PENGETAHUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU KESUSASTERAAN MELAYU (Knowledge of Information and Communication Technology in Teaching and Learning of Malay Literature Teachers)

NOOR SYAZWANI RONI, ZAMRI MAHAMOD

Abstract


ABSTRAK:  Pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan kemahiran penting yang perlu dipelajari oleh guru Kesusasteraan Melayu (KM). Dengan mengaplikasikan TMK dalam PdP, para pelajar akan dapat dilengkapi dengan kemahiran bernilai tambah yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran kerja berkumpulan, komunikasi, inovasi, kreativiti dan lain-lain. Terdapat dua objektif kajian yang dikemukakan iaitu bagi mengenal pasti tahap pengetahuan TMK guru KM dan mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan TMK berdasarkan kategori sekolah dan pengalaman mengajar. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian untuk mengutip data. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 25 sebagai alat untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Kajian ini melibatkan 182 orang guru KM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan TMK guru KM berada pada tahap yang tinggi. Ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan TMK berdasarkan kategori sekolah. Ujian ANOVA Sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan TMK guru KM dengan pengalaman mengajar. Oleh itu, guru KM perlulah menguasai pengetahuan TMK agar PdP KM lebih menarik, menyeronokkan serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sokongan daripada pelbagai pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri, pentadbir sekolah dan rakan guru sangat diperlukan agar proses penerapan TMK dapat dilaksanakan dengan baik dalam PdP bilik darjah.

Kata Kunci: Pengetahuan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pengajaran dan pembelajaran, Guru kesusasteraan Melayu 

ABSTRACT:  The knowledge of information and communication technology (ICT) in the teaching and learning process (TL) is an important skill that Malay Literature (ML) teachers need to learn. By applying ICT in TL, students will be equipped with other value-added skills such as thinking skills, group work skills, communication, innovation, creativity and others. There are two objectives of the study presented to identify the level of ICT knowledge of ML teachers and to identify the differences in the ICT knowledge level based on school category and teaching experience. This study is quantitative by using a questionnaire as a research tool to collect data. Data was analyzed using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Statistics 25 as a tool for descriptive and inferential data description. This study involved 182 ML teachers. The findings of the study show that the level of ICT knowledge of ML teachers is at a high level. The t-test shows that there is no significant difference between ICT knowledge based on school category. A One-way ANOVA test showed that there was no significant difference between ML teachers' ICT knowledge and teaching experience. Therefore, ML teachers need to master the knowledge of ICT so that TL ML is more interesting, fun and achieve the objectives that have been set. Support from various parties such as the Malaysian Ministry of Education (KPM), the State Department of Education, school administrators and fellow teachers is very necessary so that the process of applying ICT can be implemented well in TL classrooms.

Keywords: Knowledge, Information and Communication Technology, Teaching and learning, Malay literature teacher

 


Full Text:

PDF

References


Abd. Rahman Daud. 2014. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri: Ke arah memartabatkan profesion perguruan. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 7: 1-8.

Aluyah Suhai. 2011. Keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran al Quran di SK. Abang Haji Matahir Sarikei. Latihan Ilmiah. Open University Malaysia.

Ani Omar. 2016. Integrasi Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kesusasteraan Melayu Mempertingkatkan Keyakinan dan Keberhasilan Guru Semasa Latihan Mengajar. Journal of Physiology and Biochemistry, 9: 13-25.

Asbah Razali, Fauziah Ani & Siti Nor Azhani Mohd Tohar. 2020. Cabaran Masyarakat Hari Ini: Malaysia dalam Menghadapi Perubahan Sosial dan Revolusi Industri 4.0. Nilai: Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Azizi Yahya, Nordin Yahya & Zurihanmi Zakariya. 2006. Psikologi Kognitif. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Bani Hidayat Mohd Shafie. 2020. Pelaksanaan PdP dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 dan 2 COVID-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(2): 213-221.

Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 1: Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mac Graw Hill.

Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. 2000. Research Methods in Education. London: Routledge Falmer.

Emily Angelina Charles Terry, Nurfaradilla Mohamad Nasri & Ahmad Zamri Mansor. 2021. Tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru Bahasa Iban sekolah rendah daerah Sri Aman terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran Bahasa Iban. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1): 342-354.

Fatin Ardani Zamri. 2021. Penggunaan media sosial sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di IPT. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hair, J.F., Black, W.C., Babin, B.J., Anderson, R.E., 2010. Multivariate Data Analysis. Seventh Edition. Englewood Cliffs: Prentice Hall.

Hasnuddin Ab Rahman, Norfaizuryana Zainal & Nor Azzarahton Ab Karim. 2015. Keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam bagi Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur. International Conference on Information Technology & Society, hlm. 238-252.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. KBAT Inisiatif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Sekolah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Sekolah Menengah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psycological Measurement, 30: 607-610.

Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon. 2015. Pengenalan kepada Pendekatan Kuantitatif dalam Penyelidikan Pendidikan. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan & Mohd Isa Hamzah. 2017. Tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru pendidikan Islam sekolah menengah di Selangor terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran pendidikan Islam. ASEAN Comparative Education Reearch Journal on Islam and Civilisation, 1(1): 1-13.

