TAHAP PENGETAHUAN, KEFAHAMAN DAN PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN REALITI TERIMBUH DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (The Level of Knowledge, Understanding, and Application of Argumented Reality Learning among Primary School Malay Language Teachers)

NURUL HUWAIDA ABDUL HAFIZ, ZAMRI MAHAMOD, NUR FAIQAH NASUHA MUHD ZAFRULLAH

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini dijalankan bagi meneliti tahap pengetahuan, kefahaman dan pengaplikasian pembelajaran realiti terimbuh atau Augmented Reality (AR) dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah selaras dengan keperluan pedagogi abad ke-21 yang menuntut integrasi teknologi secara bermakna. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap ketiga-tiga konstruk tersebut serta hubungan antara tahap pengetahuan dengan kefahaman dan pengaplikasian guru. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan melibatkan seramai 100 orang guru bahasa Melayu dari 24 buah sekolah rendah di daerah Pasir Gudang, Johor melalui persampelan bertujuan. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik berstruktur berskala Likert lima mata dan dianalisis secara deskriptif serta inferensi menggunakan ujian korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru berada pada tahap sederhana, manakala tahap kefahaman dan pengaplikasian berada pada tahap rendah. Analisis terperinci turut memperlihatkan bahawa majoriti guru tidak mampu membezakan ciri aplikasi AR, memahami fungsi aplikasinya serta mengaplikasikannya secara sistematik dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian PdP. Ujian korelasi pula menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan pada tahap sederhana antara pengetahuan dengan kefahaman serta pengaplikasian. Secara am, keberkesanan aplikasi AR sangat bergantung kepada penguasaan kognitif dan pedagogi guru. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman empirikal tentang keperluan pembangunan profesional guru serta menyediakan asas bagi perancangan latihan pedagogi digital yang lebih berfokus dan sistematik dalam pengajaran bahasa Melayu sekolah rendah.

 

Kata kunci: Pembelajaran Realiti Terimbuh, Guru Bahasa Melayu, Pengetahuan, Kefahaman, Pengaplikasian 

ABSTRACT: This study was conducted to examine the levels of knowledge, understanding, and application of Augmented Reality (AR) learning among primary school Malay language teachers, in line with the demands of 21st-century pedagogy that emphasises meaningful technology integration. The objectives of the study were to identify the levels of these three constructs and to determine the relationships between teachers’ knowledge with their understanding and application. A quantitative survey design was employed, involving 100 Malay language teachers from 24 primary schools in the Pasir Gudang district, Johor, selected through purposive sampling. Data were collected using a structured five-point Likert scale questionnaire and analysed using descriptive and inferential statistics through Pearson correlation analysis. The findings revealed that teachers’ knowledge was at a moderate level, while their understanding and application were at low levels. Detailed analysis further indicated that most teachers were unable to clearly distinguish the characteristics of AR learning, comprehend the functions of its applications, or apply it systematically in lesson planning, implementation, and assessment. Correlation analysis demonstrated a significant positive relationship at a moderate level between knowledge and understanding, as well as between knowledge and application. In conclusion, the effectiveness of AR learning is highly dependent on teachers’ cognitive and pedagogical mastery. This study contributes empirical evidence to the understanding of teachers’ professional development needs and providesa foundation for more focused and systematic planning of digital pedagogical training in primary school Malay language teaching

Keywords: Augmented Reality Learning, Malay Language Teachers, Knowledge, Understanding, Application


Full Text:

PDF

References


Ayanwale, M.A., Sanusi, I.T., Adelana, O.P., Aruleba, K.D. & Oyelere, S.S. 2022. Teachers' readiness and intention to teach artificial intelligence in schools. Computers and Education: Artificial Intelligence 3: 2-11.

Barathan Selvam & Grace Annammal Gnana Piragasam. 2024. Jurang kemahiran menulis dan potensi realiti terimbuh untuk murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran. Journal of Research, Innovation and Strategies For Education 1(3): 29-45

Che Musazaki Yusoff, Norliza Ghazali & Puteri Suhaiza Sulaiman. 2022. Meneroka persepsi guru menggunakan teknologi realiti terimbuh dalam pengajaran dan pembelajaran. Graduate Research in Education Seminar.

Chua Yan Piaw. 2022. The impact of Generative AI (GenAI) on practices, policies and research direction in education: A case of ChatGPT and Midjourney. Interactive Learning Enviroments 1-17.

Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. 2011. Research Methods in Education. Seventh Edition. London: Routledge.

Faizzuddin Aman & Hafizhah Zulkifli. 2024. Pembelajaran berasaskan realiti terimbuh dalam pendidikan Islam. International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 7(2): 66-77.

