TINJAUAN LITERATUR BERSISTEMATIK: PENGAPLIKASIAN ELEMEN KBAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BAGI MEMBENTUK KEMENJADIAN MURID TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH (A Systematic Literature Review on the Implementation of Higher Order Thinking Skills in Malay Language Teaching and Learning to Shape the Holistic Development of Level 2 Primary School Students)

MOHAMAD FARID MD. DARIS, ZAMRI MAHAMOD, MUHAMMAD FIRDAUS MOHD SEDEK

Abstract


ABSTRAK:Kajian mengenai elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam konteks pendidikan semakin giat dijalankan dalam kalangan sarjana penyelidik di negara Malaysia. Antara isu yang sering kali dikaitkan dengan elemen KBAT ialah berkenaan tahap pengamalan KBAT guru kepada murid, pemahaman KBAT dalam kalangan murid dan pengaplikasian KBAT dalam jawapan soalan ujian lebih-lebih lagi bagi subjek Bahasa Melayu. Namun begitu, aspek pengaplikasian KBAT khususnya dalam subjek Bahasa Melayu bagi membentuk kemenjadian murid kurang ditekankan dalam kajian-kajian lepas. Kajian ini akan menumpukan terhadap kajian literatur bersistematik (Systematic Literature Review) berkaitan dengan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu yang dilihat mampu untuk membentuk kemenjadian murid khusus bagi murid Tahap 2 di sekolah rendah. Kajian SLR ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu dengan mengumpulkan analisis dapatan yang telah diperoleh dalam artikel-artikel yang dirujuk. Artikel tersebut dicari menggunakan pangkalan data Google Scholar, MyJurnal dan ERIC. Proses pemilihan artikel berdasarkan proses carta alir Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Hasil kajian memperlihatkan sebanyak 15 artikel telah dikenal pasti dan menepati kriteria pemilihan. Seterusnya, artikel-artikel tersebut akan dianalisis berkaitan dengan aspek permasalahan, reka bentuk, metodologi dan dapatan kajian lepas bagi menjawab tujuan kajian SLR ini dijalankan: iaitu (i)menganalisis pemahaman dan pemilihan strategi KBAT yang diaplikasikan dalam PdP (ii)meneroka cabaran pelaksanaan KBAT yang diaplikasikan dalam PdP dan (iii)meneroka penerimaan dan penguasaan murid terhadap pengaplikasian KBAT dalam PdP. Dapatan yang diperoleh daripada SLR ini mendapati bahawa pemahaman dan pendekatan guru akan membawa kepada pengaplikasian KBAT. Cabaran yang timbul dalam melaksanakan KBAT pula ialah kekangan masa dan inovasi. Penerimaan dan penguasaan murid terhadap KBAT jelas terhasil dalam kemahiran menulis murid apabila KBAT dipupuk dalam pembelajaran. Oleh itu, kajian berkenaan kemenjadian murid khususnya murid Tahap 2 di sekolah rendah wajar untuk dikaji dan diluaskan pada masa akan datang.

Kata Kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi; Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu; Sekolah Rendah; Kemenjadian Murid; Tahap 2

ABSTRACT: Studies on elements of Higher Order Thinking Skills (HOTS) in the context of education are increasingly being conducted by academic researchers in Malaysia. Among the common issues often associated with HOTS are the level of teachers’ practice of HOTS with students, students’ understanding of HOTS, and the application of HOTS in answering test questions, particularly in the Malay Language subject. However, the aspect of HOTS application, especially in the Malay Language subject as a means to shape students’ holistic development, has received less emphasis in previous studies. This study focuses on a Systematic Literature Review (SLR) related to HOTS in the teaching and learning (T&L) of the Malay Language, which is seen as capable of shaping the development of students, particularly among Level 2 pupils in primary schools. The SLR uses a qualitative approach by compiling and analyzing findings obtained from reviewed articles. These articles were sourced from the Google Scholar, MyJurnal and  ERIC databases. The article selection process is based on the Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) flowchart process. The results of the study showed that 15 articles had been identified and met the selection criteria. The articles are then analyzed based on aspects such as issues, research design, methodology, and previous findings to answer the objectives of this SLR, which are: (i) to analyze the understanding and selection of HOTS strategies applied in T&L; (ii) to explore the challenges of implementing HOTS in T&L; and (iii) to explore students' acceptance and mastery of HOTS in T&L. The findings obtained from this SLR indicate that teachers' understanding and approach lead to the effective application of HOTS. The challenges in implementing HOTS include time constraints and lack of innovation. Students’ acceptance and mastery of HOTS are clearly reflected in their writing skills when HOTS is nurtured in learning. Therefore, further research on the holistic development of students, particularly Level 2 primary school pupils, is necessary and should be expanded in the future.

