CABARAN GURU BAHASA MELAYU DALAM MENGAPLIKASIKAN TEKNOLOGI DIGITAL SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: SATU TINJAUAN LITERATUR BERSISTEMATIK (The Challenges Faced by Malay Language Teachers in Applying Digital Technology During the Teaching and Learning Process: A Systematic Literature Review)

ROSSIDA JOEY, NURUL FATIHAH ISMUNI, JENARTHNA SELVATHURAI, MATHURI KUNASEKARAN

Abstract


ABSTRAK: Pengintegrasian teknologi digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu semakin diberi perhatian selaras dengan perkembangan pendidikan abad ke-21 dan transformasi pendidikan digital negara. Walau bagaimanapun, guru Bahasa Melayu masih berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam mengaplikasikan teknologi digital secara berkesan semasa PdP. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis teknologi digital yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu, meneliti cabaran yang dihadapi dalam mengaplikasikan teknologi digital serta menghuraikan cara guru mengatasi cabaran tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan Sorotan Literatur Sistematik (Systematic Literature Review, SLR) berpandukan garis panduan PRISMA. Sebanyak 15 artikel jurnal yang diterbitkan antara tahun 2021 hingga 2025 dan memenuhi kriteria inklusi telah dipilih serta dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa platform pembelajaran digital, aplikasi kolaboratif dan produktiviti digital, multimedia digital, aplikasi gamifikasi serta media sosial dan komunikasi digital merupakan teknologi yang dominan digunakan dalam PdP Bahasa Melayu. Cabaran utama yang dihadapi guru ialah kesukaran mengintegrasikan teknologi digital dalam PdP, kekurangan pengetahuan dan kemahiran digital, kekangan internet dan kemudahan teknologi, kekangan teknikal dan penyediaan bahan digital, penglibatan serta kesediaan murid, dan cabaran penggunaan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (Artificial Intelligence-AI). Bagi mengatasi cabaran tersebut, guru mengaplikasikan pelbagai strategi seperti memperkukuh latihan dan kolaborasi profesional, meningkatkan kompetensi digital, melaksanakan PdP yang interaktif dan berpusatkan murid, menambah baik akses teknologi serta memanfaatkan gamifikasi dan multimedia digital. Kajian ini memberikan implikasi bahawa pembangunan kompetensi digital guru dan penyediaan infrastruktur teknologi yang mencukupi perlu diperkukuh bagi memastikan keberkesanan pengintegrasian teknologi digital dalam PdP Bahasa Melayu.

Kata kunci: Teknologi Digital, Guru Bahasa Melayu, Pengajaran dan Pembelajaran, Sorotan Literatur Sistematik, Pendidikan Digital

ABSTRACT:  The integration of digital technology in Malay language teaching and learning has gained increasing attention in line with the advancement of 21st-century education and the national digital education transformation agenda. Nevertheless, Malay language teachers continue to face various challenges in effectively implementing digital technology during the teaching and learning process. Therefore, this study aims to identify the types of digital technologies used by Malay language teachers, examine the challenges encountered in integrating digital technology, and explore the strategies employed to overcome these challenges. This study adopted a Systematic Literature Review (SLR) approach guided by the PRISMA framework. A total of 15 journal articles published between 2021 and 2025 that met the inclusion criteria were selected and analysed thematically. The findings revealed that digital learning platforms, collaborative and productivity applications, digital multimedia, gamification applications, and social media and digital communication tools were among the most frequently used technologies in Malay language teaching and learning. The major challenges identified include difficulties in integrating digital technology into teaching practices, limited digital knowledge and skills among teachers, inadequate internet access and technological facilities, technical issues and digital material preparation, student engagement and readiness, as well as challenges associated with emerging technologies such as Artificial Intelligence (AI). To address these challenges, teachers employed various strategies, including strengthening professional training and collaboration, enhancing digital competencies, implementing interactive and student-centred teaching approaches, improving access to technological resources, and utilising gamification and digital multimedia. The study implies that continuous development of teachers’ digital competencies and adequate technological infrastructure are essential to ensure the effective integration of digital technology in Malay language teaching and learning.

Keywords: Digital Technology, Malay Language Teachers, Teaching and Learning, Systematic LiteratureReview, Digital Education


Full Text:

PDF

References


Amiruddin Abdullah & Mohd Azhar Kamba. 2025. Cabaran penggunaan teknologi digital dalam pengajaran guru prasekolah dan taska. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak 14(1): 45-58.

