MEDIATOR BAHASA SLANGA DALAM KALANGAN MURID DI MEDIA SOSIAL BERDASARKAN TEORI SOSIOKOGNITIF (Mediator of Slang Language Among Students on Social Media Based on Sociocognitive Theory)
Abstract
ABSTRAK: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat mediator bahasa slanga dalam komunikasi disebabkan oleh peniruan daripada media sosial berdasarkan Teori Sosiokognitif. Kajian ini melibatkan 35 orang murid sekolah menengah sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan disebabkan oleh terdapatnya permasalahan yang berlaku melibatkan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan murid di sekolah menengah. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penggunaan bahasa slanga dalam kalangan murid di sekolah menengah berpandukan Teori Sosiokognitif oleh Bandura (1989). Reka bentuk kajian kualititif digunakan di mana data diperoleh melalui pemerhatian semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta borang senarai semak. Senarai semak tersebut terdiri daripada dua bahagian, iaitu (i) jenis dan domain makna slanga dan (ii) bentuk-bentuk bahasa slanga murid. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat empat jenis bahasa slanga murid yang digunakan dalam komunikasi murid-murid di sekolah, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tanya. Kajian ini juga mendapati wujud proses-proses peniruan dalam tiga bentuk bahasa slanga yang digunakan dalam kalangan murid berdasarkan Teori Sosiokognitif seperti bentuk tunggal, akronim dan budaya. Kajian ini dapat menghuraikan bentuk peniruan bahasa slanga murid yang memberikan kesan kepada murid mengikut Teori Sosiokognitif seperti peniruan secara langsung, peniruan sekat lakuan, peniruan tak sekat lakuan, dan peniruan elisitasi. Implikasi kajian ini adalah penting bagi memahami impak penggunaan bahasa slanga dalam kalangan murid sekolah menengah dan bagaimana media sosial mempengaruhi tingkah laku linguistik mereka. Penemuan kajian ini dapat memberikan panduan kepada pendidik dan pembuat dasar pendidikan dalam merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan untuk meningkatkan penggunaan bahasa baku dalam kalangan murid. Melalui pemahaman yang mendalam tentang mekanisme peniruan bahasa slanga berdasarkan Teori Sosiokognitif, guru-guru dapat merancang aktiviti pengajaran yang dapat mengurangkan penggunaan bahasa slanga yang berlebihan dan menggalakkan penggunaan bahasa baku yang betul. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk penyelidikan lanjut dalam bidang sosiolinguistik dan pendidikan, terutamanya dalam konteks penggunaan media sosial dan pengaruhnya terhadap bahasa dan komunikasi dalam kalangan murid sekolah.
Kata kunci: Mediator, Slanga, Media sosial, Teori Sosiokognitif
ABSTRACT: This study aims to look at the mediators of slang in communication due to imitation from social media based on Sociocognitive theory. The study involved 35 high school students as a sample. This study was conducted due to the presence of problems involving the use of slang among students in secondary schools. Therefore, this study was conducted because it wanted to see the level of use of slang among students in secondary schools in more depth guided by the exact theory of Sociocognitive theory by Bandura (1989). The study design used is a qualitative study because it collects data through two processes, namely observation during teaching and learning activities carried out and checklist form. The checklist consists of two parts, (i) types and domains of slang meanings and (ii)is a form of youth slang. The results of this study show that there are four types of youth slang used in communication of students in school, namely nouns, verbs, adjectives and questions. This study can also analyze the processes of imitation that create three forms of slang used among adolescents based on Sociocognitive theories such as singular, acronym and culture. This study can describe the form of imitation of adolescent slang that affects pupils according to Sociocognitive theory. such as direct imitation (observational learning), inhibition imitation, disinhibition imitation, and elicitation imitation. The implications of this study are important for understanding the impact of slang use among high school students and how social media affects their linguistic behavior. The findings of this study can provide guidance to educators and educational policy makers in designing more effective teaching strategies to improve the use of standard language among students. Moreover, through a deeper understanding of the mechanisms of slang mimicry based on Sociocognitive theory, teachers can design teaching activities that reduce excessive use of slang and promote the correct use of standard language. The results of this study can also be used as a reference for further research in the field of sociolinguistics and education, especially in the context of the use of social media and its influence on language and communication among school students.
Keywords: Mediator, Slang, Social Media, Sociocognitive Theory
Full Text:
PDFReferences
Anne Jeffrey Kihob, & Saidatul Nornis Mahali. 2020. Reputasi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia berhadapan dengan cabaran peredaran zaman. Jurnal Bahasa dan Linguistik, 15(2), 56-72.
Bandura, A. 1986. Social Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Theory. New Jersey: Prentice-Hall.
Bandura, A. 1989. Human agency in social cognitive theory. American Psychologist, 44(9), 1175-1184.
Muhammad Zaid Daud &Mary Fatimah Subet. 2019. Slanga dan Simbol Tumbuhan dalam Komunikasi Lisan Masyarakat Melayu: Pendekatan Semantik Inkuisitif. Jurnal Pengajian Melayu, 30(1), 108-136.
Mohamad Suhaizi Suhaimi & Fatin Syamira Shamsull. 2022. Perubahan penggolongan leksikal slanga dalam kalangan pempengaruh media sosial: Analisis medan makna. Jurnal Melayu, 21(2), 51.
Norliya Ibrahim. 2022. The use of slang in Malaysian youth culture. Malaysian Journal of Communication, 38(2), 115-130.
Norfarahdila Jamali & Sa’adiah Ma’alip. 2018. Fenomena penggunaan bahasa slanga dalam kalangan murid Felda di Gugusan Felda Taib Andak: Suatu tinjauan sosiolinguistik. Jurnal Wacana Sarjana, 2(3), 1-1.
NorFaiszah Arbain & Sa’adiah Ma’alip. 2017. Fenomena berbahasa Generasi Y: Satu kajian dalam novel Awek Chuck Taylor. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1), 1-14.
Noor Fazerra Paijin, Nuratikah Ja’afar & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. 2022. Penggunaan Bahasa Slanga dalam Akaun Twitter “Brgsjks”. Jurnal Wacana Sarjana, 6(3), 1-13.
Minah Sintian. 2017. Penggunaan slanga dalam kalangan pelajar Kadazan Dusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu, 4(1), 75-88.
Tengku Fariqul Haq & Harishon Radzi. 2018. Slanga sebagai wahana komunikasi dalam kalangan murid di Bengkalis. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1).
Julaina Nopiah & Noratikah Lawi. 2023. Bahasa Slanga dalam Kalangan Masyarakat di Media Sosial: Pendekatan Semantik Inkuisitif. Jurnal Linguistik, 27(2), 43-59.
Refbacks
- There are currently no refbacks.