PERBEZAAN DAN HUBUNGAN ANTARA TAHAP PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DALAM MENERAPKAN PEMBELAJARAN DIGITAL BERDASARKAN FAKTOR JANTINA DAN PENGALAMAN MENGAJAR (Differences and Relationships between Levels of Knowledge, Skills and Attitudes of Primary School Malay Language Teachers in Applying Digital Learning Based Gender Factors and Teaching Experience)
Abstract
ABSTRAK: Pembelajaran digital merupakan sebarang jenis pembelajaran yang disertakan dengan teknologi atau amalan pengajaran yang menggunakan teknologi secara berkesan. Pembelajaran dan pendidikan masa kini telah dipengaruhi oleh pembelajaran digital yang berteraskan kepada transformasi pendidikan dalam mengejar arus pendidikan yang semakin berkembang pesat. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti melihat perbezaan dan hubungan antara tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Bahasa Melayu menerapkan pembelajaran digital dalam PdP berdasarkan faktor jantina dan pengalaman mengajar. Kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Seramai 112 guru Bahasa Melayu Zon Semenyih, Hulu Langat yang dipilih secara rawak bertujuan dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dianalisis secara analisis inferensi menggunakan ujian-t dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap antara guru lelaki dengan guru perempuan Bahasa Melayu dalam menerapkan pembelajaran digital ketika PdP di bilik darjah. Ujian kolerasi Pearson juga mendapati bahawa tidak ada hubungan signifikan terhadap tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah menjalankan pembelajaran digital berdasarkan pengalaman mengajar. Implikasi kajian menunjukkan bahawa faktor jantina dan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu tidak dipengaruhi oleh faktor pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam menerapkan pembelajaran digital ketika mengajar.
Kata kunci: Tahap Pengetahuan, Tahap Kemahiran, Sikap, Faktor Jantina, Faktor Pengalaman Mengajar, Guru Bahasa Melayu
ABSTRACT: Digital learning is any type of learning that is accompanied by technology or teaching practices that use technology effectively. Today's learning and education has been influenced by digital learning which is based on the transformation of education in pursuit of the current of education which is growing rapidly. Therefore, this study was carried out to identify and see the differences and relationships between the level of knowledge, skills and attitudes of Malay language teachers applying digital learning in teaching and learning (PdP) based on gender factors and teaching experience. A survey method using a questionnaire is used as a research instrument. A total of 112 Malay language teachers in the Semenyih Zone, Hulu Langat who were randomly selected for the purpose of being selected as study respondents. The research data was analyzed by inferential analysis using t-test and Pearson's correlation. The findings of the study show that there is no difference in the level of knowledge, skills and attitudes between male and female Malay language teachers in applying digital learning during PdP in the classroom. The Pearson correlation test also found that there is no significant relationship between the level of knowledge, skill level and attitude of primary school Malay language teachers to conduct digital learning based on teaching experience. The implications of the study show that the factors of gender and teaching experience of Malay language teachers are not influenced by the knowledge, skills and attitudes of teachers in applying digital learning when teaching.
Keywords: Knowledge Level, Skill Level, Attitude, Gender Factor, Teaching Experience Factors, Malay Language Teacher
Full Text:
PDFReferences
Abdul Halim Abdullah. 2020. COVID-19 buka mata warga pendidik dan pelajar. Berita Harian, 28 Mac. Diakses pada 21 Mei 2024, daripada https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/20 20/03/670374/COVID-19-buka-mata-wargapendidik-pelajar
Chua Yan Piaw. 2013. Mastering Research Statistics. Petaling Jaya: McGraw Hill Education.
Creswell, J.W. 2014. A Concise Introduction to Mixed Methods Research. Thousand Oaks, CA: SAGE Publications.
Emily Angelina Charles Terry, Nurfaradilla Mohamad Nasri & Ahmad Zamri Mansor. 2021. Tahap pengetahuan dan kesediaan guru bahasa Iban sekolah rendah daerah Sri Aman terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran bahasa Iban. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1): 683-695.
Foster, J.J. 1998. Data Analysis Using SPSS for Windows: A Beginner’s Guide. London: SAGE Publications.
Geoffrey F.C. Lim, Norshamshizar Abdul Jalil & Marlissa Omar. 2024. Pengintegrasian teknologi dalam pendidikan: Cabaran guru. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistic, 8(1): 49-67.
