TAHAP PENGETAHUAN DAN AMALAN LIMA AKTIVITI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU TAHAP 1 SEKOLAH RENDAH DI DAERAH SEGAMAT (Level of Knowledge and Practive of Five Classroom Assessment Activities among Level 1 Malay Language Teachers of Primary School at Segamat District)

FATIN NADIA AHMAD KAMIL, LIDYA ABDUL TALIB, ANGELINE DERONG, EMILEN SELIMAN, PHOR SEAU LI

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini membincangkan pengetahuan dan amalan lima aktiviti pentaksiran bilik darjah (PBD) dalam kalangan  guru Bahasa Melayu Tahap 1 sekolah rendah di daerah Segamat, Johor. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap amalan terhadap lima aktiviti PBD dalam kalangan guru Bahasa Melayu Tahap 1 di daearah Segamat, Johor  serta mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dan amalan lima aktiviti PBD dalam kalangan guru Bahasa Melayu Tahap 1 di daerah Segamat, Johor. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantatitif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik mengikut skala Likert. Responden melibatkan 140 orang guru Bahasa Melayu Tahap 1 sekolah rendah sekitar daerah Segamat. Data maklumat yang diperoleh telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian Stastistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 28.0 dan penghuraian berdasarkan peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan terhadap lima aktiviti PBD adalah tinggi min 3.92. Bagi tahap amalan pula adalah tinggi dengan min 3.92. Seterusnya terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dangan amalan bagi lima aktiviti PBD dengan r=0.876. Dapatan kajian dapat membantu kepada guru-guru Bahasa Melayu Tahap 1 akan pentingnya penguasaan terhadap pengetahuan dan amalan terhadap lima aktiviti PBD bagi mewujudkan pentaksiran  yang berkesan serta berkualiti dalam pentaksiran Bahasa Melayu.

Kata Kunci: Lima aktiviti, Pentaksiran bilik darjah, Guru Bahasa Melayu, Sekolah rendah

ABSTRACT:  This study discusses the knowledge and practice of five classroom assessment activities (PBD) among Malay Level 1 primary school teachers in Segamat district, Johor. The objective of the study is to identify the level of knowledge and practice of five PBD activities among Level 1 Malay teachers in Segamat, Johor as well as to identify the relationship between knowledge and practice of five PBD activities among Level 1 Malay teachers in Segamat, Johor. This study uses a quantitative approach with a survey research design. The instrument used is a questionnaire according to the Likert scale. Respondents involved 140 Bahasa Melayu Level 1 primary school teachers around the Segamat district. The information data obtained was  processed and analyzed using the software Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) version 28.0 and analysis based on percentage and mean. The results of the study show that the level of knowledge of the five PBD activities is high with a mean of 3.92. As for the level of practice, it is high with a mean of 3.92. Next, there is a significant relationship between the level of knowledge and practice for the five PBD activities with r=0.876. The research findings is to make Level 1 Malay teachers aware of the importance of mastering the knowledge and practice of the five PBD activities in order to create effective and quality assessment in Malay language assessment.

 

Keywords: Five activities, Classroom assessment, Malay language teacher, Primary school

 


Full Text:

PDF

References


Abdul Said Ambotang & Shanti Gobalakrishnan. 2017. Tahap integriti dan kesediaan guru dengan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. International Journal of Education, Psychology Counseling, 2(4): 1-22.

Adi Badiozaman Tuah. 2007. National Education Assessment System: A proposal towards a more holistic education assessment system in Malaysia. International Forum on Educational Assessment System: Looking Ahead, 20-23 April 2007, Petaling Jaya.

Aniza Ahmad & Zamri Mahamod. 2016. Tahap kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah menengah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah berdasarkan jantina, opsyen dan tempat mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(1): 18-29.

Bandura, A. 1977. Social Learning Theory. New York: Prentice-Hall.

