SIKAP DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI PELAJAR BAJAU UBIAN TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN (Attitudes and Factors Affecting the Motivation of Bajau Ubian Students Towards Online Learning Malay Language)

STEVEN FRENNANDES APING, MUHAMAD AMIR ASYRAF ABDUL RAHIM, MUHAMMAD NORHAZIM IZMAN

Abstract


Abstrak: Pandemik COVID-19 yang melanda negara telah memberi impak kepada beberapa sektor, terutamanya terhadap sektor pendidikan. Pembelajaran secara fizikal terpaksa ditukar kepada pembelajaran secara dalam talian bagi menjamin keselamatan warga pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka sikap pelajar Bajau Ubian terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dalam talian. Kajian ini turut meninjau faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar Bajau Ubian terhadap pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif. Seramai tiga orang pelajar Bajau Ubian dipilih sebagai peserta kajian dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data dikumpulkan melalui kaedah temu bual melalui Google Meet sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian mendapati kesediaan pelajar, minat pelajar dan disiplin pelajar merupakan sikap pelajar Bajau Ubian terhadap pembelajaran Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kedua pelajar Bajau Ubian. Dari aspek motivasi pelajar pula, terdapat tiga faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar, iaitu sikap guru yang kurang bersemangat dan kurang bermotivasi, persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif, dan subjek Bahasa Melayu sebagai wajib lulus. Implikasi kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu perlu kreatif dalam menarik minat pelajar Bajau Ubian untuk berminat dan bermotivasi belajar Bahasa Melayu walaupun belajar secara dalam talian.

Kata Kunci: Sikap, motivasi, pembelajaran dalam talian, bahasa kedua

Abstract: The COVID-19 pandemic that hit the country has impacted several sectors, especially the education sector. Physical learning had to be converted to online learning to ensure the safety of educators. This study aims to explore the attitudes and motivation of Bajau Ubian students towards online learning Malay language. This study also examines the factors that influence the motivation of Bajau Ubian students towards online learning Malay language. This study uses a qualitative design. A total of three Bajau Ubian students were selected as study participants using purposive sampling method. Data were collected through interview method through Google Meet as a research instrument. The findings of the study found that students' readiness, student interest and student discipline are the attitudes of Bajau Ubian students towards learning Malay which is the second language of Bajau Ubian students. From the aspect of student motivation, there are three factors that influence student motivation, namely the attitude of teachers who are less enthusiastic and less motivated, the learning environment is not conducive, and Malay language subjects as compulsory to pass. The implication of this study is that Malay language teachers need to be creative in attracting Bajau Ubian students to be interested and motivated to learn Malay language even when online learning.

Keywords: Attitude, motivation, online learning, second language


Full Text:

PDF

References


Abdul Aziz Ishak & Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat. (2020). Pembelajaran dalam talian: Tinjauan terhadap kesediaan dan motivasi dalam kalangan pelajar Diploma Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Jurnal Dunia Pendidikan, 2 (4), 68-82.

Abdul Hakim Abdullah, Ab Aziz Sulaiman & Wan Ismail Wan Abdullah. (2015). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Motivasi Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 10 (1), 82-97.

Ahmad Faris Mazlan, Maslawati Mohamad, Aishath Reesha, Rosnani Kassim, Zarina Othman & Saadiah Kummin. (2021). Challenges and Strategies to Enhance Online Remote Teaching and Learning by Tertiary Institution Educators: A Literature Review. Creative Education, 12 (4), 718-726.

Ain Nur Atika Agus. (2021). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pendekatan terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11 (1), 75-87.

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2017). Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (2), 77-88.

Aizan Sofia Amin, Hasanatulakhma Mat Ayu & Jamiah Manap. (2020). Perkhidmatan sokongan bagi keluarga yang mempunyai anak masalah pembelajaran di luar bandar. Jurnal Psikologi Malaysia, 34 (3), 28-41.

Azlan Shaiful Baharum. (2020). Transformasi pengajaran dan pembelajaran multimedia dalam pendidikan Islam: Satu perbincangan. Journal of ICT in Education, 7 (2), 14-26.

