ANALISIS ELEMEN NILAI-NILAI MURNI TERHADAP KANDUNGAN PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 4 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (Elemental Analysis of Pure Values againts the Content of Proverbs in Year 4 Malay Language Textbooks of National Type School)

NUR HIDAYAH AWANG, NOR AZWAHANUM NOR SHAID

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka kandungan peribahasa yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 yang digunakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan menganalisis elemen nilai-nilai murni melalui pembelajaran peribahasa di sekolah seperti yang telah termaktub dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (KPM 1996). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan terhadap Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 yang digunakan di SJK. Hasil kajian ini mendapati terdapat 20 unit peribahasa Melayu yang terkandung di dalam Buku Teks tersebut, 5 jenis peribahasa yang digunakan, iaitu 10 simpulan bahasa, 4 perumpamaan, 3 bidalan, 2 pepatah dan 1 kata-kata hikmat. Dalam penganalisisan data, analisis secara deskriptif digunakan untuk menggambarkan elemen nilai-nilai murni yang terkandung dalam peribahasa berdasarkan Teori Relevan Sperber dan Wilson (1986). Melalui penganalisisan data elemen nilai-nilai murni yang didapati oleh pengkaji iaitu, keberanian (4 kekerapan, 20%), berdikari (3 kekerapan, 15%), kerjasama (3 kekerapan, 15%) kejujuran (3 kekerapan, 15%), kerajinan (2 kekerapan, 10%), kebebasan (1 kekerapan, 5%), kesyukuran (1 kekerapan, 5%), bermasyarakat (1 kekerapan, 5%), kesederhanaan (1 kekerapan, 5%) dan kasih sayang (1 kekerapan, 5%). Kajian ini mendapati elemen nilai-nilai murni melalui pembelajaran peribahasa di sekolah dapat dijadikan sebagai persediaan dalam menghadapi kehidupan masa depan yang lebih mencabar emosi dan mental. Kesimpulannya, penerapan nilai-nilai murni di sekolah amat penting dalam membentuk sahsiah murid dan memperkaya pembelajaran, sekali gus akan mampu melahirkan generasi yang berbudi bahasa dan bertatasusila tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawa perlunya pendidikan budaya yang terintegrasi dalam kurikulum sekali gus dapat melahirkan generasi yang boleh mempertahankan budaya dan mengamalkan nilai-nilai murni yang telah dipelajari.

Kata Kunci: Nilai Murni, Peribahasa, Buku Teks Bahasa Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan

ABSTRACT: The aim of this study is to explore the content of the proverbs found in the Malay Textbook Year 4 used in National Type School (SJK) and to analyze the elements of good values through the learning of proverbs in schools as enshrined in the content of the National Education Philosophy (1996). This study used a qualitative method which is content analysis on the Malay Language Textbook Year 4 used in SJK. The results of this study found that there are 20 units of Malay proverbs contained in the Textbook, 5 types of proverbs used which are 10 idioms, 4 parables, 3 proverbs, 2 proverbs and 1 word of wisdom. In the data analysis, the analysis of the elements of pure values contained in proverbs that can be applied by students are such as self-reliance (4 frequency, 20%), rationality (4 frequency, 20%) love (2 frequency, 10%), justice (2 frequency, 10%), crafts (2 frequency, 10%), socializing (2 frequency, 10%), cooperation (1 frequency, 5%), high-mindedness (1 frequency, 5%), freedom (1 frequency, 5%) and gratitude (1 frequency, 5%). This study found that elements of pure values through learning proverbs at school can be used as preparation for facing a future life that is more emotionally and mentally challenging. In conclusion, the application of good values in school is very important in shaping the character of students and enriching learning in school at the same time will be able to produce a generation with good manners and high morals. culture and practice the noble values that have been learned.

Keywords: Proverbs, Pure Value, Malay Textbooks, Natinal Type School


Full Text:

PDF

References


Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. 2011. Kamus Peribahasa Kontemporari Edisi Ketiga. Gombak: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Aripin Said. 1992. Perihal peraturan dan nasihat dalam peribahasa Melayu. Pelita Bahasa 4(7): 42-43.

