KEMAHIRAN BERTUTUR DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL DI DAERAH SEREMBAN (Speaking Skills among Tamil National Type School Students at Seremban District)

DURGADEVI KUPUSAMY, MARDIAN SHAH OMAR, NURUL HANIZA SAMSUDIN

Abstract


Abstrak: Kemahiran bertutur merupakan satu kemahiran asas yang sangat penting dalam kurikulum Bahasa Melayu. Kajian lepas mendapati murid sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) tidak cekap berbahasa Melayu. Murid-murid SJKT menghadapi kesukaran dalam beberapa aspek linguistik seperti sebutan, kosa kata, struktur ayat dan tatabahasa. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti aspek linguistik yang menjadi halangan dalam kemahiran bertutur murid kaum India SJKT terpilih di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Data kajian diperoleh melalui kaedah kualitatif deskriptif. Informan kajian terdiri daripada 12 orang murid tahun 4. Data diperoleh dengan Ujian Lisan Bahasa Melayu (ULBM), protokol temu bual bersama 5 orang guru Bahasa Melayu sekolah dan pemerhatian di dalam kelas waktu Bahasa Melayu berlangsung. Hasil kajian menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi oleh murid kaum India semasa bertutur ialah dari segi pengguguran kata sendi, kesalahan dalam penggunaan kata ganti nama diri pertama, struktur ayat, penukaran kod bahasa, kosa kata yang tidak tepat dan kesalahan penggantian fonem vokal. Oleh itu, murid-murid SJKT perlu didedahkan dengan kemahiran bertutur yang efektif dan menarik. Guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih bersifat interaktif  untuk menarik minat murid bertutur dalam Bahasa Melayu di dalam dan di luar kelas.

Kata kunci: Kemahiran bertutur, murid sekolah Tamil, linguistik, bahan bantu mengajar, interaktif.

Abstract:  Speaking skills are a very important basic skill in the Malay language curriculum. Previous studies have found that Tamil national school students (SJKT) are not proficient in Malay. SJKT students face difficulties in several aspects of linguistics such as pronunciation, vocabulary, sentence structure and grammar. Therefore, this study aims to examine the linguistic aspects that become obstacles in the speaking skills of selected Indian SJKT students in Seremban district, Negeri Sembilan. Research data was obtained through descriptive qualitative methods. The informants of the study consisted of 12 students in year 4. Data was obtained with the Malay Oral Test (ULBM), interview protocol with 5 school Malay teachers and observations in the Malay class. The results of the study show that the problems faced by Indian students when speaking are in terms of dropping conjunctions, errors in the use of first person pronouns, sentence structure, language code switching, inaccurate vocabulary and vowel phoneme replacement errors. Therefore, SJKT students need to be exposed to effective and interesting speaking skills. Teachers need to use teaching aids that are more interactive to attract students' interest in speaking Malay in and out of class.

Keywords: Speaking skills, Tamil school students, linguistics, teaching aids, interactive.

 


Full Text:

PDF

References


Chew Fong Peng. (2016). Masalah pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6, (1), 10-22.

Dayang Sufikawany Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017). Pengaruh faktor sosial dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1), 74 -84.

Gill, A.K. & Kusum. 2017. Teaching, approaches, methods and strategy. Scholarly Research Journal For Interdisciplinary Studies, 4 (36), 6692-6697.

Haizah Bukari & Norazana Awang Kechik. (2022). Pengaruh bahasa ibunda terhadap kemahiran bertutur dalam kalangan murid India di sebuah sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12 (1), 63-71.

Heejeong, J. (2015). What is your teacher rubric? Extracting teachers’ assessment constructs. Practical Assessment, Research & Evaluation, 20 (6), 1-13.

Kamaruddin Husin. (1999). Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Khairul Nizam Mohamed Zuki. (2017). Penerimaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid berbangsa Bajau. International Journal of Humanities and Social Science Invention, 6 (10), 1-11.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Kajian berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Mardian Shah Omar & Mashrom Muda. (2019). Kemahiran komunikasi penutur asing: Aplikasi pendekatan telefon pintar dan Internet. Malaysian Journal of Communication, 35 (4), 353-367.

Mary Fatimah Subet & Mohd Ridzuan Md. Nasir. (2019). Analisis semantik inkuisitif peribahasa Bahasa Melayu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 16, (2), 227-253.

Mazlida Yusof (2018). Trend ganti nama diri Bahasa Melayu dalam konteks media sosial. Jurnal Komunikasi Malaysian, 34 (2), 36-50.

Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nurul Ain Alizuddin & Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif. (2021). Analisis kesalahan bahasa dalam penulisan Bahasa Melayu pelajar antarabangsa. International Social Science and Humanities Journal, 4 (1), 113-127.

Nora’Azian Nahar & Fadzilah Abdul Rahman (2018). Tahap penguasaan kemahiran bertutur Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8 (1), 74-85.

Sylvina Mantihal & Siti Mistima Maat. (2020) Pengaruh pembelajaran abad ke-21 terhadap minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik: Satu tinjauan sistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 2 (1), 82-91.

Zamri Mahamod. (2021). Psikolinguistik dan Pengajaran Bahasa. Cetakan Keempat. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.