Azean Idruwani Idrus, Nuwaira Zafira Zafri, Nor Alia Nadia Husain, Nur Aqilah Abd Halim, Nur Azmina Izzatulrazan Ibrahim, Syamimi Sulaiman & Anis Shafierah Mohamad Adli. 2025. Model pembelajaran digital Bahasa Melayu: Aplikasi rimba riang dan keberkesanannya terhadap literasi asas.Innovative Teaching and Learning Journal 9(2): 451-461.

Chong Sok Fong & Rahim Aman. 2024. Video pembelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar Cina. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 8(1 ): 1675-7513.

Diana Nabilah Roslan, Roslina Mohd Salleh & Siti Hajar Abdul Rahim. 2024. Cabaran kecerdasan buatan dalam pemerkasaan Bahasa Melayu era digital. Jurnal Bahasa dan Teknologi 6(2): 77-90.

Ezwafahmey Ahmad Kusaini, Zamri Mahamod, Zamri & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. 2024. The relations between technological knowledge, pedagogical knowledge, and inventive skills among Malay language teachers. Jurnal Cakrawala Pendidikan 43(3).

Gusenbauer, Michael & Neal R. Haddaway. 2020. Which academic search systems are suitable for systematic reviews or meta-analyses? Evaluating retrieval qualities of Google Scholar, PubMed, and 26 other resources. Research Synthesis Methods, 11(2): 181-217.

Intan Marfarrina Omar, Simah Mamat, Suriati Sulaiman & Nor Asiah Ismail. 2021. Tahap pengetahuan teknologi, kemahiran dan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pemudahcaraan KOMSAS guru Bahasa Melayu di Kelantan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 8(1): 47-60.

Koehler, Matthew J. & Mishra, Punya. 2009.What is technological pedagogical content knowledge (TPACK)? Contemporary Issues in Technology and Teacher Education 9(1): 60–70.

Linawati Socradji. 2025. Cabaran dan potensi pengintegrasian literasi digital dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu 3(1): 14-19.

Mohamed Mokhtar, M., Ahmadi, M. A. S., Shauqi, M. A., Abdullah, M. I. D., & Mohd Isa, M. I. 2024. Tahap, pengetahuan, kemahiran dan sikap bakal guru Bahasa Melayu terhadap aplikasi Kahoot, Quizizz, dan Padlet dalam pengajaran KOMSAS. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature 15(2), 65-78.

Mohamed Mokhtar, Marzni, Jamil, Marni, Omar, Muhd Khaizer & Hassan, Roshafiza. 2021. Digitalisasi pedagogi bakal guru Bahasa Melayu sebagai suatu anjakan pelaksanaan LMI dalam talian: Pertimbangan terhadap aspek fizikal dan psikososial. Sains Insani 6(1): 1–10.

Muhammad Aiman Syawana Aliman, Marzal Mohamad Mokhtar, Muhamad Asree Shaqq, Muhammad Ikhwan Danial Abdullah & Muhammad Ikhmal Mohd Isa. 2024. Tahap, pengetahuan, kemahiran dan sikap bakal guru Bahasa Melayu terhadap aplikasi Kahoot, Quizizz, dan Padlet dalam pengajaran KOMSAS. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature 15(2): 65-78.

Muhammad Ehsan Kamba & Saturia Amiruddin. 2025. Cabaran penggunaan teknologi aplikasi digital terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru TASKA. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak 14(1): 61-72.

Muhammad Zamzini Mohamad Zaman, Norfaizah Abdul Jabar, Dahlia Janan & Khairul Nizam Hamat. 2023. Cabaran dan persediaan guru Bahasa Melayu dalam Mengadaptasikan pengajaran dan pembelajaran pada musim pandemik. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature 14(2): 172-184.

Ngien Hock Wuong, Murugan Rajoo & Noor Azah Samot@Samat. 2022. Analisis literatur bersistematik terhadap hubungan antara keterlibatan ibu bapa dengan prestasi akademik. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4): 344-363.