Marni Izzati Kamaruddin. 2020. Perbezaan tahap pengetahuan, penggunaan dan penerimaan guru Bahasa Melayu berdasarkan faktor umur dan pengalaman mengajar ketika mengaplikasikan persekitaran pembelajaran maya. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(2): 15-28.

Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah. 2010. Sikap guru Bahasa Melayu tehadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran di sekolah-sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1): 59 69.

Muhammad Ajwad Mohd Suhaimi1 & Harun Baharudin. 2021. Tahap kemahiran dan penggunaan guru-guru pendidikan Islam dalam pembelajaran maya Google Classroom sepanjang pandemik COVID-19. Proceedings of International Conference on Business Studies and Education, hlm. 978-967.

Mohd Amir Mohd Zahari et al. 2020. Application of ICT in teaching and learning Malay Literature to generate students’ creativity. International Journal of Academic Research in Business and Social Science, 10(11): 156-173.

Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Norakmar Omar, Siti Noor Ismail & Abd Latif Kasim. 2020. Karakter kepimpinan teknologi pengetua dalam pengintegrasian ICT di sekolah menengah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 28–46.

Moralista, R.B. & Oducado, R.M.F. 2020. Faculty perception toward online education in a state college in the Philippines during the Coronavirus Disease 19 (COVID-19) pandemic. Universal Journal of Educational Research, 8(10): 4736-4742.

Munirah Husna Baharuddin, Abdul Razaq Ahmad & Noria Munirah Yakub. 2015. Pengajaran dan pembelajaran Sejarah abad ke-21: Isu dan cabaran. Proceeding: 7th International Seminar on Regional Education, hlm. 1-7.

Noradilah Aziz & Lai Wei Sieng. 2019. Impak pendidikan berasaskan teknologi terhadap peningkatan prestasi pelajar UKM. Jurnal Personalia Pelajar, 22(1): 69-75.

Noor Athirah Moktar, Areen Sherryna Abdul Halim & Kamarul Azmi Jasmi. 2019. Media sosial dan kaedah pengajaran menurut Islam. Seminar Sains Teknologi dan Manusia, hlm. 211-226.

Nur Aisyah Kamaluddin & Hazrati Husnin. 2021. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(2): 333-343.

Rohayati Ismail, Ahmad Fauzi Mohd Ayub & Othman Talib. 2014. Hubungan antara kompetensi guru, sokongan dan prasarana sekolah dengan sikap guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Sain dan Matematik Malaysia, 2(1): 51-64.

Rosilawati Zainol, Zainab Bakar & Sayed Jamaluddin Sayed Ali. 2005. Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (Gis) dalam Pendidikan. Jurnal Masalah Pendidikan, 123-138.

Sandy Kariki @ Gerald & Mohd Zaki Ishak. 2015. Pembangunan dan pengesahan instrumen pengukuran Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia: Sorotan literatur. 1st Proceedings ICLTE, hlm. 1-10.

Saravanan P. Veeramuthu, Mohamad Luthfi Abdul Rahman & Jelani Harun. 2021. Persepsi pelajar terhadap kesan pembelajaran kesusasteraan Melayu secara dalam talian. PENDETA Journal of Malay Language, Education & Literature, 12: 58-71.

Shah Rulbani Zakaria, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. 2017. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah pendidikan Islam di Politeknik Zon Selatan. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(1): 29-41.

Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid. 2016. Pengintegrasian blended learning dalam pembelajaran persekitaran maya Frog (VLE Frog). Dlm. Nabilah Othman, Chiang Wei Luan & Nurul Syaida Md Zuki (Editor). Pendidikan Abad Ke-21: Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Cabarannya. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Nurfitri Moyang & Khadijah Abdul Razak. 2022. Kompetensi guru pendidikan Islam menggunakan Google Meet untuk pengajaran al-Quran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(3): 1-17.

Talirkodi Vinathan. 2016. Hubungan motivasi guru dengan penggunaan ICT dalam pengajaran di SJKT Kuala Muda Yan. Proceeding of ICECRS, hlm. 1043-1054.

Ugartini Magesvaran & Zamri Mahamod. 2021. Aplikasi Google Meet sebagai medium pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Proceedings of International Conference on Business Studies and Education, hlm. 30-42.

Yahya Othman & Roselan Baki. 2008. Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa: Penguasaan Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan. 1st International Malaysian Educational Technology Convention.

Yusof Boon & Sani Ngatimin. 2011. Penggunaan makmal komputer dalam kalangan guru sekolah kebangsaan Zon Jementah, daerah Segamat dalam pengajaran dan pembelajaran: Satu tinjauan. Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational, 3: 132-147.

Venessa Phang Iywon & Nurfaradilla Mohd Nasri. 2020. Tahap kesediaan dan sokongan bagi pelaksanaan pendekatan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran guru sekolah rendah. International Journal of Education and Pedagogy, 2(4): 489-508.

Zamri Mahamod, Anita Abdul Rahman & Zarien Atierah Zamri (Pnyt.). 2021. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah: Isu dan Cabaran Pendidikan dalam Norma Baharu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman (Pnyt.). 2022. Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian: Isu dan Cabaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia


Refbacks

  • There are currently no refbacks.