Azmil Abidah, Hasan Nuurul Hidaayatullaah, Roy Martin Simamora, Daliana Fehabutar & Lely Mutakinati. (2020). The Impact of COVID-19 to Indonesian education and its relation to the philosophy of “Merdeka Belajar”. Studies in Philosophy of Science and Education, 1 (1), 38-49.

Bani Hidayat Mohd Shafie. (2020). Pelaksanaan PdPc dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 dan 2 COVID-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 2 (2), 213-221

Chew Fong Peng & Zahwah Jamaludin. (2022). Kesediaan, motivasi dan kepuasan pelajar tingkatan 1 dalam pembelajaran KOMSAS secara dalam talian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12 (1), 29-39.

Chua Yan Piaw. (2014). Asas Statistik Penyelidikan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education Sdn.Bhd.

Cresswell, J.W. (2005). Educational Rserach: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitatif Research. 2nd Edition. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Fenny Lau Yeo Feng, Kee Guek Fen, Khoo Phau Liang & Lee Huoy Shin. (2021). Kaedah pengajaran dalam talian guru Bahasa Melayu dan motivasi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11 (1), 57-74.

Ida Faridah, Fbi Ratna Sari, Tri Wahyuningsih, Fitra Putra Oganda & Untung Rahardja. (2020). Effect digital learning on student motivation during COVID-19. The 8th International Conference on Cyber and it Service Management (CITSM 2020) on Virtual, October 23-24. https://ieeexplore.ieee.org/document/9268843 (8 Julai 2022)

Irma Mahad, Ugartini Magesvaran &Intan Nur Syuhada Hamzah. (2021). Sikap dan motivasi murid sekolah rendah terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1), 16-28.

Ismail Ali. (2011). Komuniti Orang Tanpa Negara (Stateless People) di Sabah: Kajian kes komuniti Bajau Laut di Pulau Mabul, Semporna. Malaysia dari segi Sejarah, 39, 69-81.

Jerie Peter Langan & Zamri Mahamod. (2011). Sikap dan motivasi murid Iban Dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1), 13-25.

Kaviza, M. 2020. Kesediaan murid terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom sebagai platform pembelajaran sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5 (4), 108-115.

Kee Guek Fen & Zarien Atierah Zamri. (2021). Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah ketika pandemic COVID-19. Dlm. Zamri Mahamod, Anita Abdul Rahman & Zarien Atierah Zamri. (Pnyt.). Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah: Isu dan Cabaran Pendidikan dalam Norma Baharu, hlm. 54-76. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kee Guek Fen & Zarien Atierah Zamri. (2021). Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah ketika pandemic COVID-19. Dlm. Zamri Mahamod, Anita Abdul Rahman & Zarien Atierah Zamri. (Pnyt.). Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah: Isu dan Cabaran Pendidikan dalam Norma Baharu, hlm. 54-76. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Putrajaya: Bahagian Pengurusan Sekolah.

Khairul Nizam Mohamed Zuki & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017). Sikap dan motivasi murid Bajau dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1), 24-33.

Lekhraj Rampal & Liew Boon Seng. (2020). Coronavirus Disease (COVID-19) pandemic. Medical Journal of Malaysia, 75 (2), .95-97.

Losius Goliong, Mohd Khairuddin Abdullah & Rosy Talin. (2016). Kompetens peribadi, pedagogi, profesionalisme guru sekolah berprestasi rendah bahagian barat dan utara Sabah. Jurnal Pendidikan Nusantara, 6 (1), 182-200.

Mahathir Yahaya & Wardatul Hayat Adnan. (2021). Cabaran pelajar melalui kaedah pembelajaran dalam talian: Kajian Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Journal of Media and Information Warfare, 14, 11-20.

Mohd Fairuz Jaafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz & Mohd Yaakob. (2020). Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik COVID-19. Prosiding Seminar Darulaman, hlm. 404-410. https://www.researchgate.net/publication/345893409_Kesediaan_Pembelajaran_Dalam_Talian_Semasa_Pandemik_COVID_19 (8 Julai 2022)

Mohd Faeiz Pauzi, Siti Norazlina Juhari, Salman Amiruddin & Nurulhuda Mat Hassan. (2020). COVID-19: Pengajaran dan pembelajaran sewaktu krisis pandemik. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, 3, 96-105.

