FAKTOR JANTINA, UMUR, DAN LOKASI SEKOLAH YANG MEMPENGARUHI PENGETAHUAN DAN PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN DALAM PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TS25 (Gender, Age and School Location Factors in Influencing Knowledge and Application of Artificial Intelligence Technology in Teaching Malay Language to TS25 Primary School Teachers)
Abstract
ABSTRAK: Pengajaran dan pembelajaran (PdP) kini diorientasikan ke arah menggunakan alat bantu belajar (ABB) berbentuk teknologi untuk mempercepatkan pencarian maklumat secara meluas. Perubahan ini telah menjadikan kecerdasan buatan (AI) semakin digunakan sebagai alat bantu belajar dalam sistem pendidikan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dalam proses PdP. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor jantina, umur dan lokasi sekolah yang mempengaruhi pengetahuan dan pengaplikasian teknologi AI dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah rendah TS25 di negeri Perak. Reka bentuk kajian kuantitatif secara tinjauan yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian telah diberikan kepada 90 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di 14 buah sekolah rendah TS25 (Transformasi Sekolah 2025) di negeri Perak yang dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data dianalisis secara inferensi menggunakan perisian SPSS versi 28. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan secara signifikan antara tahap pengaplikasian teknologi AI dalam PdP oleh guru Bahasa Melayu dengan faktor jantina guru Bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat perbezaan bagi umur guru dan juga lokasi sekolah terhadap tahap pengaplikasian teknologi AI dalam PdP oleh guru Bahasa Melayu sekolah rendah TS25 ini. Rumusan kajian ini adalah pengaplikasian teknologi AI sebagai ABB dalam PdP Bahasa Melayu amat penting dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kepelbagaian murid di dalam bilik darjah agar dapat meningkatkan pemahaman konsep murid terhadap kemahiran bahasa yang disampaikan.
Kata Kunci: Alat Bantu Belajar; Kecerdasan Buatan; Kepelbagaian Murid; Guru Bahasa Melayu; Sekolah Rendah
ABSTRACT: Teaching and learning (TnL) is now oriented towards using technological learning aids to accelerate the search for information widely. This change has made artificial intelligence (AI) increasingly used as a learning aid in the education system to diversify teachers' teaching methods in the TnL process. This study aims to examine the factors of gender, age and school location that influence the knowledge and application of AI technology in the teaching of Malay Language teachers in TS25 primary schools in the state of Perak. A quantitative survey study design using a questionnaire as the research instrument was given to 90 Malay Language teachers who teach in 14 TS25 (School Transformation 2025) primary schools in the state of Perak who were selected using purposive sampling techniques. The data were analyzed inferentially using SPSS version 28 software. The results of the study show that there is no significant relationship between the level of application of AI technology in teaching by Malay teachers and the gender of the Malay teachers. However, there is a positive relationship between the age of the teacher and the location of the school on the level of application of AI technology in teaching by Malay teachers at TS25 primary schools. The conclusion of this study is that the application of AI technology as an ABB in Malay teaching is very important in diversifying teaching methods according to the diversity of students in the classroom in order to improve students' conceptual understanding of the language skills being taught.
Keywords: Learning Aids, Artificial Intelligence, Student Diversity, Malay Language Teacher, Primary School
Full Text:
PDFReferences
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. 2007. Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Azura Senawi, Tumisah Sarimin & Sharmilaadevi Nagaretnam. 2025. Sikap dan motivasi guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Persendirian Cina dalam mengaplikasikan kecerdasan buatan untuk pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 15(1): 30-48
Bakri, N., & Sulaiman, H. 2021. Artificial Intelligence and teacher readiness in the digital classroom: A Malaysian context. Journal of Education and E-Learning Research, 8(3): 267–274.
Dahliyah Abdul Jalil. 2024. Kefahaman dan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran guru prasekolah di Daerah Semporna. Jurnal Pendidikan BITARA, 17(1): 36-46.
Fadzlieyana Azmiera. 2024. Persepsi guru terhadap pelantar pembelajaran DELIMa. Academia, 7-19. https://www.academia.edu/125030426/PERSEPSI_GURU_TERHADAP_PELANTAR_PEMBELAJARAN_DELIMa [Diakses pada 22 Jun 2025]
Fatin Nabila Razali & Zamri Mahamod. 2024. The use of Artificial Intelligence (AI) among Malay Language students in Private Higher Education Institutions. International Journal of Arts and Social, 8(2): 1-16.
Fadhlina Sidek. 2024. Integrasi teknologi dalam pendidikan: Keperluan dasar baharu untuk Malaysia. Journal of Educational Policy, 21(1): 45-58.
Kamaruzaman Moidunny. 2009. Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan.Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kuppusamy, Y. & Helmi Norman. 2021. Kemahiran teknologi dan kesediaan melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa era pandemik dalam kalangan guru di Sekolah Rendah Tamil. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1): 428-441.
