SIKAP, AMALAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAN TAMIL DALAM MENGAPLIKASIKAN KAEDAH DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN (Attitude, Practice and Problems Faced by Malay Language Teachers in Chinese and Tamil National Type School in Applying Fun Learning in Teaching)

SIVASANGGARI P. SAKTIANAYAKAN

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap sikap guru, tahap amalan kaedah Didik Hibur dan masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu semasa melaksanakan kaedah Didik Hibur.  Kajian tinjauan menggunakan soal selidik telah digunakan untuk memperoleh data. Seramai 54 orang guru Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKT) dan 49 orang guru Bahasa Melayu di SJK Tamil (SJKT) dipilih sebagai sampel kajian. Kesemua 103 orang guru Bahasa Melayu ini mengajar di beberapa buah SJKC dan SJKT di daerah Jasin, Melaka. Sampel kajian dipilih menggunakan teknik pensampelan bersistematik. Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27 digunakan bagi menganalisis data soal selidik dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor demografi dengan tahap sikap guru, tahap amalan kaedah Didik Hibur dan masalah yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di SJKC dan SJKT dalam mengaplikasikan kaedah Didik Hibur. Namun demikian, terdapat hubungan yang signifikan antara tahap sikap dengan tahap amalan kaedah Didik Hibur dan tahap sikap dengan masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu SJKC dan SJKT semasa menggunakan kaedah Didik Hibur. Kajian ini menggambarkan bahawa kebanyakan guru mengamalkan kaedah Didik Hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu. Hal ini membuktikan bahawa kaedah Didik Hibur amat berkesan dalam menarik minat murid-murid bukan Melayu belajar Bahasa Melayu melalui kaedah Didik Hibur.

Kata kunci: Sikap, amalan, masalah, guru Bahasa Melayu, sekolah jenis kebangsaan, Didik Hibur

Abstract: This study aims to identify the level of teachers' attitudes, the level of practice of the Fun Learning method and the problems faced by Malay language teachers when implementing the Fun Learning method. Survey research using questionnaires was used to obtain data. A total of 54 Malay teachers at the Chinese National Type School (SJKT) and 49 Malay language teachers at the Tamil SJK (SJKT) were selected as the study sample. All 103 Malay teachers teach in several SJKC and SJKT in Jasin district, Melaka. The study sample was selected using a systematic sampling technique. Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software version 27 was used to analyze the questionnaire data in descriptive and inferential form. The findings of the study show that there is no significant difference between demographic factors and the level of teachers' attitudes, the level of Fun Learning practice and the problems faced by Malay language teachers who teach at SJKC and SJKT in applying the Fun Learning method. Nevertheless, there is a significant relationship between the level of attitude and the level of practice of the Fun Learning method and the level of attitude and the problems faced by SJKC and SJKT Malay language teachers when using the Fun Learning method. This study illustrates that most teachers practice the Fun Learning method in teaching Malay language. This proves that the Fun Learning method is very effective in attracting non-Malay students to learn Malay language through the Fun Learning method.

 

Keywords: Attitude, practice, problem, Malay Language teachers, national type school, Fun Learning

 


Full Text:

PDF

References


Abdul Rasid Jamian, Nurul Nadiah Razali & Shamsudin Othman. (2016). Pengaplikasian teknik Didik Hibur meningkatkan pencapaian penulisan karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1), 39-45.

Aminudin Ahmad. (2017). Penerapan elemen Didik Hibur. Kosmo Online. Diakses dari http://www.kosmo.com.my/special/moe/penerapan-elemen-didk-hibur-1.557676 (pada 23 November 2023)

Chew Fong Peng. (2016). Masalah pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10-22.

Fadilla anak Layang & Zamri Mahamod. (2019). Tahap pengetahuan, kesediaan dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran peta pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 37-44.

Faizal Amin Nur Yunus, Mohd. Bekri Rahim, Ruhizan Mohd Yasin & Ridzwan Che Rus. (2014). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pemindahan pembelajaran berdasarkan pendekatan Model Rasch: Kajian rintis. First Technical and Vocational Education International Seminar, hal. 1-9.

Farideh Bavi. (2018). The effect of using fun activities on learning vocabulary at the elementary level. Journal of Language Teaching and Research, 9(3), 629-639.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Edisi Pelancaran PIPP 2006. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Leni Layinnah. (2017). Menciptakan pembelajaran Fun Learning Based on Scientific Approach dalam pembentukan karakter peserta didik pada pembelajaran Pai. Tarbawy Indonesian Journal of Education, 4(1), 1-9.

Magdeline Nor & Zamri Mahamod. (2014). Penterjemahan pengetahuan pedagogi kandungan dalam proses tindakan guru Bahasa Iban baharu dan berpengalaman bukan opsyen. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39(1), 37–49.