Mohd Rohiman Subri, Rohizani Yaakub & Azlinda Boheran Nudin. (2021). Pelaksanaan pengajaran guru cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ketika pandemik COVID-19: Satu kajian kes. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12 (Special Issues), 21-32.

Mohd Uzir Zubir, Rohaidah Kamaruddin & Sharil Nizam Sha’Ri. (2018). Motivasi dan sikap terhadap pembelajaran Bahasa Melayu murid tingkatan satu Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua. Jurnal Kesidang, 3, 82-91.

Muhamad Hafis Nawawi. (2020). Belajar dalam talian kurang berkesan. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/595525/belajar-dalam-talian-kurang-berkesan-berbanding-bersemuka-metrotv (19 Mac 2022).

Muhammad Izzat Mailis, Zuriani Hanim Zaini & Nur Hafizaliyana Hassan. (2020). Persepsi pelajar Kolej Universiti Islam Melaka terhadap pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian dalam era pandemik COVID-19. Jurnal Kesidang, 5, 88-99.

Muhammad Izzat Mailis. (2020). Pandangan dan cabaran guru terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah dalam tempoh pandemik COVID-19. Jurnal ILMI, 11 (1), 14-25.

Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’Ng Pei Eng. (2020). Adaptasi Pengajaran dan Pembelajaran Secara Maya dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik COVID-19. Shah Alam: SIG e-Learning@CS.

Nancy Ngumbang & Zamri Mahamod. (2017). Sikap, minat dan motivasi murid Melanau dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 8, 47-58.

Nik Asmida Long Ahmad & Zamri Mahamod. (2021). Maslaah disiplin murid semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah. Dlm. Zamri Mahamod, Anita Abdul Rahman & Zarien Atierah Zamri. (Pnyt.). Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah: Isu dan Cabaran Pendidikan dalam Norma Baharu, hlm. 148-156. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Petaling Jaya: McGraw Hill (M) Sdn. Bhd.

Nor Amalina Ab Hakim & Zanaton Iksan. (2018). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru terhadap pembelajaran berasaskan masalah dalam mata pelajaran Sains. Prosiding Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan, hlm. 72-82. http://conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2018/08/8-NOR-AMALINA-BT-AB-HAKIM.pdf (8 Julai 2022)

Nor Musfirah Mohamad. (2021). Cabaran pedagogi norma baharu di Kolej Universiti Islam Perlis ketika pandemik wabak koronavirus COVID-19. Jurnal Pengajian Islam, 14, 243-254.

Nor Sahara Mesman & Zulkarnain Abd. Majid. (2021). Kajian kesediaan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan membendung COVID-19 Fasa 2. International Journal of Education and Pedagogy, 3 (1), 195-202.

Norapiah Abd Rahman & Nor Syahilia Aris. (2021). Minat, motivasi dan penerimaan pelajar-pelajar politeknik terhadap pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian yang dilaksanakan sepanjang pandemik COVID-19. Journal on Technical and Vocational Education, 6 (3), 61-71.

Norazlina Mohd Nor & Anita Abdul Rahman. (2021). Kesan pengajaran dan pembelajaran di rumah kepada murid Bottom 40. Dlm. Zamri Mahamod, Anita Abdul Rahman & Zarien Atierah Zamri. (Pnyt.). Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah: Isu dan Cabaran Pendidikan dalam Norma Baharu, hlm. 107-134. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Farhana Abdul Rahman & Nurul Jannah Rosli. (2021). Cabaran dan impak pembelajaran dalam talian kepada mahasiswa Pengajian Islam UKM semasa pandemik COVID-19. Proceeding Antasari International Conference, 2 (1), 481-.497. file:///C:/Users/User/Downloads/5923-16479-1-SM.pdf (8 Julai 2022)

Nur Hanisah Ahmad Saifudin & Mohd Isa Hamzah. (2021). Cabaran pengajaran dan pembelajaran di rumah dalam talian dengan murid sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (3), 250-264.

