PERBEZAAN PENERAPAN AKTIVITI DIDIK HIBUR SECARA BERSEMUKA DAN DALAM TALIAN BERDASARKAN JANTINA DAN PENGALAMAN MENGAJAR GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (The Differences in the Application Fun Learning in Face-to-Face and Online Learning Based on Gender and the Experience of Teaching Primary School Malay Language Teachers)

SALIMIAH@SAZARINAH JAMILI, ZAMRI MAHAMOD

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan penerapan aktiviti Didik Hibur dalam pengajaran guru Bahasa Melayu secara bersemuka dan secara dalam talian berdasarkan perbezaan jantina dan pengalaman mengajar. Seramai 80 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di sembilan buah sekolah rendah di Zon Likas, Kota Kinabalu, Sabah dijadikan sampel kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif menggunakan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan, manakala statistik inferensi yang digunakan ialah ujian-t, ANOVA sehala dan korelasi Pearson. Daripada analisis ujian-t, didapati tidak ada perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Pengajaran guru lelaki dan guru perempuan menggunakan Didik Hibur sama ada secara bersemuka ataupun dalam talian adalah sama sahaja. Dapatan ANOVA menunjukkan bahawa pengalaman mengajar guru yang berkhidmat lebih 21 tahun menunjukkan skor min yang tinggi dalam kaedah pengajaran bersemuka, manakala pengalaman mengajar guru kurang tiga tahun menunjukkan skor min yang tinggi terhadap kaedah pengajaran dalam talian. Ujian korelasi Pearson pula memperlihatkan bahawa terdapat hubungan yang positif kaedah pengajaran bersemuka dengan kaedah pengajaran dalam talian. Implikasi daripada kajian ini ialah faktor jantina dan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu tidak mempengaruhi pengajaran bersemuka mahupun secara dalam talian, sebaliknya terdapat faktor-faktor lain seperti kemahiran mengajar, sikap, minat dan sebagainya yang mempengaruhi penerapan pendekatan Didik Hibur.

Kata Kunci: Didik Hibur, pembelajaran bersemuka, pembelajaran dalam talian, jantina, pengalaman mengajar, guru Bahasa Melayu sekolah rendah

Abstract: This study aims to see the differences in the application of Fun Learning (Didik Hibur) activities in the teaching of Malay language teachers face-to-face and online based on gender differences and teaching experience. A total of 80 Malay language teachers who teach in ninety primary schools in the Likas Zone, Kota Kinabalu, Sabah were sampled for the study. This study uses a questionnaire as a research instrument. Data were analyzed descriptive and inferential. Descriptive statistics used mean, standard deviation, frequency and percentage, while inferential statistics used were t-test, one-way ANOVA and Pearson correlation. From the t-test analysis, it was found that there were no significant differences based on gender and teaching experience. The teaching of male and female teachers using Didik Hibur either face-to-face or online is the same. The findings of ANOVA showed that the teaching experience of teachers who served more than 21 years showed a high mean score in face-to-face teaching method, while the teaching experience of teachers less than 3 years showed a high mean score on online teaching method. Pearson correlation test showed that there is a positive relationship between face-to-face teaching methods and online teaching methods. The implication of this study is that gender and teaching experience of Malay language teachers do not affect face-to-face or online teaching in applying the Didik Hibur approach, instead there are other factors such as teaching skills, attitudes, interests and so on that influence the application of Didik Hibur.

 

Keywords: Fun Learning, face-to-face learning, online learning, gender, teaching experience, Malay Language primary


Full Text:

PDF

References


Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2016). Perlaksanaan pembelajaran menyeronokan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3 (2), 49-63.

Abdul Rasid Jamian, Nurul Nadiah Razali, & Shamsudin Othman. (2016). Pengaplikasian teknik Didik Hibur dalm meningkatkan pencapaian penulisan karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 4 (1), 39-45.

Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Edisi Ketiga. Selangor: McGraw-Hill Education (M) Sdn. Bhd.