Iywon, V.P. & Nurfaradilla Mohd Nasri. 2020. Tahap kesediaan dan sokongan bagi pelaksanaan pendekatan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran guru sekolah rendah. International Journal of Education and Pedagogy 2(4): 489-508.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (EPRD).

Marini Ahmad, Nafisah Syakir, Sekaringtyas, T, Suntari, Y. & Iskandar Razi. 2022. Mobile augmented reality learning media with metaverse to improve student learning outcomes in Science class. International Journal of Interactive Mobile Technologies 16(07): 99-115.

Mervyn,J., C. 2019. Augmented reality: Examining its value in a music technology classroom. Practice and potential. Waikato Journal of Education 24(2): 23-38.

Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidik Pendidikan. Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhammad Arif Amir & Norhalina Senan. 2024. Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih Sains Sekolah Rendah bagi Topik Haiwan Menggunakan Teknologi Realiti Terimbuh. Johor: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Muhammad Faiz. 2019. Kesan Penggunaan aplikasi AR pembelajaran Sains Tahun 4 terhadap pencapaian akademik, pemahaman dan tumpuan murid lembam sekolah rendah. Tesis Sarjana Muda. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nor Asiah Razah, Subban. S., Habibah Ab. Jalil, Ismi Arif Ismail. 2022. Pelaksanaan e-pembelajaran dalam persekitaran sosial dan budaya di Sekolah Transformasi (TS25) di Malaysia. Innovative Teaching and Learning Journal 6(1): 32-51.

Norsaliza Shuhaini, Noor Azalina Buang & Lee,N, T. 2025. Puzzleed-AR: Meningkatkan Pembelajaran bahasa kanak-kanak dengan ‘janaan’ realiti. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 14(2): 81-97.

Nur ‘Aishah Irdina Hirman Nor & Rahayu A Hamid. 2022. AR Covirus: Aplikasi pembelajaran COVID-19 menggunakan realiti terimbuh: Applied information technology and computer science. International Journal of Interactive Mobile Technologies 3(2): 611-630.

Nur Aisyah Kamaluddin & Hazrati Husnin. 2022. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Jurnal Dunia Pendidikan 4(2): 333-343

Nur Farhana Shamsuddin & Nurfaradilla Mohamad Nasri. 2022. Kajian Tinjauan penggunaan jenis peranti dan status capaian Internet terhadap kesediaan pelajar mengikuti PdPR Semasa penularan pandemik COVID-19. Jurnal Dunia Pendidikan 7(4),70-76

Nur Nadia Bakim & Mohd Fadzil Abdul Hanid. 2024. Kesan penggunaan teknologi realiti terimbuh terhadap pencapaian akademik pelajar: Sebuah kajian literatur sistematik. Journal of Research, Innovation and Strategies For Education 1(1):17-28

Nursamiyah Badrol. 2022. Implementasi teknologi augmented reality dalam pengajaran geografi oleh guru di daerah Setiu, Terengganu. Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa 2(3): 57-71.

Petrovych, O., Zavalniuk, I., Bohatko, V., Poliarush, N., & Petrovych, S. 2023. Motivational readiness of future teachers-philologists to use the gamification with elements of augmented reality in education. International Journal of Emerging Technologies in Learning 18(3) :4-21.

Reanuga,M & Siti Mistima Maat. 2023. Sorotan literatur bersistematik: Trend augmented reality dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 8(1): 94-125.

Sani Ahmad & Norazrena Abu Samah. 2024. Sorotan literatur bersistematik: Trend realiti terimbuh dalam pembelajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Sains sekolah rendah. Sains Humanika 16(2): 73-84.

Seong Won Kim. 2024. Development of a TPACK Educational Program to enhance pre-service teachers’ teaching expertise in artificial intelligence convergence education. International Journal on Advanced Science Engineering Information Technology 14(1): 1-9.

Shaline Sanmugam & Alizah Lambri. 2021. Keberkesanan strategi pembelajaran peribahasa bahasa Melayu menggunakan bahan multimodal. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu11(2): 80-97.

Siti Umiara Zakaria, Mismimisuraya Meor Ahmad, Umawath,T & Siti Kartom Kamarudin. 2025. Meningkatkan minat pelajar terhadap pendidikan Sel Fuel menggunakan realiti terimbuh melalui aplikasi telefon pintar di Malaysia. Jurnal Kejuruteraan 37(2): 935-946.

Suhaimin Yassin, Auni Suruji & Siti Nursyafiqah Selamat. 2021. Aplikasi realisi pergerakan (AR) untuk standard subjek Muzik Tahun 4 sekolah rendah. Multidisciplinary Applied Research and Innovation 2(2): 353-358

Tapalova, O. & Zhiyenbayeva, N. 2022. Artificial Intelligence in Education: AIEd for personalised learning pathways. Journal of e-Learning 2(5): 639-653.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.