STRATEGI, CABARAN DAN KAEDAH MENGATASI PELAKSANAAN PENDEKATAN TEMATIK DALAM PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (Strategies, Challenges and Methode to Overcome the Implementation of the Thematic Approach in Teaching Malay Language Teachers in Chinese National Type Schools)

MUHAMMAD FIRDAUS MOHD SEDEK, AMIRUNIZA KAMIL, YII SING HUI

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk meneroka strategi pelaksanaan serta cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pendekatan tematik bagi pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Pendekatan tematik merupakan satu kaedah pedagogi yang mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu melalui tema kontekstual, bagi membina pemahaman holistik serta meningkatkan penglibatan murid dalam PdP. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes, melibatkan empat orang guru Bahasa Melayu berpengalaman yang mengajar di SJKC. Data dikumpulkan menerusi temu bual separa berstruktur dan dianalisis secara tematik. Dapatan menunjukkan bahawa guru menggunakan strategi seperti perancangan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), penggabungjalinan kemahiran rentas mata pelajaran, pemilihan tema kontekstual, penggunaan kaedah Pengajaran Abad ke-21 (PAK21) seperti pembelajaran koperatif, flipped classroom, dan penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan digital untuk merangsang penglibatan murid. Namun begitu, pelaksanaan pendekatan ini turut berdepan cabaran seperti tahap penguasaan Bahasa Melayu yang rendah dalam kalangan murid, kepelbagaian tahap pembelajaran, kekangan masa dan beban kerja guru, serta cabaran pengurusan kelas. Kajian juga menemui bahawa guru mengatasi cabaran tersebut melalui pelbagai inisiatif seperti galakan pembelajaran kendiri, motivasi luaran, perancangan awal yang sistematik, penggunaan pendekatan kreatif untuk murid lemah dan permohonan masa pengajaran yang lebih fleksibel. Kajian ini menyarankan agar latihan profesional guru ditingkatkan, bahan bantu dwibahasa dibangunkan secara sistematik, serta penstrukturan semula masa PdP bagi menyokong pelaksanaan pendekatan tematik secara efektif di SJKC.

Kata Kunci: Pendekatan Tematik, Bahasa Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Strategi Pengajaran, Cabaran Pelaksanaan

ABSTRACT:This study aims to explore the implementation strategies and challenges faced by teachers in implementing the thematic approach to teaching and learning (T&L) of Malay Language in Chinese National Type Schools (SJKC). The thematic approach is a pedagogical method that integrates various disciplines through contextual themes, to build holistic understanding and increase student engagement in T&L. This study uses a qualitative approach in the form of a case study, involving four experienced Malay Language teachers who teach at SJKC. Data were collected through semi-structured interviews and analyzed thematically. Findings show that teachers use strategies such as planning based on the Standard Curriculum and Assessment Document (DSKP), integrating cross-subject skills, selecting contextual themes, using 21st Century Teaching methods (PAK21) such as cooperative learning, flipped classroom, and using digital-based teaching aids to stimulate student engagement. However, the implementation of this approach also faces challenges such as low levels of Malay proficiency among students, diverse learning levels, time constraints and teacher workload, and classroom management challenges. The study also found that teachers overcome these challenges through various initiatives such as encouraging self-directed learning, external motivation, systematic advance planning, the use of creative approaches for weak students, and the request for more flexible teaching time. This study recommends that teacher professional training be increased, bilingual teaching materials be systematically developed, and teaching time be restructured to support the effective implementation of thematic approaches in SJKC.

Keywords: Thematic Approach, Malay Language, Chinese National Type Schools, Teaching Strategies, Implementation Challenge

 


Full Text:

PDF

References


Ali, M. & Lim, S. Y. 2020. Pengurusan bilik darjah dalam pendekatan pengajaran interaktif. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(2): 112-123.

Chong, LM. & Ng, Y.H. 2021. Bahasa kedua dan cabaran komunikasi dalam bilik darjah pelbagai etnik. Jurnal Psikologi Pendidikan, 38(1): 65-78.

Chong, W.Y., Lee, C.L. & Goh, P.S. 2022. Cabaran guru dalam pelaksanaan pendekatan tematik di sekolah rendah vernakular. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47(1): 50-63.

Creswell, J.W. & Poth, C.N. 2018. Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing Among Five Approaches (4th ed.). Thousand Oaks, CA: SAGE Publications.

Foo, L.Y., & Azman, N. 2021. Pembelajaran kendiri dan kesannya terhadap prestasi pelajar. Jurnal Psikologi Pendidikan, 38(1): 112-125.

Fyona Yong Sien Ning & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. 2025. Variasi kaedah pembelajaran abad ke-21 oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu di tenom, sabah dan cabaran pelaksanaanya. Jurnal Wacara Sarjana, 9(1):1-17.

Goh, P.S. & Tee, M.Y. 2021. Teaching and learning challenges in Malaysian vernacular primary schools: Language barriers and pedagogical concerns. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 36(2): 103–120.