Keywords: Higher Order Thinking Skills; Teaching and Learning Malay Language; Primary School; Student Holistic Development; Level 2



Full Text:

PDF

References


Abur Hamdi Usman, Muhammad Fakhrur Razi Shahabudin, Marlon Pontino Guleng, Razaleigh Muhamad @ Kuwangit. 2020. Systematic Literature Review on The Requirement Of Quranic Psychotherapy Model: Paedophilia RecoveryFoundation. Humanities & Social Sciences Reviews, 8(2): 862-869.

Anida Sarudin, Zulkifli Osman, Husna Faredza Mohamed Redzwan, Mohd Amir Mohd Zahari & Marlini Idris. 2020. Analisis pelaksanaan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah menengah Orang Asli. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(1): 48 – 63.

Bernard Tahim Bael, Suppiah Nachiappan & Maslinda Pungut. 2021. Analisis kesediaan guru dalam pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam pembelajaran, pengajaran dan pemudahcaraan abad ke 21. Muallim Journal Social Science and Humanities, 5(1): 100-119.

Chew Fong Peng & Nur Juliana Masingan Abdullah. 2021. Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kemahiran menulis. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(2): 29-43.

Chew Fong Peng & Zul Hazmi Hamad. 2018. Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu melalui teknik penyoalan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1): 1-12.

Christina Andin & Rosmiza M.Z. 2023. Pengajaran KBAT merentas kurikulum: cabaran guru dalam pelaksanaan. Jurnal Pemikir Pendidikan, 11: 61-72.

Fadilla Layang & Zamri Mahamood. 2019. Tahap Pengetahuan, Kesediaan dan Sikap Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Peta Pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1): 37-44.

Farah Aziana Abdul Aziz, Fadzilah Abd Rahman & Shamsudin Othman. 2020. Strategi Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah.International Journal of Education and Trainin, 6(2): November: 1-14.

Francois Randour, Julien Perrez & Min Reuchamps. 2020. Twenty years of research on political discourse. Sage Publications, 31(4): 428-443

George Romiko Bujang & Mary Fatimah Subet. 2021. Penggabungjalinan pendekatan semantik inkuisitif dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam pengajaran-pembelajaran bahan seni bahasa. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(2): 55-66.

Jo Moriarty. 2011. Qualitative Methods Overview. London: School for Social Care Research, Kings College.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Elemen KBAT dalam Pendidikan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019. Buku Panduan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2023. Laporan Tahunan PPPM 2021–2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Liberati, A., Altman, D.G., Tetzlaff, J., et al. 2009. The PRISMA Statement for Reporting Systematic Reviews and Meta-Analyses of Studies That Evaluate Health Care Interventions: Explanation and Elaboration. Annals of Internal Medicine, 151:65-94.

Loraine Busetto, Wolfgang Wickv & Christoph Gumbinger. 2020. How to use and assess qualitative research methods. Neurological Research and Practice, 29(14): 1-10

Mazarul Hasan Mohamad Hanapi & Norazimah Zakaria. 2019. Pemikiran aras tinggi (kbat) melalui peribahasa dalam bahan multimedia untuk pengajaran bahasa melayu sekolah rendah. International Journal of Modern Education, 1(1): 28-38.

Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Affan Ahamad, Erda Wati Bakar & Jowati Juhary. 2022. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi melalui pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran seni bahasa. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(7).

Moher, D., Liberati, A., Tetzlaff J., & Altman, D. G. 2009. Preferred reporting items for systematic reviews and meta-analyses: the PRISMA statement. PLos Medicine, 6(7). Diakses daripada https://doi.org/10.1136/bmj.b2535

Nik Rozialnida Nik Lah & Shahlan Surat. 2023. Meneroka kefahaman guru mengenai KBAT dan amalan penyoalan guru pada tiga fasa pembelajaran. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(20): 154–165.

Noel Jimbai Balang, Zamri Mahamod & Nor Aishah Buang. 2020. Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Guru Bahasa Melayu dalam Lesson Study. Regional Conference on Lesson Study (ReCoLS 2020). Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norziana Mat Rabi, Zulkifli Osman, Anida Sarudin, Husna Faredza Mohamed Redzwan & Norfishah Mat Rabi2. 2020. Penerapan elemen kemahiran berfikir aras tinggi dalam buku teks bahasa melayu tahun enam sekolah rendah. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 10(2): 57 -67.

Nuraffefa Hamdan, Yee Mei Heong, Azrol Jailani, Saiful Hadi Masran, Kok Boon Ching, Tee Tze Kiong & Mimi Mohaffyza Mohamad. Penggunaan gaya berfikir dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi bagi menyelesaikan masalah dalam penghasilan produk: Analisis keperluan. Sains Insani, 6(2):182-192.

Nur Aqilah Rozali & Noor Dayana Abd Halim. 2020. Kesan pembelajaran berasaskan inkuiri dengan integrasi video terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran Matematik. Innovative Teaching and Learning Journal, 3(2): 42–60.

Nurulhuda Md Hassan, Nur An Nisa Fithri Mohd Noor, Yamuna Thasarathan, Qarihatun Najah Zainudin, Nur Syaidatul Aisyah Zainuri, Nurul Raihana Najwa Mohamad Rizuaden, Nurfara Adilah Muhamad Fauzi, Nurfatihah Tumin, Nur Afina Syahida Mohamad Jefri. 2021. Perspektif guru terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan pelajar. Journal of Humanities and Social Sciences, 3(20): 50-56.

Rahman, M. A., Ismail, S., & Tan, P. 2020. Challenges in implementing HOTS in Malaysian classrooms. Asia Pacific Journal of Education, 40(3): 221–233.

Sidek, N. A. & Mohamad, M. S. 2021. KBAT dalam kalangan murid sekolah rendah: Tinjauan amalan dan cabaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 46(2): 33–45.

Sharwinthiran Thavarajah, Anida Sarudin, Zulkifli Osman, Husna Faredza Mohamed Redzwan, Wiwiek Afifah & Mohd Amir Mohd Zahari. 2021. Pentaksiran analitik dan holistik elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam penulisan berdasarkan teori metafora konsepsi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1): 1-15.

Xiao, Y., & Watson, M. 2019. Guidance on conducting a systematic literature review. Journal of Planning Education and Research, 39(1): 93-112.

Yuen Fen Hiew & Kenny S.L Cheah. 2022. Penerokaan strategi guru untuk menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan Pelajar di dua sekolah vernakular Cina, Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 9(3): 50-67.

Yunus, M. M., & Hashim, H. 2023. Strategi pengajaran untuk pembelajaran abad ke-21: Kajian kes di sekolah rendah. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 20(1): 113–130.

Zakaria, H., & Liew, C. L. 2021. Problem-Solving and Critical Thinking through Project-Based Learning. Malaysian Journal of Education, 46(1): 77–90.

Zarina Abu Baker & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. 2021. Keberkesanan penggunaan kaedah peta i-think dalam kalangan guru senior Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan di daerah Seremban. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2): 32-43.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.