KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DALAM MELAKSANAKAN KAJIAN PENGAJARAN (Readiness of Malay Language Teachers in Chinese National Type Schools in Implementing Lesson Study)

AHMAD AFFIQ MOHD YUSOFF, FATIN NUR FARHANA RUSLAN, MOHD SIDDIQ ABDUL AZIZ, NUR IZZATY ZIPRI

Abstract


Abstrak: Kajian Pengajaran merupakan salah satu aktiviti Komuniti Pembelajaran Profesional untuk meningkatkan amalan profesionalisme dan pengajaran guru di sekolah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Kajian Pengajaran (Lesson Study). Reka bentuk kajian ini adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian. Seramai 113 orang guru Bahasa Melayu di 11 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang terdapat di zon Hulu Langat, Selangor telah dipilih sebagai responden kajian. Data bagi kajian ini dianalisis secara analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru dalam melaksanakan Kajian Pengajaran berada pada tahap yang sederhana. Berdasarkan analisis Korelasi Pearson, terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan pemahaman dengan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Kajian Pengajaran di sekolah. Kajian ini mencadangkan supaya pelaksanaan Kajian Pengajaran diteruskan namun perlu usaha penambahbaikan supaya guru dapat meningkatkan tahap penggunaan inovasi tersebut sebagai medium utama pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: Kesediaan guru, guru Bahasa Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, kajian pengajaran 

Abstract: Lesson study is one of the activities of the Professional Learning Community to improve the professionalism and teaching practices of teachers in schools. Therefore, this study aims to identify the level of knowledge, understanding and readiness of Malay teachers in carrying out lesson study. The design of this study is a survey method using a questionnaire as an instrument to collect research data. A total of 113 Malay language teachers in 11 Chinese National Type Schools under the School Transformation Program 2025 (TS25) located in the Hulu Langat zone, Selangor were selected as respondents. The data for this study was analyzed through descriptive analysis and inferential analysis. The findings of the study show that the knowledge, understanding and willingness of teachers in implementing teaching research is at a moderate level. Based on Pearson's Correlation analysis, there is a significant relationship between the level of knowledge and understanding and the willingness of Malay language teachers to carry out teaching research in schools. The implications of the findings of this study suggest that the implementation of teaching research should continue but improvement efforts are needed so that teachers can increase the level of use of the innovation as the main medium of teaching and learning Malay Language.

Keywords: Teacher readiness, Malay Language teacher, Chinese National Type Schools, Lesson study

 


Full Text:

PDF

References


Azman Jais. (2018). Penerimaan dan penggunaan inovasi persekitaran pembelajaran maya dalam kalangan guru. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azura Pun & Mahaliza Mansor. (2022). Komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(2): 2-13.

Batuma Balachandran & Wan Muna Ruzanna Mohammad. (2021). Pelaksanaan Lesson Study (amalan kolaborasi) dalam peningkatan tahap pengetahuan pedagogi guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Tamil daerah Seremban. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2): 154-163.

Chiew Chin Mon, Mohd Hasani Dali & Lim Chap Sam. (2016). Issues relating to the implementation of Lesson Study in the Malaysian Education Context. Journal of Research & Method in Education, 6(3): 77-85.

Chua Lay Nee, Fairuzzah Harun, Norliza Abd Razak & Manoriza Abd Malek. (2020). Lesson Study: Idea dan masa hadapan. Prosiding Seminar Serantau Kajian Pembelajaran, hlm. 53-39. Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Creswell, J.W. (2012). Educational Research: Planning, Conduction and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. 4th Edition. New York: Pearson.

Ezwafahmey Ahmad Kusaini. (2018). Tahap kesediaan guru cemerlang Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah menengah di negeri Melaka. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1): 63-73.

Fanidawarti Hamzah & Abdul Hakim Abdullah. (2022). Hubungan antara amalan Lesson Study dengan keberkesanan pengajaran guru. Global Journal of Educational Research & Management, 342-353.

Fer Coenders & Nelle Verhoef. (2019). Lesson Study: Professional development (PD) for beginning and experienced teachers. Professional Development in Education, 45(2): 217-230.

Gunasegaran Karuppannan, Hatnin Duari & Heng Sze Phing. (2022). Hubungan antara amalan Profesional Komuniti Pembelajaran (PLC) dan efikasi guru: Analisis kuantitatif ke atas guru sekolah menengah di Malaysia. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(2): 21-33.

Siti Hajar Mohamed & Siti Mistima Maat. (2021). Sorotan literatur bersistematik terhadap komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru Matematik sekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(10): 164-176.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Petaling Jaya: McGraw Hill (M) Sdn. Bhd.

Noraziyanah Md Jais & Aida Hanim A. Hamid. (2019). Amalan kepimpinan multidimensi guru besar dan hubungannya dengan komitmen guru Program Tansformasi Sekolah 2025. International Journal of Modern Education, 1(2): 13-26.

Rabiatul ‘Aqilah Mohammad Ariffin & Zanaton Hj. Iksan. (2021). Kajian pembelajaran sebagai medium pembangunan insan dalam proses pengajaran dan pembelajaran : Satu cabaran. Sains Insani, 6(1): 66-74.

Rohaida Mazlan & Zamri Mahamod. (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan guru Bahasa Melayu melaksanakan Kajian Pengajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(2): 173-182.

Rohaida Mazlan. (2017). Tahap Pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Kajian Pengajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2): 30-40.

Siti Nafsiah Ismail, Zuraidah Abdullah, Abdul Jalil Othman & Salwati Shafie. (2018). Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional dalam kalangan guru Bahasa Melayu di Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(4): 1-9.

Tan Ai Lee, Ooi Soo Yuan & Teh Hang Leng. (2016). Lesson Study: Amalan berkolaborasi untuk pembelajaran berkesan di Institut Pendidikan Guru. Proceeding of ICECRS, hlm. 21-30. Diakses di https://icecrs.umsida.ac.id/index.php/icecrs/article/view/1248 (20 Oktober 2022)

Tan Mei Kin & Omar Abdull Kareem. (2019). Professional learning communities: A comparison study between day secondary school and fully residential secondary school in Malaysia. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 8(2): 87-101.

Voon, S.H. & Mohd Syawal Amran. (2021). Pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam pembelajaran Matematik. Sains Insani, 6(2):73-82.

Yee Bee Choo. (2019). Penggunaan Komuniti Pembelajaran Profesional dalam Perubahan Guru Melalui Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di Sekolah Rendah Malaysia. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan, 620-629.

Zanaton Ikhsan, Aidah Abdul Karim, Fariza Khalid, Effandi Zakaria, Rosseni Din, Md Yusof Daud & Roslinda Rosli. (2014). Lesson Study (Jogyoukenyu): Kajian perbandingan Jepun dan Malaysia. Proceeding the 4th International Conference on Learner Diversity 2014: 271-277. Diakses dari: https://www.academia.edu/9833853/Lesson_Study_Jogyoukenyu_Kajian_Perbandingan_Jepun_dan_Malaysia(20 Oktober 2022)


Refbacks

  • There are currently no refbacks.