PENGARUH DIALEK KELANTAN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH MENENGAH (Influence of Kelantan Dialect in the Learning Malay Language in Secondary School)

NUR ELIANA MUHAMAD, NUR FARAHKHANNA MOHD RUSLI

Abstract


ABSTRAK: Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti kosa kata dialek Kelantan yang dituturkan oleh murid dalam pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan perubahan fonologi dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi penggunaan dialek Kelantan dalam kalangan murid sekolah menengah. Seramai lapan orang murid Tingkatan 3 di SMK Sultan Ibrahim Dua (2) telah dipilih sebagai responden. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data dengan melibatkan instrumen seperti alat perakam dan borang soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tujuh perubahan fonologi yang berlaku terhadap kosa kata dialek Kelantan yang dituturkan oleh murid dalam pembelajaran bahasa Melayu melibatkan perubahan vokal /a/ kepada [ɔ] di akhir kata, perubahan vokal /a/ kepada vokal [ε] di akhir kata, pengguguran konsonan /r/, pengguguran nasal di akhir kata, perubahan konsonan /s/ kepada konsonan [h] di akhir kata, perubahan konsonan /p, t, k/ kepada [ʔ] di akhir kata dan perubahan kata. Hasil kajian juga menunjukkan faktor keselesaan berkomunikasi, faktor keyakinan dan masalah penguasaan bahasa Melayu Standard mempengaruhi penggunaan dialek Kelantan dalam kalangan murid di sekolah menengah. Implikasinya, kajian ini dapat mengetengahkan kepentingan penggunaan bahasa Melayu Standard dan penggunaan dialek mengikut konteks dan situasi yang bersesuaian dalam komunikasi lisan.

Kata Kunci: Pengaruh, Dialek Kelantan, Pembelajaran Bahasa Melayu, Sekolah Menengah, Perubahan Fonologi

ABSTRACT: This paper aims to identify the vocabulary of Kelantan dialect spoken by students in learning Malay Language based on phonological changes and describe the factors that influences the use of the Kelantan dialect among students. Eight form 3 students from SMK Sultan Ibrahim Dua (2) was choosen as respondent. This is a qualitative and quantitative study. This study used library and observational methods to collect data by using voice recorder and questionnaires as the instruments. There are seven phonological changes that occur to the vocabulary of Kelantan dialect spoken by students in learning Malay Language, which involves the change of the vowel /a/ to [ɔ] at the end of the word, change of the vowel /a/ to the vowel [ε] at the end of the word, dropping the consonant /r/, dropping the nasal at the end of the word, changing the consonant /s/ to the consonant [h] at word endings, consonant changes /p, t, k/ to [ʔ] at the end of words and word changes. Also the result of the study show that communicating comfort factors, confidence and problems in the mastery of the standard Malay Language influence the usage of Kelantan dialect among students in secondary schools. The implication in this study highlight the important of using Standard Malay and the use of dialects according to the appropriate context in oral communication. 

Keywords: Influence, Kelantan Dialect, Malay Language Learning, Secondary School, Phonological Changes


Full Text:

PDF

References


Adi Yasran Abdul Aziz. 2012. Analisis koda berdasarkan kekangan dalam dialek Kelantan.GEMA Online Journal of Language Studies, 12(4): 1127-1145.

Adi Yasran Abdul Aziz, Raja Masittah Raja Ariffin, Mohd Sharifudin Yusop & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. 2014. Pengglotisan geseran /s/ dalam Bahasa Kerinci. GEMA® Online Journal of Language Studies, 14(3): 225-242.

Asmah Haji Omar. 1995. Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 2008. Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atika Hassan, Duli Kamit dan Evelyn Bangkang Jawi. 2021. Faktor-faktor yang mempengaruhi pertukaran kod dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1): 40-56.

Azrizan Abu Bakar & Karim Harun. 2015. Penggunaan kata ganti nama dialek kelantan dalam aplikasi WhatsApp. Jurnal Melayu, 14(2): 291-306.

Azrizan Abu Bakar & Karim Harun. 2019. Kata-kata Eksklusif Dialek Kelantan dalam Komunikasi Kumpulan WhatsApp. Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities, 89(1): 15-28.