Ismail, R., Hasan, M.H., & Lim, Y.S. 2023. Pengurusan Tingkah Laku Murid Melalui Ganjaran: Satu Tinjauan Empirikal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Julianah Elman, Abdullah Yusof, Anida Sarudin & Mohd Sufian Ismail. 2023. Penggunaan bahan bantu mengajar digital dalam pembelajaran secara maya semasa pandemik. Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Kementerian Pendidikan Malaysia.2023a. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2023b. Panduan Pelaksanaan KSSR Semakan 2017. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2022. Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Penjajaran Kurikulum 2022. Putrajaya: Bahagian

Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Lee, C.Y., Tan, K.M. & Ahmad, N. 2022. Post-pandemic classroom practices: Teachers’ adaptation to thematic teaching approaches. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 19(2): 115–131.

Lim, M.Y. & Nordin, H. 2021. Penggunaan pendekatan tematik dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah: Satu analisis kualitatif. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 18(3): 145–160.

Lim, S. Y., & Ong, W. C. 2022. Penggunaan Strategi visual dan cerita rakyat tempatan dalam Pembelajaran Tematik Bahasa Melayu di SJKC. Jurnal Pendidikan Bahasa, 9(2): 70–85.

Lim, Y.S. & Ong, W.L. 2022. Keberkesanan pendekatan tematik dalam pengajaran Bahasa Melayu di SJKC. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 19(2): 45-56.

Low, W.L., Teo, H.K. & Tan, P.Y. 2024. Pendekatan inklusif dalam tematik Bahasa Melayu: Kajian di SJKC Zon Selatan. Jurnal Kajian Kurikulum, 14(1): 33-48.

Merriam, S.B. 2009. Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Mohd Noor, A.S. et al. 2022. Tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Melayu. Jurnal Linguistik dan Bahasa, 15(1): 44-57.

Mohd Noor, S.N., Ismail, H.N. & Jamil, N. 2020. Pendekatan tematik dalam pendidikan awal kanak-anak: Satu tinjauan literatur. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9(2): 33-45.

Muhammad Affan Ahamad. 2024a. Penggunaan pendekatan kontekstual dan kolaboratif dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 14(1): 22-35.

Muhammad Affan Ahamad. 2024b. Penggunaan Canva dalam projek tematik Bahasa Melayu: Satu kajian tindakan. Jurnal Inovasi Pendidikan Bahasa, 12(1): 55-70.

Muhammad Affan Ahamad. 2024c. Pendekatan tematik melalui penggunaan Canva dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. International Journal of Language and Education, 3(1):62-73.

Nasir, R. & Hashim, N. 2023. Gamifikasi dalam pendidikan: Aplikasi interaktif untuk murid tahap satu. Jurnal Teknologi Pendidikan, 21(2); 74–89.

Noraini, M.N., Tan, Y.S. & Chong, L.M. 2021a. Keberkesanan pendekatan tematik dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah rendah. Malaysian Journal of Language Education, 11(2): 45-60.

Noraini, N., Zainab, S. & Lee, C.K. 2021b. Pelaksanaan pendekatan tematik dalam Kurikulum Bahasa Melayu. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 11(4): 113–125.

Norliza Ramlan, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad & Zamri Mahamod. 2024. Pengaplikasian pendekatan tematik dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 6(4): 199-215.

Intan Nur Syuhada Hamzah & Zamri Mahamod. 2021. Strategi pengajaran dalam talian yang digunakan oleh guru bahasa melayu dalam meningkatkan kemahiran membaca murid sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(2): 54-67.

Shahril, M.I., Zulkifli, N. & Hassan, F. 2022. Pengajaran kontekstual dalam pendekatan tematik. International Journal of Learning and Teaching, 15(4): 58-72.

Shahrin, N. & Liew, C. Y. 2023. Beban tugas guru dan kesannya terhadap kreativiti pengajaran. Malaysian Teacher Journal, 31(2): 101–117.

Siti Aisyah Wan Oya & Zaimuariffudin Shukri Nordin. 2024a. Assessment for learning practices among Malay language teachers in Malaysia National Type Chinese School. International Journal of Evaluation and Research in Education, 14(1): 1-8.

Siti Aisyah Wan Oya, & Zaimuariffudin Shukri Nordin. 2024b. Keselarasan pentaksiran tematik dan kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Penilaian Pendidikan, 7(1): 19-36.

Tan, A.S., & Jalil, H. 2022. Perancangan kurikulum tematik dan pelaksanaannya di sekolah rendah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(1): 91-106.

Tan, K.M., Abdullah, R. & Yap, Y.L. 2023. Strategi pengajaran tematik dalam kelas Bahasa Melayu di SJKC: Cabaran dan solusi. Jurnal Inovasi Pendidikan, 5(1): 87-98.

Wong, S.Y., Lim, P.F. & Teoh, C.C. 2025. Cabaran Penyepaduan Assessment for Learning (AfL) dengan objektif tematik dalam pengajaran Bahasa Melayu di SJKC. Jurnal Pendidikan Malaysia, 50(1), 89-104.

Zaini, N. & Rohana, M. 2024. Kolaborasi guru dalam pengajaran bersepadu. Jurnal Pendidikan Guru Malaysia, 33(1): 18-29.

Zakaria, R. & Tan, C.M. 2021. Penggunaan pedagogi pembezaan dalam bilik darjah pelbagai tahap keupayaan. Jurnal Inovasi Pendidikan, 11(3): 134-146.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.