Mazlan Ismail. (2016). Didik Hibur dan Seni Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Melvina Chung Hui Ching, Norazah Mohd Nordin & Jamaludin Badusah. (2018). Penggunaan kaedah Didik Hibur melalui permainan interaktif dalam pembelajaran Bahasa Melayu. https://sted18.files.wordpress.com/2018/12/1-1-melvina-chung-hui-ching-norazah-mohd-nordin-jamaludin-badusah.pdf (Diakses pada 13 Mei 2023).

Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Leow Tze Wei. (2017). Kesahan dan kebolehpercayaan intrumen kendiri pembelajaran geometri tingkatan satu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 14(1), 211-265.

Mohd Hasril Amiruddin, Isma Atiqah Ngadiran, Fathin Liyana Zainudin & N. Ngadiman. (2016). Tahap kemahiran generik pelajar Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Kajian kes pelajar Institut Kemahiran Mara, Johor Bahru. Malaysian Journal of Society and Space, 12(3), 111-121.

Mohd Maziz Al-Hadi Moharam, Saifulazry Mokhtar & Kasoma Thia. (2021). Pendekatan kaedah interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam abad ke-21 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kinabalu. 5th International Conference on Teacher Learning and Development https://www.researchgate.net/publication/354400075_Pendekatan_Kaedah_Interaktif_Dalam_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Pendidikan_Islam_Abad_Ke21_Di_Sekolan_Menengah_Kebangsaan_Kota_Kinabalu (Diakses pada 21 Julai 2023).

Muhamad Fadhil Md Zain, Mahzan Arshad & Norul Haida Reduzan. (2021). Amalan pengajaran guru dalam pengajaran Bahasa Melayu berasaskan pendekatan Didik Hibur di sekolah rendah. International Journal of Aquatic Science, 12 (2): 2976- 2986.

Norfarahi Zulkifli, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. (2020). Faktor pendorong kreativiti dalam kalangan pelajar politeknik. Asian People Journal, 3(2), 77-85.

Norlela Ahmad & Shamsudin Othman. (2020). Penggunaan kaedah Didik Hibur dalam pengajaran kemahiran membaca guru Bahasa Melayu sekolah rendah. International Journal of Education and Training, 6(2), 1-11.

Norlela Ahmad, Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil, Marzni Mohamed Mokhtar, Mohd Azuan Mohd Nawawi & Zullaili Hason. (2021). Pengaruh Didik Hibur dalam meningkatkan kesediaan belajar kemahiran membaca Bahasa Melayu murid belum menguasai tahap pencapaian minimum. Asian Journal of Civilizational Studies, 3(1), 45-57.

Norzaharah Yahya. (2011). Keberkesanan teknik scaffolding secara berkumpulan terhadap Pendidikan Sirah. Disertasi Sarjana Pendidikan. Universiti Utara Malaysia.

Owing Ji Seng, Azhar Md. Sabil & Shamsudin Othman. (2018). Tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan Didik Hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu. International Journal of Education and Training, 4(2), 1-9

Pauline Unjong & Zuraini Seruji. (2022). Pelaksanaan Didik Hibur dalam pengajaran dan pembelajaran membaca Bahasa Melayu murid LINUS tahun 3. Asian People Journal, 5(1), 22-30.

Ramlah Jantan, Nor Afni Resad & Siti Fathimah Az-Zahra Mohd. Fauzi. (2016). Aktiviti Didik Hibur dalam kalangan guru prasekolah di daerah Gombak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 5, 19-29.

Rozita Radhiah Said, Abdul Rasid Jamian & Azhar Md. Sabil. (2016). Pengetahuan dan kefahaman skop pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+). International Journal of Education and Training, 2(2), 1-9.

Salimiah@Sazarinah Jamili dan Zamri Mahamod. 2022. Perbezaan penerapan aktiviti Didik Hibur secara bersemuka dan dalam talian berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(1), 40-49.

Selvi Loviana & Wastika Niti Baskara. (2020). Dampak pandemik COVID-19 pada kesiapan pembelajaran Tadris Matematika IAIN Metro Lampung. Jurnal Pendidikan Matematika, 2(1), 61-69.

Siti Aishah Sembai Aban Abdullah & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2022). Cabaran pengaplikasian pendekatan Didik Hibur dalam pengajaran guru Bahasa Melayu dari aspek kemahiran membaca dalam talian. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 349-362.

Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Home Based Learning semasa tempoh pandemik COVID-19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 46-57.

Tan Ching & Ruhizan Mohammad Yasin. (2022). Penerapan kaedah Didik Hibur dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah luar bandar. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 459-474.

Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Khadijah Abdul Razak & Mohd Isa Hamzah. (2020). Pengurusan masa guru inovatif pendidikan Islam. The Online Journal of Islamic Education, 8(2), 34-39.

Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. (2023). DIDIK HIBUR: Belajar Sambil Bermain dari Perspektf Murid. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod. (2019). Inovasi PdP dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Edisi Ketiga. Bangi: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zanariah Wahab & Zamri Mahamod. (2017). Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan dan Sikap Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Terhadap Pendekatan Didik Hibur. https://seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/3-zanariah-binti-wahab-zamri-mahamod.pdf (Diakses pada 20 November 2023)


Refbacks

  • There are currently no refbacks.