George Romiko Bujang & Mary Fatimah Subet. 2021. Meneroka Makna ungkapan dalam bahan seni bahasa tahun empat: Satu analisis semantik inkuisitif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(1): 68-79.

Indrawati Zahid. 1998. Peribahasa melayu: satu klasifikasi yang tiada penentu. Jurnal Dewan Bahasa, 42(11): 978-84.

Junaini Kasdan, Nor Hashimah Jalaluddin & Wan Nurasikin Wan Ismail. (2016). Ikan (Pisces) dalam peribahasa Melayu: Analisis semantik inkuisitif. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu, 4(1): 31-42.

Suoyan Hussin, Ding Choo Ming, Afendi Hamat & Arba’eyah Abdul Rahman. 2004. Kamus peribahasa Melayu digital yang pertama. 2004. SARI:Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 22: 49-61.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Pelajar Edisi Kedua. 2016. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Khairi Hj Othman. 2015. Penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah kini. Jurnal Pembangunan Sosial, 18(Jun): 1-20.

Lim Kim Hui. 2003. Build as the Malay mind: A philosophical study of malay ways of reasoning and emotion in peribahasa. Thesis PhD. University of Hamburg, Germany.

Lokman Abdul Samad. 2004. Peribahasa lambang kesarjanaan Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 2(2): 91-106.

Mahzan Awang, Noor Azam Abdul Rahman, Noraziah Mohd Amin & Abdul Raz. 2015. Analisis peribahasa Melayu dalam buku teks Bahasa Malaysia Tingkatan 4 dan 5: Perpaduan kaum sebagai medium pembentukan identiti kebangsaan. GEMA Online® Journal of Language Studies, 15(3): 95-111.

Marriane Tang Nguik Hong, Nur Farakhanna Mohd Rusli, Noor Syamshida Masa & Norfaizah Abdul Jobar. 2021. Analisis kefahaman makna peribahasa dalam kalangan murid berdasarkan Teori Relevans. Jurnal Linguistik, l(1): 1-20.

Mary Fatimah Subet & Mohd Ridzuan Md Nasir. 2019. Analisis semantik inkuisitif peribahasa bahasa Melayu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 16(2): 227-253.

Mohd Ridzuan Md. Nasir. 2019. Semantik inkuisitif dan penggabung jalinannya dengan pendidikan melalui kaedah pengajaran peribahasa Melayu. Tesis Dr. Falsafah. Universiti Malaysia Sarawak.

Muhammad Khairul Anam Ishak & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. 2021. Penerapan nilai-niali murni dalam pengajaran dan pembelajaran simpulan bahasa Melayu tahap 1 sekolah rendah: Analisis pragmatik. Asian People Journal, 4(1): 148-168.

Muhammad Zaid Daud. 2020. Unggas dalam peribahasa Melayu: Satu analisis semantik inkuisitif. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sarawak.

Mustari, M. I. Hashim, S. Suratman, A. Samat, A. B. Hamzah, A. R. & Abdullah, A. H. 2004. Kajian Sahsiah Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang, Kluang Johor. Research Vote no:71872, Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia.

Nik Azis Nik Pa. 1994. Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norsidah Ab. Hamid, Jamaludin Badushah & Fairose Sulaiman. 2010. Kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan pada peringkat menengah rendah. Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu pada 12-18 Jun.

Seah, W.T. & Bishop, A.J. 2000. Values in mathematics textbooks: A view through two Australasian regions. Kertas kerja 81st Annual Meeting of the American Educational Research Association. Anjuran New Orleans, LA, 24-28 April.

Sperber, D. & Wilson, D. 1986. Relevance: Communication and Cognition. New York: Blackwell.

Tajul Ariffin Nordin & Nor’Aini Dan. 1992. Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu (M) Sdn. Bhd.

Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab. Ghani & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. 2016. Penggunaan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina berdasarkan sikap dan kemahiran bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1): 38-51.

Zanariah Abdol. 2016. Peribahasa WATAFA. Edisi Keempat. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Zulkifley Hamid, Rahim Aman & Karim Harun. 2010. Sikap terhadap Bahasa Melayu: Satu kajian kes di Pantai Timur Semenanjung. Jurnal Melayu, 5: 163-176.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.