Keprihatinan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Kemahiran Secraa Kritis dan Kreatif

Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mahzan Tamyis, Aliza Ali

Abstract


Artikel ini membincangkan hasil kajian untuk menilai keprihatinan guru Bahasa Melayu menerapkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) sebagai aspek kurikulum yang perlu disepadukan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian berbentuk evaluatif ini mengguna pakai Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM).  Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes melibatkan tiga subjek kajian untuk dua dimensi CBAM, iaitu menilai peringkat keperihatinan dan tahap penggunaan. Kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik bertujuan untuk mengenal pasti Peringkat Keprihatinan dan  tafsiran data dibuat berdasarkan skor bagi setiap peringkat keprihatinan bagi menghasilkan satu profil Peringkat Keprihatinan setiap subjek kajian. Manakala data kualitatif diperoleh melalui temu bual berstruktur dengan subjek kajian. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan skor min tertinggi bagi Kesedaran (Peringkat 0), diikuti oleh Pemfokusan Semula (Peringkat 6) dan Informasi (Peringkat 1). Profil Peringkat Keprihatinan sedemikian menunjukkan guru Bahasa Melayu lebih menumpukan kepada keprihatinan kendiri (self-concern) dalam amalan melaksanakan KBKK namun masih berminat untuk mengetahui dan mempelajari aspek-aspek berkaitan KBKK, penggunaan KBKK dan  kesan penggunaan KBKK ke atas pelajar. Manakala dapatan kualitatif menunjukkan subjek  kajian berada pada Tahap III (Penggunaan Mekanikal) di mana KBKK diserapkan secara tidak terancang. Hasil kajian menggambarkan KBKK masih belum lagi direalisasikan dengan berkesan dan memerlukan program intervensi untuk membantu guru melaksanakan KBKK.

Kata kunci: Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,  pelaksanaan kurikulum, inovasi kurikulum, keprihatinan, Concerns-Based Adoption Model (CBAM)


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.