PENGUASAAN AYAT MAJMUK GABUNGAN DALAM FORUM LATIHAN TUTORIAL OLEH MAHASISWA MAJOR LINGUISTIK BAHASA MELAYU (The Mastery of Coordinative Compound Sentences in Tutorial Training Forums among Students Majoring in Malay Linguistics)
Abstract
ABSTRAK: Penguasaan struktur ayat merupakan elemen penting dalam penghasilan penulisan ilmiah khususnya penggunaan ayat majmuk gabungan bagi memastikan kejelasan dan ketepatan hujah dapat disampaikan dengan baik. Penyampaian hujah yang jelas dan tepat bergantung kepada keupayaan penulis itu sendiri untuk menghasilkan ayat yang gramatis dan koheren. Ayat majmuk gabungan merupakan ayat yang dihasilkan melalui penggabungan dua atau lebih klausa dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil serta kemudian. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesalahan sintaksis dan melihat tahap penguasaan ayat majmuk gabungan dalam kalangan mahasiswa major Linguistik bahasa Melayu di Universiti Sains Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis dokumen terhadap 50 set latihan tutorial yang dipilih secara rawak. Analisis data akan dilaksanakan berpandukan Tatabahasa Dewan dan disokong oleh Teori Transformasi Generatif bagi meneliti ketepatan struktur klausa, pemilihan kata hubung dan kegramatisan ayat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar ayat yang dianalisis menepati ciri ayat majmuk gabungan dari segi penggunaan kata hubung dan hubungan klausa setara namun masih terdapat ayat yang mengandungi kesalahan. Secara keseluruhannya, tahap penguasaan ayat majmuk gabungan dalam penulisan ilmiah mahasiswa dapat dirumuskan berada pada tahap baik. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada penambahbaikan kaedah pengajaran di peringkat universiti.
Kata kunci: Ayat Majmuk Gabungan, Penulisan Ilmiah, Sintaksis Bahasa Melayu, Mahasiswa Linguistik, Latihan Tutorial
ABSTRACT: Mastery of sentence structure is an essential element in the production of academic writing, particularly the use of compound sentences, to ensure that ideas are conveyed clearly and accurately. Clear and precise argumentation depends on the writer’s ability to produce sentences that are grammatical and coherent. Compound sentences are formed through the combination of two or more clauses using coordinating conjunctions such as and, or, but, as well as, then, moreover, while, and after that. Therefore, this study aims to identify syntactic errors and examine the level of mastery of compound sentences among undergraduate students majoring in Malay Linguistics at Universiti Sains Malaysia. This study adopts a qualitative approach by analysing documents from 50 sets of tutorial exercises selected randomly. Data analysis is conducted based on Tatabahasa Dewan and supported by Generative Transformational Theory to examine the accuracy of clause structure, the selection of coordinating conjunctions, and sentence grammaticality. The findings indicate that the majority of the sentences analysed conform to the characteristics of compound sentences in terms of the use of coordinating conjunctions and the relationship between coordinate clauses; however, there are still sentences that contain errors. Overall, the level of mastery of compound sentences in students’ academic writing can be categorised as good. Therefore, this study is expected to contribute to the improvement of teaching methods at the university level.
Keywords: Compound Sentence, Academic Writing, Malay Syntax, Linguistics Undergraduates, Tutorial Exercises
Full Text:
PDFReferences
Ab. Razak Ab. Karim & Nurul Ain Alizuddin. 2016. Pantun Melayu: Ayat majmuk gabungan bahasa Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation 4(2): 23-36
Asmah Haji Omar. 2009. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. 2022. Nahu Melayu Mutakhir. Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hanafi Hj Mohd Tahir, Mohd Khairulnizam Ramlie, & Anwar Fikri Abdullah. 2017. Keupayaan menulis dan menangani cabaran penulisan ilmiah bagi pelajar-pelajar siswazah. Idealogy Journal 2(2): 83-91.
Kamarul Azmi Jasmi. 2012. Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif. Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012, Puteri Resort Melaka, Malaysia.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. 2010. Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noraishah Sakilah Kamat, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Norfaizah Abdul Jabar & Aireen Aina Bahari. 2021. Analisis kata hubung pancangan dalam penulisan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama oleh pelajar Melayu tingkatan satu berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 11(2): 1-14.
Nurul Adzwa Ahamad, Nur Farahkhanna Mohd Rusli & Norfaizah Abdul Jobar. 2020. Analisis kesalahan imbuhan dalam penulisan karangan pelajar dan hubung kait dari segi makna gramatikal. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 10(1): 77-90.
Salinah Jaafar & Rohaidah Haron. 2016. Kesilapan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Yunnan di Akademi Pengajian Melayu. Jurnal Melayu 15(2): 197-209.
Shamsul Aizuwani Nawi & Tee Hui Fen. 2020. Analisis kesilapan bahasa dalam penulisan ayat majmuk murid Melayu dan bukan Melayu tahap dua: Satu kajian kes. Prosiding Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016–2020. Kuala Lumpur: Terbitan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Siti Khodijah Che Mee. 2020. Penguasaan sintaksis bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. International Journal of the Malay World and Civilisation 8(1): 59-73.
Vanessa Vynn Aline & Nadiatul Adawiyyah Ali Bakar. 2024. Kesalahan pembinaan ayat majmuk dalam kalangan murid tahun 3 dan tahun 5: penjabaran Teori Corder. Seminar Bahasa, Budaya dan Sastera 2024 Anjuran Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 28 April 2024.
Zaliza Mohamad Nasir. 2017. Kesalahan tatabahasa bahasa Melayu dalam penulisan karangan pelajar. LSP International Journal 17(2): 45-60.
Refbacks
- There are currently no refbacks.