Muhamad Hakim Azman, Mohd Nazir Md Zabit, Puteri Zarina Megat Khalis, Siti Almunawwarah Shahuddin, Muhammad Fitri Ahmad, & Tirzah Zubeidah Zachariah. 2024. Pengetahuan dan kemahiran teknologi guru pelatih abad ke-21. Jurnal Pendidikan BITARA, 17(2): 109-116.
Muhammad Nazaruddin Syuhra, Noor Eka Chandra Sofyan & Elsa Rosalina. 2025. Artificial Intelligence in English Language Teaching: A systematic literature review of tools: Impact and challenges. Voice of English Language Education Society, 9(1): 193-205.
Muhammad Syarifuddin Abd Razak, Suriani Abu Bakar, Anis Nazihah Mat
Daud, Nurazreen Mohd Ghazali, Azzam Abu Bakar, Hamdan Hadi Kusuma, dan Silvi Yulia Sari. 2024. Pembangunan bahan pembelajaran kendiri berasaskan kecerdasan buatan bagi topik Haba dalam kalangan murid tingkatan empat: Analisis keperluan berdasarkan persepsi guru. Jurnal Pendidikan BITARA, 27(2): 32-51.
Nor Asiah Razah, Subban. S., Habibah Ab. Jalil & Ismi Arif Ismail. 2022. Pelaksanaan e-pembelajaran dalam persekitaran sosial dan budaya di Sekolah Transformasi (TS25) di Malaysia. Innovative Teaching and Learning Journal, 6(1): 32-51.
Noorul Aliya, Abu Bakar Suriani, Kung Teck Wong, Abu Bakar Azzam & Mohamad Adli. 2024. The integration of Artificial Intelligence-based applications in digital learning and teaching methods of Quantum Physics: A literature review. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 14(2): 155-170.
Nur Udhwa Ashikin Mohd Rani, Nurin Hanisah Roslan, & Nur Syafiqah Abdul Wahid. 2025. Kesediaan guru Bahasa Melayu dalam mengimplementasikan Kecerdasan Buatan dan pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 15(1): 1-14.
Nyaaba, M., Lehong, S., & Nabang, M. 2024. The influence of teacher trainees’ age, gender, and year of study on the frequency of Artificial Intelligence (AI) use in the classroom: The mediating role of attitude. Department of Education, 1-12.
Regina Kana, Simon Jiack Aaron & Sandra Juky. 2025. Keberkesanan dan impak penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan dalam pengajaran kemahiran literasi Bahasa Melayu bagi murid Iban di sekolah rendah luar bandar di Daerah Kapit. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 15(1): 49-59.
Rosyida Nurul Anwar. 2024. Pelatihan pengenalan Artificial Intelligence (AI) untuk meningkatkan kompetensi guru pada transformasi digital. Journal Of Smart Community Service, 2(1): 27-36.
Salbihana Samsudin, Halif Md Saleh & Ahmad Shukri Ahmad. 2024. Persepsi bakal guru terhadap kesan aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran. International Journal of Educational Research on Andragogy and Pedagogy, 2(1): 112-124.
Samiksha Sharma, Jagan Mohan Rao. Krishnamaraju, Prakash Divakaran, Ravita & Kavita. 2024. Impact of Artificial Intelligence in English Language teaching. Migration Letters, 21(4): 1606-1612.
Siti Haryanti Osaman & Mohd Effendi Ewan Mohd Matore. 2024. The assessment on generative Artificial Intelligence (AI) technology in Malay Language teaching. International Journal of Research and Innovation in Social Science, 9(6): 2426-2433.
Subramaniam, V. 2020. Artificial Intelligence in education: Promises and perils. Journal of Educational Technology, 45(2): 189-201.
Sulaiman Masri. 2003. Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Suraya Hashim, Muhd Khaizer Omar, Habibah Ab Jalil & Nurfadhlina Mohd
Sharef. 2022. Trends on technologies and Artificial Intelligence in education for personalized learning: Systematic Literature Review. International Journal of Academic ResearchiIn Progressive Education and Development, 12(1): 884–903
Tajularipin Sulaiman, Siti Nurkhuzaimah Hamzah & Suzieleez Syrene. 2017. The relationship between readiness and teachers' competency towards creativity in teaching among trainee teachers. International Journal Of Social Sciences And Humanity, 7(8): 555-558.
Thian Khian Niam & Zaimuariffudin Shukri Nordin. 2024. Pengaruh penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam PdP terbeza guru Bahasa Melayu di Sarawak. Jurnal Dunia Pendidikan, 6(1): 617-625.
Universiti Teknologi Malaysia. 2025, Februari. Kecerdasan Buatan ubah landskap pembelajaran di Malaysia. UTM NewsHub. https://news.utm.my/ms/2025/02/kecerdasan-buatan- ubah-landskap-pembelajaran-di-malaysia/ [22 Jun 2025]
Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. 2015. Kepelbagaian Pelajar dan Perbezaan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Refbacks
- There are currently no refbacks.