PERSEPSI GURU TERHADAP PENGARUH BAHASA IBUNDA SEMASA PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (Teacher Perceptions of the Influence of the Mother Tongue during Learning and the Teaching of Malay Language among Pupils at Chinese National Type School)

LOW JIE YING, WEE XIN HUI, KHOO YU TING, NUR FARHANIS FATHIAH ANUARUDDIN

Abstract


ABSTRAK:  Pengaruh bahasa ibunda menjadi salah satu isu yang selalu dibincangkan dalam pengajaran. Dalam sistem pendidikan kebangssan, Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah, peringkat sekolah menengah mahupun peringkat pengajian tinggi. Oleh itu, kajian ini berhasrat meninjau pengaruh bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Teori yang menjadi tunjang kajian ini ialah Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang dijalankan ke atas lima orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di lima buah SJKC di Terengganu. Temu bual digunakan alat pengumpulan data. Data dianalisis secara naratif berdasarkan tema-tema yang ditemui. Dapatan kajian menunjukkan faktor sikap, diri sendiri, masyarakat dan rakan sebaya menjadi pengaruh besar terhadap penggunaan bahasa ibunda semasa belajar Bahasa Melayu dalam kalangan murid etnik Cina di SJKC. Kelima-lima responden bersetuju bahawa faktor keluarga, faktor sikap murid, faktor rakan serta faktor masyarakat mampu mempengaruhi murid dalam menggunakan bahasa ibunda semasa mempelajari Bahasa Melayu. Kesimpulannya, penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan murid etnik Cina di SJKC boleh mempengaruhi mereka mempelajari Bahasa Melayu dengan baik dan berkesan.

Kata Kunci: Pengaruh bahasa ibunda, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, murid etnik Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

ABSTRACT:  The influence of the mother tongue is one of the issues that is always discussed in teaching. In the national education system, Malay Language is the language of instruction in schools whether at the primary school level, secondary school level or higher education level. Therefore, this study aims to examine the influence of the mother tongue in the teaching and learning of Malay Language in Chinese National Type Schools (SJKC). The theory that is the backbone of this study is Social Learning Theory by Albert Bandura. This study uses a qualitative approach conducted on five Malay teachers who teach in five SJKC in Terengganu. Interviews are used as a data collection tool. Data were analyzed narrative based on the themes found. The findings of the study show that the factors of attitude, self, society and peers have a great influence on the use of the mother tongue when learning Malay Language among ethnic Chinese students at SJKC. All five respondents agreed that family factors, student attitude factors, friend factors and community factors are able to influence students in using their mother tongue while learning Malay Language. In conclusion, the use of the mother tongue among ethnic Chinese students at SJKC can influence them to learn Malay Language well and effectively.

Keywords: Moher tounge, teaching and learning Malay Language, Chinese ethnic student, Chinese National Type School

 


Full Text:

PDF

References


Abdul Kalam & Haseena Banu. 2016. Pengaruh persekitaran sosial terhadap tingkah laku disiplin murid sekolah rendah di Klang, Selangor, Malaysia. Fakulti Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia.

Abdull Sukur Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Izam Ghazali & Mohd Hasani Dali. 2011. Kanak- Kanak minoriti Orang Asli di Malaysia: Menggapai literasi Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2): 59-70.

Ahmed Hafizainol Ahmed Idris & Karim harun. 2020. Penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Pondok Bantan, Thailand. Jurnal Melayu, Isu Khas, 457-477.

Alhaadi Ismail & Norimah Zakaria. 2019. Faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC Chung Hwa Teluk Kemang. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7(3): 23-30.

Aman Shah Syed Ali, Zamri Mahamod & Mohammed Azlan Mis. 2021. Masalah murid etnik Bajau dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Borneo International Journal, 4(3): 26-36.

Awang Sariyan. 2011. Pengajian Melayu di China (Bahagian 1): Hubungan Ketamadunan. https://klikweb.dbp.my/?p=1799 (Diakses pada 21 Februari 2024)

Bandura, A. 1986. Social Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Theory. New Jersey: Prentice-Hall.

Chew Fong Peng. 2023. Hubungan antara persepsi, sikap dan pencapaian Bahasa Melayu murid-murid Cina di Sekolah Kebangsaan Cina Pilihan. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1): 41-59.

Chew Fong Peng & Mohamad Adham Kamarulzaman. 2022. Kefahaman dan kesediaan guru dalam pengajaran kemahiran bertutur Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan. Journal of Social Sciences and Humanities, 19(2): 116-141

Chew Fong Peng. 2016. Masalah pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2): 10-22.