Che Aleha Ladin & Md Nasir Ibrahim. 2015. Pentaksiran berasaskan sekolah Pendidikan Seni Visual sekolah menengah di Malaysia. Imajinasi: Jurnal Seni, 9(1): 63-70.

Chua Yan Piaw. 2013. Mastering Research Statistics. New Jersey: McGraw Hill Education.

Creswell, J.W. 2014. A Concise Introduction to Mixed Methods Research. Thousand Oaks, CA: SAGE Publications.

Eyisi Daniel. 2016. The usefulness of qualitative and quantitative approaches and methods in researching problem-solving ability in Science Education Curriculum. Journal of Education Practice, 7(15): 91-100.

Fakhri Abdul Khalil & Mohd Isha Awang. 2016. Isu kesediaan guru dalam amalan melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah. Journal of Social Science, 2(1): 1-7.

Filak, V.F. 2003. Student psychological need satisfaction and college teacher-course evaluations. Educational Psychology, 23(3): 235-247.

Gaganpreet Sharma. 2017. Pros and cons of different sampling techniques. International Journal of Applied Research, 3(7): 749-752.

Gareis, C.R. & Grant, L.W. 2015. Teacher-Made Assessments: How to Connect Curriculum, Instruction and Student Learning. New York: Routledge.

Halimah Jamil & Rozita Radhiah Said. 2019. Pelaksanan penskoran pentaksiran lisan Bahasa Melayu dalam pentaksiran bilik darjah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(2): 25-36.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2010. Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Pentaksiran Bilik Darjah. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Lee, H.Y. & Mohd Zahuri Khairani. 2018. Pelaksanaan PBS guru-guru PSV hilir Perak dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan estetik. KUPAS SENI: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 6: 1-10.

Md. Said Md Daimon. 2019. PBD dan PLC: Pelaksanaannya dalam merealisasikan kemanjadian murid. Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat. Johor.

Munoz, A.M., Kemp, S., Hollowood, T. & Hort, J. 2018. Comparison of descriptive analysis methods. Descrip Anal Sens Eval, 679-709.

Nor Zaiton Hanafi & Jamaludin Badusah. 2016. Pentaksiran berasaskan sekolah dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Kelima, hlm. 539-546. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noraini Bidin & Zamri Mahamod. 2016. Kesediaan murid sekolah menengah terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6 (1): 64-76.

Norazilawati Abdullah, Noraini Mohamed Noh, Rosnidar Mansor, Abdul Talib Hashim & Wong, W.T. 2015. Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru sains. Jurnal Pendidikan Sains Matematik Malaysia, 5(1), 89-102.

Popham, W.J. 2009. Assessment literacy for teachers: Faddish or fundamental? Theory into Practice, 48(1): 4-11.

Ramlah Ab. Khalid, Jamil Ahmad & Analisa Hamdan. 2015. Pembentukan sikap positif guru terhadap pelaksanaan aktiviti pentaksiran. Journal of Personalized Learning, 1(1): 77-84.

Ravikumar Varatharaj. 2015. Amalan pentaksiran dalam PdP Kurikulum Standard Sekolah Rendah di Sekolah Kluster. Jurnal Dedikasi, 9: 1-17

Sh. Siti Hauzimah Wan Omar. 2019. Pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah Bahasa Melayu di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1): 56-67.

Siti Hayati Mohd Yusoff & Lee, H.Y. 2018. Pengetahuan dan kesediaan guru PSV Hilir Perak dan Bagan Datuk dalam melaksanakan PBS dalam PdP. Jurnal Dedikasi, 14: 122-142.

Wiersma, W. 1995. Research Methods in Education: An Introduction. Boston: Allyn & Bacon.

Xu, Y. & Brown, G.T.L. 2016. Teacher assessment literacy in practice: A reconceptualization. Teaching and Teacher Education, 58(2): 149-162.

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2010. Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Panduan untuk Guru Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod. 2024. Kaedah Mengajar Bahasa Melayu. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.