FAKTOR MASALAH BACAAN MURID DISLEKSIA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (Factors of Dyslexia Student’s Reading Problems in Malay Language Subjects)
Abstract
ABSTRAK: Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan masalah bacaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid disleksia. Seramai lima orang murid disleksia yang berumur antara tujuh hingga 14 tahun yang terdiri daripada kedua-dua jantina dan pelbagai bangsa telah dipilih sebagai responden. Kelima-lima responden kajian dipilih dari tiga buah sekolah kebangsaan rendah di Perak. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kualitatif. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data dengan melibatkan instrumen seperti borang maklum balas. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga faktor masalah bacaan murid disleksia yang diketengahkan, iaitu (i) faktor diri sendiri, (ii) faktor ibu bapa/penjaga, dan (iii) faktor persekitaran. Majoriti responden menghadapi masalah bacaan kerana tidak tahu membaca, tidak gemar membaca, merasa bosan ketika membaca dan tidak mengulang kaji di rumah. Hal tersebut membuktikan bahawa murid-murid tersebut tidak mempunyai semangat dan motivasi dalam diri masing-masing. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan ibu bapa/penjaga tidak memantau bacaan anak-anak di rumah dan tidak menghantar anak-anak ke kelas tambahan. Ibu bapa sewajarnya memantau pelajaran anak-anak bagi memastikan mereka mendapat pendidikan yang terbaik. Namun demikian, sekiranya ibu bapa tidak mempunyai masa yang panjang kerana tuntutan kerja, ibu bapa boleh menghantar anak-anak ke kelas tambahan. Selain itu, faktor persekitaran yang mempengaruhi murid disleksia ialah mereka lebih gemar menonton televisyen berbanding membaca bahan-bahan ilmiah. Implikasinya, kajian ini dapat menghuraikan faktor-faktor yang menjadi punca masalah bacaan murid disleksia dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Kata Kunci: Disleksia, Masalah Bacaan, Faktor, Mata Pelajaran Bahasa Melayu
ABSTRACT: This paper aims to identify the factors contributing to reading difficulties in Malay language among dyslexic students. A total of five dyslexic students, aged between seven and 14 years old, representing both genders and various ethnic backgrounds, were selected as respondents. All five study respondents were chosen from three primary national schools in Perak. This study is qualitative survey research. Data collection methods included literature review and observation, using instruments such as feedback forms. The findings reveal three main factors contributing to reading difficulties among dyslexic students: (i) personal factors, (ii) parental/guardian factors, and (iii) environmental factors. The majority of respondents struggled with reading due to lack of reading skills, a dislike for reading, boredom during reading, and the absence of study habits at home. This indicates that the students lack personal motivation and enthusiasm. The study also found that most parents/guardians do not monitor their children’s reading at home and do not send them to supplementary classes. Ideally, parents should monitor their children’s education to ensure they receive the best possible education. However, if parents do not have sufficient time due to work commitments, they could consider sending their children to extra classes. Moreover, an environmental factor influencing dyslexic students is their preference for watching television over reading academic materials. The implications of this study clarify the factors causing reading difficulties in Malay language subjects among dyslexic students.
Keywords: Dyslexia, Reading Problem, Factor, Malay Language Subjects
Full Text:
PDFReferences
Anis Farhana Mohd Kassim, Azlina Mohd Khir & Mohd Ziyad Afiq Zaharim. 2019. Motivasi membaca, persekitaran membaca di rumah dan sikap membaca dalam kalangan pelajar di Universiti Putra Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 4(6): 92-100.
Azleenda Salahudin. 2023. Disleksia bukan halangan raih keputusan cemerlang SPM 2022. Sinar Bestari. Dicapai daripada https://sinarbestari-sinarharian-com.my.cdn.ampproject.org/v/s/sinarbestari.sinarharian.com.my/ampArticle/181718?amp_gsa=1&_js_v=a9&usqp=mq331AQIUAKwASCAAgM%3D#amp_tf=From%20%251%24s&aoh=17304019184529&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&share=https%3A%2F%2Fsinarbestari.sinarharian.com.my%2Fsekolah-menengah%2Fdisleksia-bukan-halangan-raih-keputusan-cemerlang-spm-2022 (27 Februari 2025)
Blagovesta, T. 2016. Helping Learners with Dyslexia Read in English. English Studies at NBU, 1(1): 63-71.
