut dicadangkan kajian lanjut dijalankan untuk meneroka kaedah PdP Bahasa Melayu dalam talian dan motivasi murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Kebangsaan (SK) sepanjang tempoh PKP.

Kata Kunci: Kaedah PDP dalam talian, guru Bahasa Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, motivasi belajar murid

Abstract: The implementation of Movement Control Order (MCO) in Malaysia has promoted the practice of online teaching and learning across the nation to prevent the potential spread of Covid-19. This qualitative study aims to explore Malay Language teachers’ online teaching methods and students' motivation during MCO. Three Malay Language teachers from Chinese Vernacular Primary Schools (SJKC) have been chosen through a purposive sampling technique. Data were collected through semi-structured interviews and document analysis. Data from interviews were transcribed and thematic analysis was used to analyze the interview. The data was then triangulated with document analysis. Findings indicate that project method, problem-solving method, discussion method and drill method were widely practiced and drill method was one of the most frequently used methods among the three teachers in teaching online. Meanwhile, primary school students have moderate motivation for learning Malay Language remotely during MCO. Hence, this study expected to provide a new prospective to the Ministry of Education Malaysia, school administrators as well as teachers especially in enhancing online teaching methods among Malay Language teachers. Future studies could be extended to look into the online teaching methods and students’ motivation in Indian and Malay vernacular primary school during MCO period.

Keywords: Online teaching methods, Malay Language teachers, Chinese Vernacular Primary Schools, students motivation


Full Text:

PDF

References


Abdullah Sani. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Professionals Sdn. Bhd.

Arifah Prima Satrianingrum & Iis Prasetyo. (2020). Persepsi guru dampak pandemi Covid-19 terhadap pelaksanaan pembelajaran daring di PAUD. Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 5 (1): 633-640.

Azhar Md Sabil, Shamsudin Othman, Abdul Rasid Jamian & Rozita Radiah Said. (2020). Keberkesanan penggunaan Frog VLE terhadap pengajaran dan pembelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu murid sekolah menengah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 8 (4): 50-55.

Berita Harian. (19 April 2020). Sedia hadapi kelas maya sesuai norma baharu. Diakses dari: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/679003/sedia-hadapi-kelas-maya-sesuai-normal-baharu [25 Dis 2020].

Berita Harian. (23 Jun 2020). Hanya 20-30% murid ikuti PDP dalam talian. Diakses dari: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/703364/hanya-20-30-peratus-murid-ikuti-pdp-dalam-talian [25 Dis 2020].

Buchbinder, Ei. (2011). Beyond checking: Experiences of the validation interview. Qualitative Social Work, 10 (1): 106-122.

Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah Penyelidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Higher Education.

Creswell, J.W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches. Los Angeles: SAGE Publications.

Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Feida Noorlaila et al. (2020). Teori-teori Belajar dalam Pendidikan. Jawa Barat: Edu Publisher Sdn. Bhd.

Flick, U. (2009). Designing Qualitative Research. Los Angeles: SAGE Publications.

Idawati Suliman. 2019. Penggunaan Frog-VLE dalam pembelajaran dan pemudahcaraan di sekolah: Perbandingan antara sekolah rendah bandar dan luar bandar daerah Kluang. Batu Pahat. Tesis Sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Jenri Ambarita, Ester Yuniati & Nurmiani Sinaga. (2020). Persepsi guru pendidikan Agama Kristen Indonesia terhadap pembelajaran online di tengah COVID-19 dan era industri 4.0. Jurnal Shanan, 4 (2): 174-193.

Kamlin, M. & Keong, T. (2020). Adaptasi video dalam pengajaran dan pembelajaran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 10: 105-112.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Surat siaran KPM Bil. 3 2020: Garis panduan pelaksanaan PDP semasa perintah kawalan pergerakan disebabkan penularan jangkitan COVID-19. Diakses dari: https://www.moe.gov.my/pekeliling/3361-surat-siaran-kpm-bilangan-3-tahun-2020-garis-panduan-pelaksanaan-pengajaran-dan-pembelajaran-pdp-semasa-pkp-disebabkan-penularan-jangkitan-covid-19/file [20 Dis 2020].

Ketua Audit Negara. (2013). Laporan jawatankuasa kira-kira wang negara parlimen berhubung projek perkhidmatan 1BestariNet oleh kementerian pendidikan. Dikases dari: https://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-123-147.pdf [20 Dis 2020].

Khadija Alhumaid et al. (2020). COVID-19 and e-learning: Perceptions and attitudes of teachers towards e-learning acceptancein the developing countries. Multicultural Education, 6 (2): 100-107.

Mack, N. (2005). Qualitative Research Methods. Washington DC: Family Health International.

Mohammad Ziaul Hoq. (2020). E-learning during the period of pandemic COVID-19 in the Kingdom of Saudi Arabia: An empirical study. American Journal of Educational Research, 8 (7): 457-464.

Mohd Effendi Ewan, Ahmad Zamri Khairani & Nordin Abd Razak. (2015). The influence of AQ on the academic achievement among Malaysian Polytechnic students. International Education Studies, 8 (6): 69-74.

Mohd Faiz Baharan et al. (2019). Amalan kualiti guru dalam kalangan guru pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan. Journal of Management and Operation Research, 1 (4): 1-23.

Muhammad Adnan & Kainat Anwar. (2020). Online learning amid the COVID-19 pandemic: Students' perspectives. Journal of Pedagogical Sociology and Psychology, 2 (1): 45- 51.

Muhyiddin Yassin. (2020). Perutusan khas YAB Perdana Menteri mengenai COVID-19. Kabinet Menteri. Diakses dari: https://www.pmo.gov.my/2020/03/perutusan-khas-yab-perdana-menteri-mengenai-covid-19-16-mac-2020/ [20 Dis 2020].

Neuman, W.L. (2014). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches. London: Pearson Education Limited.

Nitce Medina & Mai Shihah. (2013). Pembelajaran berasaskan projek: Takrifan, teori dan perbandingannya dengan pembelajaran berasaskan masalah. Current Research in Malaysia, 2 (1): 181-194.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan cabaran pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management, 23 (1): 87-105.

Nur Zaira, Zolkefli & Mohd Kasri. (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Frog VLE dalam kalangan guru di sekolah menengah. Proceeding of ICECRS, 1: 1023-1032. Diakses dari: http://repo.uum.edu.my/23093/1/ICECRS%2C%201%20%282016%29%2010 23-1032.pdf [20 Dis 2020].

Patton, M.Q. (2002). Qualitative Research and Evaluation Methods. Los Angeles: SAGE Publications.

Seidman, I. (2019). Interviewing as Qualitative Research: A Guide for Researchers in Education and the Social Sciences. Virginia: Teachers College Press.

Sinar Harian. (2 April 2020). Cabaran mengajar dalam talian. Diakses dari: https://www.sinarharian.com.my/article/76874/BERITA/Nasional/Cabaran-}mengajar-dalam-talian (25 Disember 2020).

Siow, H.L. et al. (2005). Pedagogi Merentas Kurikulum. Edisi Pertama. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Tay, M.G. & Wong, S.H. (2016). Minat pelajar bukan penutur natif terhadap pembelajaran Bahasa Melayu: satu kajian kes. Jurnal Penyelidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, 13: 53-63.

Zainudin Abu Bakar. (2014). Psikologi Pendidikan: Pedoman untuk Guru dan Ibu Bapa. Singapura: Partridge Publishing Singapore.

Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zurina Hamid, & Sanitah Mohd Yusof. (2014). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Frog VLE Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. In. Proceedings International Education Post Graduate Seminar, pp. 1-8. Johor Bahru.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.