Pendekatan Bermain dalam Pengajaran Bahasa dan Literasi bagi Pendidikan Prasekolah

Sharifah Nor Puteh, Aliza Ali

Abstract


Bermain ataupun permainan ialah fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti bermain. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar dan memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam keadaan yang mengembirakan dan bermakna kepada mereka. Pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak percaya aktiviti bermain merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak. Semasa bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan soal jawab. Kanak-kanak belajar berkomunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui bermain. Tranformasi kurikulum pendidikan prasekolah melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010 menekankan kemahiran bahasa. Fokus utama proses pengajaran dan pembelajaran ialah berpusatkan kanak-kanak, menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Artikel ini membincangkan kepentingan pendekatan aktiviti bermain dalam perkembangan bahasa dan literasi kanak-kanak. Contoh-contoh pengajaran bahasa Melayu juga dikemukakan sebagai panduan untuk guru.

Kata kunci: belajar melalui bermain, pendidikan prasekolah, perkembangan bahasa dan literasi, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.