PEMBANGUNAN MODUL PENGAJARAN SIMPULAN BAHASA: ANALISIS KEPERLUAN GURU (Malay Idioms Teaching Module Development: A Needs Analysis of Teachers)

MUHAMMAD FAEZ NURAZMAN AMRULLAH, WAN MUNA RUZANNA WAN MOHAMAD, ZAMRI MAHAMOD

Abstract


Abstrak: Proses pengajaran dan pembelajaran simpulan bahasa mempunyai cabaran yang besar untuk diajar kepada murid Sekolah Amanah yang mempunyai kepelbagaian latar belakang. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan pembangunan sebuah modul pengajaran simpulan bahasa berasaskan pendekatan semantik inkuisitif dan pengajaran terbeza melalui sebuah analisis keperluan. Kajian kualitatif menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur dijalankan terhadap 3 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di Sekolah Amanah sebagai alat pengumpulan data. Dapatan kajian telah dianalisis dalam bentuk tematik menggunakan aplikasi Atlas.ti bermula dengan pengekodan segmen teks dan menetapkan label kod dan kemudiannya dikodkan kepada bentuk tema mengenai amalan pengajaran simpulan bahasa dan pengajaran terbeza, masalah pengajaran simpulan bahasa dan pengajaran terbeza serta keperluan pembangunan modul. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru telah menggunakan kaedah gambar kerana merupakan kaedah yang paling berkesan. Guru juga telah memastikan keadilan diberikan terhadap murid melalui pengajaran mengikut tahap, aktiviti serta bahan yang disandarkan mengikut kesediaan, minat dan profil murid. Namun, masalah sumber pengajaran untuk melaksanakan pengajaran simpulan bahasa dan pengajaran terbeza menjadi cabaran utama kepada guru. Dapatan kajian juga menjelaskan bahawa perlunya untuk membangunkan sebuah modul pengajaran untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan. Pembangunan modul ini membantu guru melaksanakan pengajaran simpulan bahasa yang berupaya membantu murid mentafsir makna secara mendalam hingga dapat meneroka akal budi penuturnya dan memberikan keadilan terhadap kepelbagaian murid melalui strategi pengajaran yang inovatif.

Kata Kunci: simpulan bahasa; semantik inkuisitif; pengajaran terbeza; Sekolah Amanah; modul

Abstract: The Malay idioms teaching and learning process faces great challenges among primary pupils in Trust Schools who have varied backgrounds. This study aimed to identify the needs in developing a teaching module to teach Malay idioms based on inquisitive semantic approach and differentiated instructions through a needs analysis. The qualitative study using semi-structured interview was conducted among 3 Bahasa Melayu teachers to collect data in Trust School. The findings were analysed into thematic form using Atlas.ti, starting with coding the text and setting its label and lastly coding on idioms instructions, differentiated instructions, and needs to develop a module.The findings show that teaching via picture is the most effective and teachers ensured their teaching is fair to every pupil according to their level, activities and materials based on the readiness, interest and learning profile. But, the lack of teaching resources to implement idioms teaching and differentiated instruction is a major challenge to teachers. The findings of the study also explain the need to develop a module to assist the teachers. The development of this module will guides the teachers to explain on the figurative meaning of the idioms and relate the idioms with the context of Malay minds through innovative teaching strategies based on the diversity of the students.

Keywords: Malay idioms; semantic inquisitive; differentiated instruction; Trust School; module


Full Text:

PDF

References


Abd. Khahar Saprani, Hapsah Majid, Zanariah Ibrahim & Lokman Abd Wahid. (2018). Pedagogi terbeza: Keadilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 11, 1-10.

Ain Nur Atika Agus. (2021). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pendekatan terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah semasa tempoh perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1), 75-87.

Alhaysony, M.H. (2017). Strategies and difficulties of understanding English idioms: A case study of Saudi University EFL students. International Journal of English Linguistics, 7 (3), 70-84.

Arifuddin Arifuddin, Arafiq Arafiq, I Made Sujana & Kurniawan Apgriyanto. (2020). The mastery of and strategies for understanding the idiomatic expressions applied by the students of hospitality and tourism. Journal of Hospitality and Tourism Education, 32 (3), 167-177.

Asad Mohamed & Nor Hashimah Jalaluddin. (2018). Abstraksi objek konkrit dalam peribahasa Melayu: Analisis semantk inkuisitif. Jurnal Bahasa, 18 (2), 197-218.

Chien, C. (2013). Implementing choice boards with cooperative learning to serve mixed-level elementary school EFL learners. Journal of Taipei University of Education, 44 (1), 67-88.

Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah Penyelidikan. Edisi ke-3. Shah Alam: Mc Graw Hill Education (M) Sdn Bhd.

Chung, L.L. (2017). Pembangunan dan penilaian modul penulisan karangan Bahasa Melayu tingkatan 4. Tesis Dr. Falsafah. Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Danial Arif Abdul Muttalip. (2020). Pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza dalam kalangan guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah pedalaman kategori 3. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (2), 29-42.

Gathigia, M.G. (2016). The teaching of english idioms in Kenyan secondary schools: Difficulties and effective strategies. Advances in Language and Literary Studies, 7 (2), 33-40.

Guo, Y. (2019). Teaching English idioms to chinese EFL learners: A cognitive linguistic perspective. English Language Teaching, 12 (5), 145-155.

Ismajli, H. & Imami Morina, I. (2018). Differentiated instruction: Understanding and applying interactive strategies to meet the needs of all the students. International Journal of Instruction, 11 (3), 207-218.