Castle, K. 2015. Motivation to read: A study of three primary age students. Education and Human Development Master Thesis. Dicapai daripada https://www.semanticscholar.org/paper/Motivation-to-Read%3A-A-Study-of-Three-Primary-Age-Castle/244a3a436f03afbaaad837b3dbce3547f290612b (28 Februari 2025)
Kavenia, K. & Vijayaletchumy, S. 2022. Kesalahan bacaan dalam bahasa Melayu oleh murid disleksia berdasarkan perspektif Teori Levinson. Seminar Antarabangsa Lingusitik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-11, hlm. 219-238.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Garis panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas. Edisi 2018. Cetakan Pertama. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2022. Buku Panduan Pendidikan Khas untuk Ibu Bapa dan Guru. Putrajaya: Jabatan Pendidikan Khas.
Mohd Azmi Matsuki. 2022. Amalan Program Cakna Emosi (ProCaksi) dalam kalangan ibu bapa murid disleksia di Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1, Melaka. Buku Amalan Terbaik dalam Pendidikan Khas dan Inklusif (Negeri Melaka). Seameo Sen dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, 1(1): 239-247
Mohd Razimi Husin, Muhammad Farhan Suhaimi, Suhaila Md Jamil & Nurul Natasha Azmi. 2020. Masalah pembelajaran untuk pelajar pendidikan khas: Dana dan prasarana. International Journal of Humanities, Management and Social Science, 3(1): 1-10.
Muhammad Zamzini Mohd Zamani et al. 2023. Cabaran dan persediaan guru dalam PdP bahasa Melayu. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 14(2): 172-184.
Nur Syamira & Harun Baharudin. 2021. Masalah murid disleksia dan gaya pengajaran guru dalam pembelajaran bahasa Arab. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education, 1(2): 26-44.
Olivia, G. 2024. Bronfenbrenner’s Ecological Systems Theory. Simply Psychology. Dicapai daripada https://www.simplypsychology.org/bronfenbrenner.html (18 Februari 2025)
Sepriani Timurtini. 2022. Kenali ciri-ciri anak disleksia berdasarkan usia. Klik Dokter. Dicapai daripada https://www.klikdokter.com/ibu-anak/kesehatan-anak/kenali-ciri-ciri-anak-disleksia-berdasarkan-usia (19 Februari 2025)
Shanti Ramalingam, Mahendran Maniam & Gunasegaran Karuppanan. 2019. Penglibatan ibu bapa dalam pencapaian akademik pelajar sekolah Tamil di Selangor. Muallim Journal of Social Science and Humanities, 3(3): 308-323.
Siti Hawa Omar & Nur Husna Mohd Hussain. 2019. Hubungan antara motivasi ekstrinsik dan intrinsik terhadap prestasi kakitangan pentadbiran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Proceeding of the 6th International Conference on Management and Muamalah 2019.
Siti Nazurina Konaen, Fadzilah Abd Rahman & Samsiah Roslan. 2019. Meneroka sikap dan motivasi murid rendah pencapaian bahasa Melayu: Satu kajian kes di FELDA. International Journal of Education and Training, 5(1): 1-9.
Suzita Samsudin & Aliza Alias. 2021. Pengetahuan terhadap disleksia dalam kalangan ibu bapa di sebuah sekolah rendah. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 5(21): 201-213.
Ugwu, C.J. 2015. Special Education. Study of Differences. 2nd Edition. Rivers State, Nigeria: TND Press Ltd.
Zaliza Zubir, Mahfuzan Md Daud & Ahmad Hifzurrahman Ridzuan. 2014. Disleksia dalam aspek bacaan bahasa Melayu. Centre of International Language. Kangar: Universiti Malaysia Perlis.
Zamri Mahamod & Ugartini Magesvaran. 2022. Tahap Penguasaan Membaca dan Menulis Murid B40. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 13(1): 10-21.
Zamri Mahamod, Rohaida Mazalan, Norziah Amin & Mohd Zaki Abd Rahman. 2021. Tahap penguasaan membaca dan menulis murid B40 dalam pembelajaran bahasa Melayu. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1): 40-62.
Zuraidah Abdullah, Siti Nafsiah Shafee, Mohd Shahril Nizam Shaharom & Muhammad Faiza A. Ghani. 2019. Pengaruh pembelajaran akademik anak-anak keluarga fakir miskin di sekolah-sekolah Selangor. Jurnal Kepimpinan, 6(2): 44-70.
Refbacks
- There are currently no refbacks.