Corder, S.P. 1981. Error Analysis and Interlanguage. London: Oxford University Press.

Dayang Sufikawany Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. 2017. Pengaruh faktor sosial dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1): 74-84.

Faridah Nazir. 2023. Pengaruh bahasa ibunda dalam pertuturan murid-murid asli suku kaum Temuan ketika pembelajaran Bahasa Melayu. Language for Specific Purposes International Journal, 10(1): 73-90.

Haizah Bukari & Norazana Awang Kechik. 2022. Pengaruh bahasa ibunda terhadap kemahiran bertutur dalam kalangan murid India di sebuah sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(1): 63-71.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2004. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar.

Khairul Nizam Mohamed Zuki. (2017). Penerimaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid berbangsa Bajau. International Journal of Humanities and Social Science Invention, 6(10): 1-11.

Mairin Gosman, Mohamad Nizam Nazarudin, Zakiah Noordin, Azmain Saharin & Siti Rozana Saili. 2020. Hubungan penglibatan ibu bapa dan peranan guru dengan pencapaian akademik pelajar sekolah. International Research Journal of Eduacation and Sciences, 4(1): 1-12.

Mohamad Yazid Mohamad. 2016. Kekerapan penggunaan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Saiful Othman & Nor Azwahanum Nor Shaid. 2021. Isu dan cabaran guru Cina dalam pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. International Journal of Humanities, Philosophy and Language, 4 (16): 1-15.

Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli & Siti Saniah Abu Bakar. 2018. Kekangan pelajar dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. International Conference on the Teaching and Laearning of Language 2017 at Kuching Sarawak. https://www.researchgate.net/publication/326548936_Kekangan_Pelajar_dalam_Mempelajari_Bahasa_Melayu_sebagai_Bahasa_Asing (Diakses pada 21 Februari 2024)

Nor’Azian Nahar & Fadzilah Abd Rahman. 2018. Tahap penguasaan kemahiran bertutur Bahasa Melayu dalam kalangan penutur bukan penutur natif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1): 74-83.

Nora’azian Nahar. 2018. Tahap profisiensi Bahasa Melayu dan hubungannya dengan status sosioekonomi, motivasi belajar dan pencapaian akademik dalam kalangan murid bukan penutur natif di sekolah jenis kebangsaan. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Noradilah Aziz & Lai Wei Sieng. 2019. Impak pendidikan berasaskan teknologi terhadap peningkatan prestasi pelajar di UKM. Jurnal Personalia Pelajar, 22(1): 69-75.

Nur Fatin Zulkifli. 2017. Tahap penguasaan Bahasa Melayu pelajar Cina di Sebuah Sekolah Menengah Persendirian Cina Klang. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Nurhidayah Mat Husin & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. 2023. Penguasaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid Tahun 1 di SJKC dari perspektif guru. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1): 279-292.

Nurhijrah Zakaria, Zuria Mahmud & Mohd Mahzan Awang. 2020. Penggunaan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah realiti dan cabaran di sekolah pelbagai etnik. Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu Kedua 2019 (SAPBaSBuM 2 2019), hlm. 1152-1166. Serdang: Penerbitan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiyi Putra Malaysia.

Siti Salwah Atan & Jamaludin Badusah. 2013. Aplikasi rangkaian sosial Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1): 31-41.

Suresh Kumar N Vellymalay. 2014. Bahasa interaksi dan hubungan antara etnik dala kalngan murid di bilik darjah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(3): 14-28.

Sylvester Lau Yueh Wei, Alizah Lambri & Rosliah Kiting. 2020. Penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu murid bukan penutur jati di Bintulu, Sarawak. Journal of Social Science, 6(1): 33-42.

Tan, H.H. 2021. Permasalahan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Daerah Batu Pahat Johor. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Tan, P.K. 2018. Enhancing language education in Malaysia: Policies and initiatives. Asian Englishes, 20(2): 107-121.

Tan Shi Yun & Ruslin Amir. 2018. Hubungan antara faktor persekitaran sosial dengan pencapaian Bahasa Melayu Murid Cina SJKC di Kuala Kangsar. Proceeding of the 30th Australian Computer-Human Interaction (OzCHI’18), pp. 300-314. Melbourne.

Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zamri Mahamod. 2020. Sosiolinguistik dan Pengajaran Bahasa. Cetakan Keempat. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod. 2022. Linguistik Terapan dan Pengajaran Bahasa. Edisi Kedua. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod. 2023.Kaedah Mengajar Bahas Melayu. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zuraini Ramli. 2018. Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua. Tanjung Malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.