Nur Hazirah Hairia’an & Masayu Dzainudin. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9, 18-28.

Rodalyn O. Lapada & Elmar S. Lapada. (2020). Students’ Experiences, reactions and opinions on bullying at Esperanza National High School, Esperanza, Sultan Kudarat, Region XII, Philippines. Randwick International of Education and Linguistics Science Journal, 2 (2), 170-181.

Roystein Denis, Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. (2021). Ibu bapa sebagai guru kedua dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Dlm. Zamri Mahamod, Anita Abdul Rahman & Zarien Atierah Zamri. (Pnyt.). Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah: Isu dan Cabaran Pendidikan dalam Norma Baharu, hlm. 259-267. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Prentice Hall (M) Sdn. Bhd.

Saidatul Nornis Mahali. (2018). Cerakinan bahasa Ubian Mantanani: Satu ringkasan awal. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (2), 83-98.

Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid. (2016). Pengintegrasan blended learning dalam pembelajaran persekitaran maya Frog. Dlm. Nabilah Othman, Chiang Wei Luan dan Nurul Syaida Md Zuki (Eds.). Pendidikan Abad ke-21: Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Cabarannya, hlm. 52-71. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shanika Abdullatib. (2020). Pembelajaran maya: Sejauh mana kita bersedia? Bernama. https://bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1881628 (24 April 2022).

Sipalan, J. (2020). Malaysia confirms first cases of coronavirus infection. Reuters. https://fr.reuters.com/article/us-china-health-malaysiaidCAKBN1ZO065 (18 Mac 2022].

Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Home Based Learning semasa tempoh pandemik COVID-19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11 (Special Issues), 46-57.

Siva Jothy Gunaseharan & Zamri Mahamod. (2021). Kesediaan murid, pihak sekolah dan ibu bapa dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Dlm. Zamri Mahamod, Anita Abdul Rahman & Zarien Atierah Zamri. (Pnyt.). Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah: Isu dan Cabaran Pendidikan dalam Norma Baharu, hlm. 167-177. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Suzlina Hilwani Baharuddin & Jamaludin Badusah. (2015). Tahap penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (2), 38-48.

Tamilmullai Thannimalai & Salini Baloh. (2021). Cabaran PdPR bahasa Tamil di sekolah luar bandar. MUALLIM: Journal of Social Sciences and Humanities, 5 (2), 183-190.

Tashny Sukumaran. (2020). Coronavirus: Malaysia in partial lockdown from March 18 to limit outbreak. South China Morning Post. https://www.scmp.com/weekasia/ healthenvironment/article/3075456/coronavirus-malaysias-prime-minister (24 April 2022) 2022].

Ugartini Magesvaran. (2021). tahap pengetahuan dan kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu ketika menggunakan aplikasi Google Meet dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11 (2), 39-53.

Zaenol Fajri. (2020). Pengembangan LKS tematik berbasis Contextual Teaching and Learning sub tema Anggota Keluargaku untuk siswa kelas 1 sekolah dasar. Jurnal Ilmu Pendidikan Dasar, 4 (1), 15-21.

Zaimie Sahibil. (2016). Ritual adat korban dalam adat masyarakat Ubian. Jurnal Gendang Alam, 6, 1-10.

Zakaria Saad, Baskaran Subramaniam, Malar Muthiah, Abdul Malek Yaakub, Chin Soo Fong & Othayakumaran Kandasamy. (2020). Kesediaan penggunaan Google Meet sebagai platform pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Proceedings of International Conference on the Future of Education, 17-18 November 2020. http://ipgktb.edu.my/iconfed2020/e_proceedings/bm/tema_a/FP043.pdf (13 Mei 2022)

Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. (2015). Kepelbagaian Pelajar dan Perbezaan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod. (2019). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Keempat. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahmad. (2020). COVID-19: Impak dalam pengajaran dan pembelajaran. Dlm. Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman (pnyt.). Sistem Pendidikan di Malaysia: Sejarah dan Cabaran Abad ke-21, hlm. 449-486. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod, Anita Abdul Rahman & Zarien Atierah Zamri. (2021). Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah: Isu dan Cabaran Pendidikan dalam Norma Baharu. (Pnyt.). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.