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. 2018. Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan. Amalan dan Analisis Kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Hairol Anuar, Hazura Mohamed, Hairulliza, Siti Fadzila & Zawiyah. 2012. Jurang digital pendidikan di luar bandar: Tahap literasi teknologi maklumat dan komunikasi pelajar. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 1: 1-13.
Idawarna Hasin, Rashidah Othman, Noor Syahida Abdullah, Kartini Mohd Yusoff & Mohd Roslan Ab Rahman. 2022. Isu dan cabaran pembelajaran digital dalam transformasi pendidikan negara pasca COVID-19. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI. 15(2),23-32.
Intan Marfarinna Omar & Simah Mamat. 2021. Tahap pengetahuan teknologi, kemahiran dan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pemudahcaraan KOMSAS guru bahasa Melayu di Kelantan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(1): 47-60.
Ismail, M.N. 2015. Nilai Cipta-Sama Sistem Pengurusan Pembelajaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Julianah Elman, Abdullah Yusof, Anida Sarudin & Mohd Sufian Ismail. 2023. Penggunaan bahan bantu mengajar digital dalam pembelajaran secara maya semasa pandemik. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(6): 12-24.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2023. Dasar Pendidikan Digital. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Maimun Aqsha Lubis, Siti Hajar Taib, Usiono, Ikhwan Lubis & Aisyah Sjahrony. 2021. Integrasi ilmu dan inovasi pendekatan digital dalam pendidikan Islam mendepani era Revolusi Industri 4.0 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Journal on Islam and Civilization, 5(1), 27-41.
Mastura, M. & Santaria, R. 2020. Dampak pandemik COVID-19 terhadap proses pengajaran bagi guru dan siswa. Jurnal Studi Guru dan Pembelajaran, 3(2): 289-295.
Meenachi Dorasamy & Norazrena Abu Samah. 2022. Tahap pengaplikasian media digital dalam kalangan guru bahasa Tamil sekolah rendah. Innovative Teaching and Learning Journal, 6(1): 10-15.
Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhamad Nazrul, Muhammad Helmi Norman & Noorhayati Mohd Noor. 2021. Keberkesanan penggunaan realiti maya dalam kurikulum pendidikan Malaysia. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1): 729-737.
Noor Syazwani Roni & Zamri Mahamod. 2024. Pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran guru kesusasteraan Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 14(1): 51-61.
Noormarizan Mohamed Nawi & Ariff Mohamad. 2024. Hubungan penguasaan teknologi dalam pengajaran bahasa Melayu secara dalam talian terhadap kemahiran mendengar dan bertutur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 9(4): 1-17.
Norizzathy Agir & Mohd Affendi. 2022. Literasi dan kewarganegaraan digital: Konsep dan srategi implementasi dalam pendidikan di Malaysia. Malaysian Juornal of Sciences and Humanities, 5(1) 1-9.
Norlela Ahmad & Shamsudin Othman. 2020. Penggunaan kaedah Didik Hibur dalam pengajaran kemahiran membaca guru bahasa Melayu sekolah rendah. International Journal of Education and Training, 6(2): 1-11.
Pallant, J. 2007. SPSS survival manual: A Step by Step Guide to Data Analysis Using the SPSS for Windows (version 10 and 11). 3rd Edition. Maidenhead: Open University Press.
Papadakis, S. 2018. The use of computer games in classroom environment. International Journal of Teaching and Case Studies, 9(1): 1-25.
Sameri, M.K.N. 2018. Pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam melalui Learning Management System (LMS) Cidos: Suatu kajian tinjauan di Politeknik Mersing Johor Bahru Malaysia. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 6(2): 75-93.
Sarvinthanraj Subramaniam & Zamri Mahamod. 2024. Kompetensi guru bahasa Melayu di sekolah swasta dalam menggunakan teknologi digital dalam pengajaran KOMSAS. Jurnal Dunia Pendidikan, 6(1): 433-445.
UNESCO. 2015. Gender and education for all 2000–2015: Achievements and challenges. Paris.
Urmadin, Y. 2017. Menjadi Orang Tua dari Generasi Alpha. Diakses pada 15 Mei 2024, daripada http://www.familyguideindonesia.com/assets/widget/file/FG_44_Calameo.pdf.
Yagneswary, Mohd Mahzan Awang & Norasmah Othman. 2024. Pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sejarah dalam menggunakan aplikasi-aplikasi pembelajaran digital terkini. Malaysia Journal of Social Science and Humanities, 9(4).
You Eng, C. & Choon Keong, T. 2019. Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan di Malaysia: Satu kajian meta analisis. Jurnal Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan, 6(8).
Refbacks
- There are currently no refbacks.