KEBERKESANAN STRATEGI PEMBELAJARAN PERIBAHASA BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN BAHAN MULTIMODAL (The Effectiveness of Malay Language Proverb Learning Strategy Using Multimodal Material)

SHALINE SANMUGAM, ALIZAH LAMBRI

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan strategi yang digunakan oleh guru dalam melaksanakan peribahasa di sekolah menggunakan bahan multimodal. Bahan multimodal dalam kajian dimaksudkan sebagai penggunaan elemen visual, auditori dan kinestetik dalam pengajaran dan pembelajaran peribahasa bahasa Melayu. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Tiga teknik pengumpulan data telah digunakan, iaitu pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen. Tiga orang guru Bahasa Melayu sekolah menengah terlibat sebagai peserta kajian utama, manakala murid di dalam kelas mereka turut dijadikan sebagai informan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua strategi yang digunakan oleh guru untuk mengajar peribahasa bahasa Melayu iaitu strategi berpusatkan guru dan strategi berpusatkan murid menggunakan bahan multimodal. Pendekatan PdP yang kerap digunakan oleh guru ialah pendekatan belajar sambil bermain dengan menggunakan bahan multimodal seperti bahan visual, auditori dan kinestetik. Kajian turut mendapati bahawa penggunaan bahan multimodal dalam PdP peribahasa bahasa Melayu dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, menarik minat murid, mendorong murid untuk lebih fokus, berfikiran terbuka, kreatif, kritis dalam menyelesaikan masalah dan turut meningkatkan prestasi murid dalam menguasai peribahasa di dalam kelas. Kajian ini memberi implikasi terhadap pembelajaran murid, iaitu dapat mempengaruhi sikap, motivasi dan pencapaian mereka dalam pembelajaran bahasa Melayu, khususnya dalam aspek peribahasa, serta dapat mendorong guru bahasa Melayu untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka di sekolah bersesuaian dengan teknik PdP abad ke-21.

Kata Kunci: strategi, peribahasa Bahasa Melayu, pengajaran dan pembelajaran, bahan multimodal

Abstract: This study aims to examine the effectiveness of the strategy applied by the educators in teaching proverbs in school using the multimodal material. The multimodal material used in this research is the usage of visual, auditory and kinesthetic elements during the teaching and learning process of proverbs. This study is qualitative in nature using case study method. Three data collection techniques were used, namely observation, semi -structured interviews and document analysis. Three Malay language teachers involved as the main research subjects, while the students in their classrooms served as informants. The findings showed that there were two strategies used by the teachers to teach Malay proverbs using multimodal material element, and they were teacher-centered strategy and student-centered strategy. The TnL approach which is often used by the teachers is the approach of ‘fun learning’ using multimodal materials such as visual, auditory and kinesthetic materials. The study also found that the use of multimodal material in the TnL of Malay proverbs can help to create an active learning atmosphere, attract the students’ attention on the lesson, encourage the students to be more focused, open-minded, creative and critical in solving problems and also improve students’ level in mastering the proverbs in class. Overall, this study has significant effect on student's learning, which can affect their attitude, motivation and achievement in learning the Malay language, especially in the aspect of proverbs. It can also encourage the Malay language teachers to diversify their teaching methods in schools in accordance with the 21st century teaching and learning techniques.

Keywords: Strategy, Malay proverbs, teaching and learning, multimodal material


Full Text:

PDF

References


Abdul Rashid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3, (2), 49-63.

Aminuddin Mansor. (2018). Peribahasa khazanah falsafah bangsa Melayu. https://www .utusan.com.my/pendidikan/sastera/peribahasa-khazanah-falsafah-bangsa-Melayu [23 Mac 2019]

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin.(2021). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hamisan Salim. (2010). Penggunaan muzik dalam pembelajaran dan pengajaran kerja amali kemahiran hidup sekolah rendah. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi & Norhafizah Salleh (2013). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam kecemerlangan guru cemerlang pendidikan Islam dan Guru di sekolah menengah: Satu kajian kes. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Islam. Anjuran Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016b). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tingkatan 2. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar.

Mary Fatimah Subet & Mohd Ridzuan Md. Nasir. (2019). Analisis semantik inkuisitif peribahasa bahasa Melayu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 16, (2), 227-253.

Marriane Tang Nguik Hong, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Noor Syamshida Masa & Norfaizah Abdul Jobar (2021). Analisis kefahaman makna peribahasa dalam kalangan murid berdasarkan Teori Relevans. Jurnal Linguistik, 25 (1), 1-20.

Meor Ibrahim Kamarudin & Assadah Mohamad. (2011). Kajian gaya pembelajaran dalam kalangan Pelajar UTM. Journal of Education Psychology and Counceling, 2, 51-77

Mohd Ridzuan Md. Nasir. (2017). Penguasaan peribahasa dan makna menggunakan PISATUM: Satu kajian tindakan. Seminar Antarabangsa Pedagogi Kali Ke-8 (PedA8). Anjuran Universiti Malaysia Sarawak pada 19 September.

Mohd Ridzuan Md. Nasir. (2019). Semantik Inkuisitif dan Penggabungjalinannya dengan Pendidikan Melalui Kaedah Pengajaran Peribahasa Melayu. Tesis Sarjana. Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Naughton, G.M. & William, G. (2009). Teaching Young Children. 2nd Edition. Australia: Open University Press.

Nor Ashikin Alias. (2012). Pembangunan laman web sains prasekolah berdasarkan pendekatan visual dinamik. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Norul Haida Reduzan, Robe’ah Yusuf, & Hidayah Hasim. (2016). Aplikasi Model VAK dalam Gaya Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu. https://pdfslide.net/documents/aplikasi-model-vak-dalam-gaya-pengajaran-dan-pembelajar an-html [11 Ogos 2019]

Norzuraina Mohd Nor. (2015). Pendekatan visual untuk meningkatkan kreativiti murid cacat pendengaran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Tesis Sarjana. Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rini Lestari. (2012). Nyanyian sebagai metode pendidikan karakter pada anak. Prosiding Seminar Nasional Psikologi Islami, hlm. 131-136.. Surakarta.

Sarimah Ahmad. (2014). Pembelajaran peribahasa melalui aplikasi aurasma. https://pdfslide.tips/documents/pembelajaran-peribahasa-melalui-aplikasi-aurasma-ilmu-latihan-buku-teks.html [23 Februari 2020]

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi, Strategi dan Metode Mengajar Dengan Berkesan. Bentong: PTS Publishing & Distributor Sdn Bhd.

Siti Raihanni Selamat. (2014). Kajian pengajaran: Penerapan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran jenis-jenis ayat. https://academy ofsingaporeteachers.moe.edu.sg/docs/librariesprovider6/regional-conferences/52 kajian_pengajaran _penerapan_teori_kecerdasan_

pelbagai_dalam_pengajaran_jenis-jenis_ayat.pdf [16 Januari 2019]

Ong Sze Chong, Zamri Mahamod & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2017). Meneroka kaedah pengajaran guru cemerlang Bahasa Melayu negeri Sarawak: Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1), 93-108.

Wan Hanim Nadrah Muda. (2015). Kesan kaedah pembelajaran visual dalam usaha meningkatkan kefahaman pelajar bagi subjek Matematik II. Latihan Ilmiah. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2010). Penelitian Makna dan Nilai. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Zamri Mahamod. (2015). Strategi Pembelajaran: Inventori Cara Belajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zanariah Abdol. (2016). Peribahasa WATAFA. Edisi Keempat. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.