PERSEPSI MURID TAHAP 2 TERHADAP PEMBELAJARAN KARANGAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH (Perception of Level 2 Students towards Malay Language Composition Learning in Primary School)

MOHD HARMAN MD. RODZI, ALIZAH LAMBRI

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meninjau persepsi murid-murid Tahap 2 terhadap pembelajaran karangan Bahasa Melayu di sekolah rendah. Penyelidikan ini menggunakan reka bentuk kuantitatif. Kajian tinjauan telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data yang melibatkan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik yang digunakan mengandungi sebanyak 10 item soalan yang meninjau persepsi murid terhadap pembelajaran karangan. Seramai 200 orang murid di tiga buah sekolah rendah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan, Perak telah dipilih sebagai responden. Para responden ini telah dipilih berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan (purposive sampling), iaitu terdiri dalam kalangan murid Tahap 2 yang mempunyai pengalaman mempelajari penulisan karangan. Hasil soal selidik menunjukkan murid kurang berminat dengan penulisan karangan. Hal ini disebabkan oleh stigma dalam kalangan murid bahawa penulisan karangan merupakan antara aspek yang sukar dipelajari dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kurangnya minat dalam kalangan murid terhadap penulisan karangan juga disumbangkan oleh faktor kesukaran yang dihadapi oleh murid untuk mengenal pasti dan mengolah isi karangan dengan baik. Oleh yang demikian, murid mengalami kesulitan untuk menghasilkan karangan yang bermutu, seterusnya menjejaskan markah mereka semasa ujian atau peperiksaan. Walau bagaimanapun, melalui maklum balas positif murid dalam beberapa item soal selidik, didapati bahawa kaedah pembelajaran berpusatkan murid merupakan kaedah yang paling sesuai diterapkan dalam penulisan karangan. Hal ini kerana murid menyatakan bahawa mereka melibatkan diri secara aktif di dalam kelas dan mengakui pencapaian mereka dalam penulisan karangan akan meningkat sekiranya guru menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan murid seperti teknik inovasi karangan.   

Kata Kunci: Persepsi Murid, Penulisan Karangan, Kaedah Berpusatkan Murid, Murid Tahap 2, Pensampelan Bertujuan

ABSTRACT: This study was conducted to examine the perceptions of Level 2 students towards the learning of Malay language composition in primary schools. This research uses a quantitative design. Survey research has been used as a data collection method involving questionnaires as the research instrument. The questionnaire used contains 10 items that survey students' perceptions of essay writing. A total of 200 students from three primary schools under the administration of the Kinta Selatan District Education Office, Perak, were selected as respondents. These respondents were selected based on the purposive sampling method, consisting of Level 2 students who have experience in learning essay writing. The results of the survey show that students are less interested in essay writing. This is due to the stigma among students that essay writing is one of the difficult aspects to learn in the Malay language subject. The lack of interest among students in essay writing is also contributed by the difficulty faced by students in identifying and organizing the content of the essay well. Therefore, students have difficulty producing quality essays, which in turn affects their scores during tests or examinations. However, through the positive feedback from students on several items in the questionnaire, it was found that the student-centered learning method is the most suitable method to be applied in essay writing. This is because the students stated that they actively participate in class and acknowledge that their achievement in essay writing will improve if the teacher uses student-centered learning methods such as the essay innovation technique.

Keywords: Student Perception, Essay Writing, Student-Centered Methods, Level 2 Students, Purposive Sampling


Full Text:

PDF

References


Ahmad Fikri Ab. Rahman & Zamri Mahamod. 2019. Teknik lakaran bersama peta alir i-Think meningkatkan kemahiran menjana idea murid etnik Lun Bawang dalam karangan autobiografi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1): 12-22.

Anthony Aloysius Akup & Yahya Othman. 2017. Keberkesanan peta pemikiran dalam meningkatkan kemahiran menulis esei Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1): 44-55.

Andrew Emparan, Rozita Radhiah Said & Roselan Baki. 2019. Meneroka penggunaan teknik flipped classroom dalam pengajaran kemahiran menulis. International Journal of Education and Training, 5(1): 1-8.

Avralinetine Epin & Nurfaradilla Mohamad Nasri. 2021. Modul Celik Karangan:Meningkatkan kemahiran dan minat murid Tahun Enam dalam penulisan karangan jenis fakta. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2): 130-143.

Chintella Tenggok & Nor Azwahanum Nor Shaid. 2023. Analisis kesalahan bahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid sekolah menengah. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1): 329-345.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin (2021). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 5. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2021. Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 6. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kubiszyn, T. & Borich, G. 2000. Educational Testing and Measurement: Classroom Applicationand Practice. 6th Edition. New York: John Wiley & Sons.

Marohaini Yusof. 2004. Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Md Fadzil Masri & Zamri Mahamod. 2020. Keberkesanan kaedah flipped classroom dalam meningkatkan kemahiran mengolah isi karangan murid-murid sekolah rendah. Journal of Borneo Social Transformation Studies, 6(1): 189-203.

Mohd Khir Kassim & Marzukhi Nyak Abdullah. 2009. Panduan KBSM. Karangan Gred A SPM. Shah Alam: Cerdik Publications

Norul Haida Hj. Redzuan. 2014. Modul Bijak Mengarang mempertingkat kemahiran menulis karangan. Jurnal Peradaban Melayu, 9: 54-62.

Nurul Fazlina Md. Rodi & Mariyati Mohd Nor. 2024. Analisis kelemahan penggunaan retorik penerangan dalam karangan Bahasa Melayu Murid Tingkatan Empat di SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka. Journal of Research, Policy and Practice of Teachers & Teachers Education, 14(1): 59-71.

Othman Talib. 2013. Asas Penulisan Tesis Penyelidikan dan Statistik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Roselan Baki. 2003. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Rubiaton Ibrahim & Jamaludin Badusah. 2018. Kemahiran menjana idea karangan mengunakan Beknik Bograf di sekolah rendah. Prosiding Seminar Pendidikan Transdisiplin (STEd 2018), hlm. 20–36. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syazwan Mohd Sanosi & Zamri Mahamod. 2021. Keberkesanan penggunaan Jejari Penanda Wacana dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 6(1): 102-110.

Yusfaiza Yusuff & Mohd Isha Awang. 2012. Aplikasi pembelajaran Jigsaw II dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2): 62-70.

Zulkifli Osman, Suzana Abu Hassan, Anida Sarudin, Husna Faredza Mohamed Redzwan. 2022. Kesan pendekatan Model STAD terhadap pencapaian karangan Bahasa Melayu Murid sekolah menengah berketurunan Cina di Malaysia. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 10(1): 60-72, 2022.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.