Bandura, A. 1997. Self-efficacy: The Exercise of Control. New York: Freeman.

Clements, G.N. & Hume, E.V. 1995. The internal organization of speech sounds. In. Goldsmith, J.A. The Handbook of Phonological Theory. Virginia: Blackwell.

Hyman, L.M. 1975. Phonology: Theory and analysis. Los Angeles: University of Southern California.

McCarthy, J. J. (1988). Feature geometry and dependency: A Review. Phonetica, 43: 84-108.

Mohammad Shahrul Nizam Abd Wahid & Muhammad Zaid Daud. 2018. Individu dan pemilihan dialek: Kajian kes di Kota Samarahan, Sarawak. Multi-Diciplinary Research Journal, 3(3): 11-21.

Nik Safah Karim & Rozita Che Rodi. 2016. Bahasa Melayu Kelantan: Menggali Ilmu Menyusur Warisan. Kelantan: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Noor Rohana Mansor, Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. 2017. Dialek Melayu Terengganu Persisir Pantai. Kuala Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Nuradlin Syafini Nawi & Zaleha Embong. 2020. Pengaruh dialek dalam komunikasi terhadap tahap keyakinan diri murid sekolah menengah kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan. Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 3(1): 26-35.

Nur Azuki Yusuff & Khuazaiton Zakaria. 2018. Loghat Kelantan Pemangkin jati diri rakyat Kelantan: Kelestarian dan pemerkasaannya. INSANIAH: Online Journal of Language,Communication, and Humanities, 1(2): 25-39.

Nur Farahkhanna Mohd Rusli. 2015. Derivasi rumus reduksi vokal dan pembentukan glotis dalam Bahasa Kerinci. GEMA Online Journal of Language Studies, 15(3): 83-97.

Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Norfaizah Jobar & Nur Faaizah Md Adam. 2022. Kesalahan ejaan murid berdasarkan bunyi konsonan dalam ujaran guru: Analisis fonologi generatif. Issuesin Language Studies, 11(2): 37-60.

Nur Fatehah Zaini & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. 2021. Penggunaan dialek Terengganu dalam Sebutan Bahasa Melayu Standard oleh Bakal Guru Pelatih. Analisis Teori Pembentukan Jati Diri. E-Prosiding Projek Tahun Akhir. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

O’Brien, J. 2012. An experimental approach to debuccalisation & supplementary gestures. Doctoral Disstertation. Santa Cruz: University of California.

Pramela Krish, Kamisah Osman, Subahan T. & Zanaton Iksan. 2014. Persepsi murid prasiswazah Program Pengajian Bahasa Inggeris mengenai kecekapan kendiri dalam kemahiran kebolehgajian dalam sektor pekerjaan. Kajian Malaysia: Journal of Malaysian Studies, 32(2): 93-112.

Rohani Mohd Yusof & Noriah Mohamed 2006. Bahasa: Memeluk Akar Menyuluh ke Langit. dlm. Paitoon M. Chaiyanara et, al (Pynt). Singapura: Universiti Teknologi Nanyang.

Salinah Jaafar. 2015. Penggunaan bahasa ibunda secara inklusif dalam pendidikan dengan rujukan kepada Bahasa Melayu. Seminar Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa, Kelantan.

Sapura Dalmi. 2011. Dialek Kuala Kangsar Sebagai Entri dalam Kamus. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Siti Rahimah Mustaffa, Raja Masittah Raja Ariffin, Adi Yasran Abdul Aziz & Mohd Sharifudin Yusop. 2017. Pelestarian Dialek Kelantan di Besut dan Kaitannya dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal Bahasa, 17(1): 145-173.

Worchel, S., Rothgerber, H., Day, E.A., Hart, D. & Butemeyer, J. 1998. Social identity and individual productivity within groups. British Journal of Social Psychology, 37: 389-413.

Yahya Buntat & Muhamad Shahabudin Hassan. 2010. Kemahiran komunikasi dalam meningkatkan keyakinan diri murid: Satu tinjauan di kalangan Ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa. Universiti Teknologi Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.