Kamarudin Husin, Abdullah Yusof & Mohd Ra’in Shaari. (2011). Pedagogi Bahasa. Tanjong Malim, Perak: Emeritus Publications.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Edisi ke-1. Putrajaya: Bahagian Buku Teks.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025. Edisi ke-2. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kreitzer, K. (2016). Differentiation for all learners: applying theory and practice so all children reach their potential.Dissertation Thesis. Hamline University.

Laari, A., Lakkala, S. & Uusiautti, S. (2021). For the whole grade’s common good and based on the student’s own current situation: Differentiated teaching and the choice of methods among Finnish teachers. Early Child Development and Care, 191 (4), 598-611.

Maria Chong Abdullah, Samsilah Roslan & Tajularipin Sulaiman. (2011). Strategi pengajaran pembelajaran di institusi pengajian tinggi: Satu anjakan paradigma. Malaysian Education Dean’s Council Journal, 8, 101-115.

Mary Fatimah Subet & Mohd Ridzuan Md Nasir. (2019). Inquisitive semantic analysis of Malay Language proverbs. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 16 (2), 227-253.

Masyuniza Yunos. (2015). Hubungan sikap dan persepsi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (2), 22-30.

Mohd Ridzuan Md Nasir. (2020). Memahami Asal Usul Peribahasa Melayu Melalui Semantik Inkuisitif. Edisi ke-1. Kota Bharu: Menhajj Resources.

Mohd Ridzuan Md Nasir & Mary Fatimah Subet. (2018). Melestarikan peribahasa sebagai warisan bangsa melalui pendekatan alternatif dalam pendidikan Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-10 (SALPBM X), hlm. 88-96.

Muhammad Fauzi Jumingan. (2004). Penterjemahan simpulan bahasa Arab-Melayu: Satu analisis teori relevans. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 12 (2), 143-149.

Muhammad Zaid Daud. (2018). Gallus gallus domesticus dan Paradoxurus hermaphroditus dalam peribahasa Melayu: Analisis semantik inkuisitif. Sains Humanika, 10 (2), 41-51.

Nor Hadibah Hushaini, Zulkifli Osman, Anida Sarudin & Husna Faredza Mohamed Redzwan. (2020). Hubungan antara lokasi sekolah rendah dan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu sekolah rendah dengan amalan pengajaran mereka. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (2), 1-14.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan Akal Budi Melayu. Edisi ke-2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norlela Ahmad & Shamsudin Othman. (2020). Penggunaan kaedah didik hibur dalam pengajaran kemahiran membaca guru Bahasa Melayu sekolah rendah. International Journal of Education and Training, 6 (2), 1-11.

Nurul Ashikin Md. Yatim, Peng, C.F. & Zuraidah Abdullah. (2020). Tahap pengetahuan pedagogi kandungan guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (2), 43-53.

Nurul Hasna Hasan, Ahmad Arifin Sapar & Saedah Siraj. (2020). Analisis kandungan terhadap penampilan kandungan, soalan dan aktiviti Buku Teks Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahap 2: Data anekdot. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 8 (2), 1-12.

Rafatbakhsh, E. & Ahmadi, A. (2019). A thematic corpus-based study of idioms in the corpus of contemporary American English. Asian-Pacific Journal of Second and Foreign Language Education, 4 (11), 1-21.

Rasheed, F. & Wahid, A. (2018). The theory of differentiated instruction and its applicability: An e-learning perspective. International Journal of Technical & Non Technical Research, 9 (4), 193-202.

Samburskiy, D. (2020). The effect of a dual coding technique on idiom interpretation in ESL/EFL learners. International Journal of Instruction, 13 (3), 187-206.

Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan Modul: Bagaimana Membina Modul Latihan dan Modul Akademik. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Sizemore, E.K. (2015). A phenomenological study of differentiated instruction for fifth grade gifted and high ability learners through math in focus. Thesis of Philosophy. Liberty University.

Sofiana Hassan. (2020). Tahap pengetahuan dan sikap guru Bahasa Melayu daerah Sibu dalam mengaplikasikan kemahiran abad ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (2), 74-81.

Stollman, S., Meirink, J., Westenberg, M. & van Driel, J. (2021). Teachers’ interactive cognitions of differentiated instruction: An exploration in regular and talent development lessons. Journal for the Education of the Gifted, 44 (2), 201-222.

Subban, P. (2006). Differentiated instruction: A research basis. International Education Journal, 7 (7), 935-947.

Sun, Y. (2018). Translation strategies applied in English and Chinese idioms. Advance in Social Science, Education and Humanities Research, 300, 187-190.

Tangaprabu Murthy, Mary Fatimah Subet & Muhammad Zaid Daud. (2019). Peribahasa Tamil berimej lada hitam sebagai tradisi lisan: Analisis semantik inkuisitif. International Journal of Creative Future and Heritage, 7 (2), 70-88.

Tomlinson, C.A. (2017). How to Differentiate Instruction in Academically Diverse Classrooms. Edisi ke-3. Alexandria: ASCD.

Williams-Black, T.H., Bailey, J.P. & Coleman Lawson, P.D. (2010). Differentiated instruction: Are University Reading Professors implementing it? The Reading Matrix, 10 (1), 45-54.

Wong, S.H. & Nor Hashimah Jalaluddin. (2019). Bahasa kiasan dalam lagu “Mati Hidup Semula”: analisis semantik inkuisitif. Jurnal Bahasa, 19 (2), 231-258.

Zanariah Ahmad. (2017). Pembangunan modul pedagogi kelas berbalik berasaskan pembelajaran reflektif untuk Politeknik Premier. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.