Nor Farahin Abdul Manaf, Nur Athirah Hamizah Yahya, Nur Sabrina Aiman Mohd Rosszi & Loo Shu Jin. 2024. Perbezaan dan hubungan antara tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam menerapkan pembelajaran digital berdasarkan faktor jantina dan pengalaman mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 14(2): 138-152

Nur Syuhada Mat Husin & Zamri Mahamod. 2023. Tahap minat dan persepsi pelajar sekolah menengah rendah terhadap penggunaan bahan pembelajaran gamifikasi dalam mata pelajaran bahasa Melayu. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature 14(2):131-145.

Nurul Azira Sapian, Zamri Mahamod & Irma Mahad. 2021. Penglibatan murid-murid sekolah kebangsaan di kawasan bandar dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam talian daripada persepsi guru Bahasa Melayu. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature 12(2) : 80-97.

Nurul Azira Sapian & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. 2022. Pelaksanaan pendekatan pedagogi terbeza dalam kalangan guru Bahasa Melayu: Kajian literatur sistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(8)

Nurul Haniza Samsudin, Nur Azimah Mohd Bukhari & Akhmad Mansu. 2025. Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pembelajaran bahasa era 5.0. Jurnal Melayu 24(1): 115-133.

Nurul Huwaida Abdul Hafiz, Zamri Mahamod & Nur Faiqah Nasuha Muhd Zafrullah. 2026. Tahap pengetahuan, kefahaman dan pengaplikasian pembelajaran realiti terimbuh dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 16(1): 26-45.

Page, Matthew J., Joanne E. McKenzie, Patrick M. Bossuyt, Isabelle Boutron, Tammy C. Hoffmann, Cynthia D. Mulrow, Larissa Shamseer, Jennifer M. Tetzlaff, Elie A. Akl, Sue E. Brennan, Roger Chou, Julie Glanville, Jeremy M. Grimshaw, Asbjørn Hróbjartsson, Manoj M. Lalu, Tianjing Li, Elizabeth W. Loder, Evan Mayo-Wilson, Steve McDonald, Luke A. McGuinness, Lesley A. Stewart, James Thomas, Andrea C. Tricco, Vivian A. Welch, Penny Whiting & David Moher. 2021. The PRISMA 2020 statement: An updated guideline for reporting systematic reviews. BMJ, 372: n71

Piaget, Jean. 1972. The Psychology of the Child. New York: Basic Books.

Salinah Jaafar, Noor Haslinda Mohd Noor & Siti Nurul Ain Mohd Yusof. 2024. Generasi digital dan pengaruh teknologi terhadap komunikasi serta pembelajaran murid. Jurnal Pendidikan Malaysia 49(2): 88-101.

Syahidah Norezan & Gaytri Marimothu. 2025. Tahap sikap guru Bahasa Melayu mengaplikasikan pembelajaran digital dalam pengajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI 18(1): 95–101.

Teo Chee Yen, Lee Kai Shin & Nurul Syafiqah Abdul Rahman. 2024. Penggunaan gamifikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terhadap motivasi murid. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 12(3): 25-39.

Thian Khian Niam & Zaimuariffudin Shukri Nordin. 2024. Pengaruh penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran terbeza guru Bahasa Melayu di Sarawak, Malaysia. International Jurnal Dunia Pendidikan 6(1): 617-625.

Tondeur, Jo, van Braak, Johan, Ertmer, Peggy A. & Ottenbreit-Leftwich, Anne. 2017. Understanding the relationship between teachers' pedagogical beliefs and technology use in education. Educational Technology Research and Development 65(3): 555–575.

UNESCO, International Telecommunication Union & Broadband Commission for Sustainable Development. 2021. The State of Broadband 2021: People-Centred Approaches for Universal Broadband.

Vygotsky, L. S. 1978. Mind in Society: The Development of Higher Psychological Processes. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Xiao, Yu & Maria Watson. 2019. Guidance on conducting a systematic literature review. Journal of Planning Education and Research, 39(1): 93-112.

Zamri Mahamod. 2026a. Pendidikan Bahasa Melayu: Isu dan Cabaran Pendidikan Kontemporari. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod. 2026b. Kecerdasan Buatan dalam Pendidikan Bahasa Melayu: Cabaran dan Penyelesaian. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan.

Zazila Shafinaz Zaharon Lai & Ahmad Nurzid Rosli. 2021. Keberkesanan penggunaan video pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 6 semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Journal of ICT in Education 8(3): 76-99.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.