Fuad Mohamed Berawi. (2017). Metodologi Penyelidikan Panduan Menulis Tesis. Penerbit: Universiti Utara Malaysia.

Kamaruzaman Moidunny. (2009). Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan.Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Modul Kursus Peningkatan Profesional Guru Bahasa Melayu. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020a). Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah. Putrajaya: Bahagian Pengurusan Sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020b). Surat Ajaran KPM Bilangan 3 Tahun 2020: Garis panduan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Akibat Penularan Jangkitan Covid 19 bertarikh 27Mac 2020. Putrajaya: Bahagian Pengurusan Sekolah.

Khairah N. Karim. (2020). Edu Ministry introduces guidelines on online teaching,learning platform. New Straits Times: Diakses dari:https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/578945/edu-ministry-introduces-guidelines-online-teaching-learning-platforms [21 Julai 2021]

Marni Izzati Kamaruddin. 2020. Perbezaan tahap pengetahuan, penggunaan dan penerimaan guru Bahasa Melayu berdasarkan faktor umur dan pengalaman mengajar ketika mengaplikasikan persekitaran Pembelajaran Maya. Jurnal Pendidikan Malaysia, 10 (2), 15-28.

Mazlan Ismail. (2016). Pengajaran Bahasa Melayu: Didik Hibur dan Seni Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rosmadi Mohd Salleh & Hafizhah Zulkifli. (2020). Penggunaan Didik Hibur dalam Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan. Malaysia Journal of Education, 4 (2),1-16.

Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng. (2020). Adaptasi pengajaran dan pembelajaran secara maya dalam kebiasaan baharu semasa pandemik COVID-19. Shah Alam: SIG:e-Learning.

Nik Nur Azizah Nik Halman, Hafis Simin, Ramle Abdullah & Sahar Sa'di Hashim. (2019). Penggunaan pendekatan Didik Hibur dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran harian di Sekolah Kebangsaan Sungai Berua. Journal of Educational Research dan Indigenous Studies Special Issue 2019, 2, 1-6.

Noor Habsah Ali & Yahya Othman. (2018). Strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melanau Daerah Daro. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8 (1), 33-41.

Norfiza Apfandi, Nurul Hafizah Maarof, Nor Syamilah Md Zin, Nurul Suzaina Joli & Rorlinda Yusof. (2021). Kajian amalan penggunaan medium atas talian oleh pelajar bagi proses pembelajaran di rumah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (3), 285-295.

Norlela Ahmad & Shamsudin Othman. (2020). Penggunaan kaedah Didik Hibur dalam pengajaran kemahiran membaca guru Bahasa Melayu sekolah rendah. International Journal of Education and Training, 6 (2), 1-11.

Ramlan Jantan, Nor Afni Resad & Siti Faimah Az-Zahra Mohd Fauzi. (2016). Aktiviti Didik Hibur dalam kalangan guru prasekolah di Daerah Gombak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 5, 19-29.

Rosninawati Hussin. (2020). Pembelajaran dalam talian satu norma baharu. Universiti Sains Islam Malaysia. Diakses dari: https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/pembelajaran-dalam-talian-sebagai-norma-baharu/ [21 Julai 2021]

Rozita Radhiah Said, Abdul Rasid Jamian & Azhar Md. Sabil. (2016). Pengetahuan dan kefahaman skop pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan jurulatih pakar pembangunan sekolah (SISC+). International Journal of Education and Traning, 2 (2), 1-9.

Siti Azura Abu Hassan, Suzana Zainol Abidin & Zulkurnain Hassan. (2021). Keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian terhadap pembelajaran pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 2 (10), 1-13.

Zaidatun Tasir & Mohd Salleh Abu. (2003). Analisis Data Komputer SPSS 11.5 for Windows. Kuala Lumpur: VENTON Publishing.

Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Edisi Ketiga. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zanariah Wahab & Zamri Mahamod. (2017). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap pendekatan Didik Hibur. Prosiding Seminar Serantau ke-VIII, hlm. 19-26. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Riau.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.