PENGARUH BAHASA IBUNDA TERHADAP KEMAHIRAN BERTUTUR DALAM KALANGAN MURID INDIA DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH (The Influence of Mother Tongue on Speaking Skills among Indian Students in a Primary School)

HAIZAH BUKARI, NORAZANA AWANG KECHIK

Abstract


Abstrak: Bahasa ibunda merujuk kepada bahasa pertama yang dipelajari oleh seseorang bermula dari saat dia dilahirkan sehinggalah dia pandai berkata-kata. Dengan kata lain, bahasa yang dipelajari daripada ibu bapa atau orang yang memelihara yang digunakan dalam komunikasi seharian. Kajian ini dijalankan bertujuan melihat pengaruh bahasa ibunda dan ciri-ciri komunikasi terhadap kemahiran bertutur di dalam kalangan murid India di sebuah sekolah rendah. Kumpulan sasaran terdiri daripada enam orang murid India Tahun 3. Kajian ini terbatas kepada murid-murid India yang belajar di sebuah sekolah rendah. Prosedur pengumpulan data yang digunakan ialah senarai semak pemerhatian dan rakaman audio sewaktu temu bual. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesalahan utama dikenal pasti sewaktu berkomunikasi ialah penukaran kod bahasa, penambahan partikel ‘lah’ pada akhir ayat, pembentukan ayat dalam bahasa ibunda mereka, pengguguran sendi nama dalam ayat bahasa Melayu, penggantian fonem vokal daripada Tamil ke bahasa Melayu dan pengulangan ayat sewaktu berkomunikasi. Terdapat beberapa faktor yang mempengharui kemahiran bertutur dalam kalangan murid India, iaitu gangguan persekitaran dan gangguan bahasa ibunda. Oleh itu, murid-murid India ini perlu didedahkan dengan kemahiran bertutur secara tidak formal dalam kehidupan seharian, galakan daripada guru untuk melibatkan diri dengan interaksi secara langsung dalam aktiviti seharian dan menggalakkan murid bertutur menggunakan bahasa Melayu di luar kelas.

Kata kunci: Bahasa ibunda, kemahiran bertutur, murid kaum India, sekolah rendah

Abstract: Mother tongue refers to the first language learned by a person from the moment he is born until he is fluent in speaking. In other words, the language learned from parents or guardians used in everyday communication. This study was conducted to look at the influence of mother tongue and communication characteristics on speaking skills among Indian students in a primary school. The target group consisted of six Year 3 Indian students. The study was limited to Indian students studying in a primary school. The data collection procedure used was a checklist of observations as well as audio recordings during the interviews. The results showed that the main errors identified when communicating were language code change, addition of 'lah' particle at the end of sentences, sentence formation in their mother tongue, abortion of noun joints in Malay sentences, replacement of vowel phonemes from Tamil to Malay and sentence repetition. while communicating. There are several factors that affect speaking skills among Indian students, namely environmental disorders and mother tongue disorders. Therefore, these Indian students need to be exposed to informal speaking skills in daily life, encouragement from teachers to engage in direct interaction in daily activities and encourage students to speak using Malay outside the classroom.

Keywords:  Mother tongue, speaking skill, Indian students, primary school


Full Text:

PDF

References


Arulnathan Visurasam. (2013). Analisis kesilapan dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai B2 oleh murid India: Strategi pembelajaran dan pemindahan bahasa. Tesis Ijazah Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman. (2008). Pengabaian kemahiran mendengar dan bertutur di dalam bilik darjah di sekolah menengah: Punca, masalah dan kesannya di Malaysia. Jurnal Sosiohumanika, 1 (1), 167-187.

Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah Peyelidikan. Edisi Ketiga. Petaling Jaya: McGraw Hill Education (M) Sdn. Bhd.

Corder, S.P. (1981). Error Analysis and Interlanguage. London: Oxford University Press.

Cresswell, J.W. (2008). Educational Reasearch: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. 3rd Edtion. New York: Pearson Merril Prentice Hall.

Dayang Sufikawany Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017). Pengaruh faktor sosial dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1), 74-84.

Ilangko Subramaniam, Noorulafiza Abdul Mutalib & Siti Nor Hamahiza Zainal. (2014). Penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid peribumi di sekolah pedalaman Sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (1), 65-74.

Kamaruddin Husin. (1999). Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Putrajaya: Pusat Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar.

Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nor’Azian Nahar & Fadzilah. (2018). Tahap penguasaan kemahiran bertutur Bahasa Melayu dalam kalangan penutur bukan penutur natif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8 (1), 74-83.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Petaling Jaya: McGraw Hill Education (M) Sdn. Bhd.

Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zamri Mahamod. (2022a). Linguistik Terapan dan Pengajaran Bahasa. Edisi Kedua. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod. (2022b). Penulisan Akademik: Teori dan Amalan. Edisi Kedua. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod. (2021). Psikolinguistik dan Pengajaran Bahasa. Cetakan Keempat. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.